Aku telan air liur. Pujuk Ray? Ini yang aku lemah ni. Ray manusia yang susah nak makan pujuk.

" Tapi abang Azam.. Abang tahu kan dia macam mana? He so.. Susah tau nak pujuk."

Aku garu kepala yang tak gatal. Abang zaid di sebelah sengih senget.

" Hey girl, this time lah you should show your responsibility as a wife. Calming your husband."

Aku jeling abang Zaid di sisi. Banyaklah dia punya calm calming.

" Haa.. Yaa... "

Malas nak menjawab. Aku jelir lidah sahaja.

"Believe in yourself Maira. You can do it. And Now.. Make it fast.. Hal di luar kami dah setelkan. Sekarang, masa korang pula untuk lakukan."

Abang Azam bersuara tegas. Kami semua mengangguk faham.

"Ok abang. I will try my best."

Aku kembali mengfokuskan mata kepada Ray di atas sana. Farouk di dalam pelukan Ray mula mengakui perbuatan dia.

"Ye.. Aku mengaku.. Aku yang buat semua tu. Aku racun bapa Fahd, aku tipu Fahd pasal pembahagian harta. Aku palsukan dokumen wasiat yang ada. Aku juga yang upah orang untuk bunuh baba kau. Aku minta maaf Ray.. Uncle.."

Farouk akhirnya mengaku. Itu pun dah hampir nak menangis caranya. Kata gengster, takkan kena ugut dengan Ray pun dah kecut telur. Eh.

Ray ketap gigi. Muka dia memerah geram. Tanpa di sangka dia tekan hujung pisau pada pipi Farouk.

" Arghhhhhh!"

Farouk menjerit kuat. Pipi dia yang terkena hujung pisau Ray mula berdarah.

" Opssss.. Tertekan.. Sorry.."

Ray sapu darah yang menitis pada pipi Farouk. Di lap dengan hujung kemeja yang dia pakai.

"Oh Uncle, sakit sangat ke? Sorry tau. Ray tersengaja.."

Dia terkekeh kekeh ketawa. Aku seram. Aku merasakan sisi lain seorang Ray Idhlan malam ini. Dia sangat sangat lain. Dan aku tak kenal orang itu. Dia ada bipolar atau PTSD yang mana dari trauma yang di alami dia terus membawa kepada penyakit mental? Jangan.. Aku tak sanggup.

"Ray.. Put down the knife.. Kita bawa dia ke muka pengadilan. Cara kau macam ini salah. Dendam kau tak kemana Ray. Memakan diri sendiri. Dengar cakap aku ye. Kau tahu kan kita sebagai anggota polis tidak boleh melakukan kekerasan walau macam mana bencinya kita kat seseorang."

Angah memujuk dengan lembut. Dia berjalan perlahan ke arah pentas. Ray mencerlung matanya dengan tajam. Angah terus berhenti.

" Khai.. Sahabat baik ku. Bawa dia ke muka pengadilan? Apa je yang polis boleh buat? Dakwa? Denda? Ikat jamin dan lepas? Macam tu? Kau tahu kan semua tu!!!. Lembap.. Dan dia bila bila masa je boleh bebas semula. "

Ray menjerit kuat. Mata dia memerah semacam biji saga. Angah diam.

" Ye Ray. Aku tahu tu semua. Tapi kita dah dapatkan kerjasama dari polis Turki. Mereka ada bukti yang cukup kuat untuk sabitkan Farouk tentang kegiatan mereka selama ini. Mereka tak akan terlepas kali ini. Aku sumpah."

Rahang Ray bergerak gerak. Tanda dia sedang menahan amarah yang menggunung.

" Ray... Dengar cakap angah. Please bagi kerjasama. Awak bukan macam ini orangnya Ray. Awak bukan pendendam. Awak penegak undang undang. Kita.. Kita hukum dia dengan undang undang ye."

Aku pandang Ray lama lama. Tangga pentas aku pijak satu demi satu. Mata aku masih padanya.

" Apa kau buat Maira.. Undur ke belakang..".

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWo Geschichten leben. Entdecke jetzt