Angah mengisyaratkan pasukan kami agar jangan buat apa apa tindakan lagi. Tunggu isyarat dari dia. Dan mereka mengangguk faham. Abang Zaid berdiri di sebelah aku. Mata dia mengawasi tindak tanduk Ray.

"Aku sebenarnya bukan nak buat apa apa pun pada kau uncle . Aku cuma nak bercakap sahaja."

Hujung mata pisaunya di larikan pada batang leher Farouk. Sebelum dia tekan sedikit pada isi leher lelaki itu. Farouk berdecit sakit. Aku terkedu. Tak sangka Ray sekejam itu. Mana perginya akal rasional dia?

Adakah di sebabkan dendam yang menggunung dia sanggup berbuat benda sebegitu?

"Ray..."

Feroz menjerit geram. Tangan dia kepal kuat. Dia cuba melangkah ke depan semula. Ray tersenyum lagi.

"Kau ni Feroz.. Aku cakap apa tadi? Jarakkan langkah kau tu. Bukannya aku tikam tikam dia pun yang kau nak cemas sangat. Aku tertekan sikit je. Tangan aku licin ni."

Ray ketawa kuat. Bergema seluruh dewan yang sunyi ini dengan ketawa dia. Aku pandang angah dan abang Zaid silih berganti. Kenap Ray yang aku sayang boleh jadi macam ni?

" Ray.. I'm swear to God, if you hurting my father. I... I... "

Feroz berteriak marah. Mata dia berapi api penuh kemarahan.

"Swear to god? Huh, orang macam kau ini percayakan tuhan juga ke? Ish.. Ish.. Kau nak bunuh aku macam mana yang kau buat hari tu ke? Aku cuma nak bercakap dengan papa kau je. Tak lebih dari tu. So no worries k."

Ray peluk bahu Farouk dengan tangan kirinya. Pisau di tangan kanan dia lalukan pula pada muka Farouk. Feroz gengam kepal penumbuk. Agak kuat mungkin sampaikan aku boleh nampak urat urat hijau menimbul di lengannya.

" Ray.. Kita boleh bincang elok elok. Apa yang Ray nakkan? Ray nak balik harta harta Ray semua ni ke? Ray boleh ambik. Uncle akan serahkan balik pada Ray."

Farouk memandang muka Ray takut takut. Siapa je tak takut kan bila berada dalam keadaan macam ini dan nyawa pula bakal melayang bila bila masa je.

" Harta? I don't need this wealthy. Aku sekarang nak kau mengaku segala kejahatan kau pada aku, baba dan ami. Say it now..."

Ray menjerit geram. Dia meluku geram kepala Farouk dengan kuat. Aku tersenyum geli hati. Kelakar pula Ray ini. Di lukunya kepala orang tua itu. Bagus!

Jika aku yang berada di tempatnya aku rasa aku pun bakal buat benda yang sama juga. Tarik rambut dah termasuk dalam list. Ah perempuan. Gaduh je tarik rambut. Tak boleh brutal lagi ke.

Angah jeling aku di sisi.

"What? Dia kelakar apa?"

"Maira.. Yang salah tetap salah. Walau untuk benda yang betul. Dan Ray sekarang dah kacau kerja kita tahu. Itu salah. Bukan ini yang sepatutnya dia buat."

Abang Azam bersuara di balik talian. Aku gigit hujung bibir. Malu pulak bila di tazkirah macam tu. Angah senyum mengejek. Sukalah hati dia bila aku kena kan.

" Ermm.. Sorry abang.."

Ada betulnya juga kata kata abang Azam itu. Malu pulak aku.

" It's okay Maira. But, please remember. Whether it right or wrong, jangan pernah sokong apa apa keputusan salah yang orang lain buat. Korang pun get ready now. Everybody Stay on your position. Team A, guard and the gang is yours."

Abang Azam mula memberikan arahan. Kedengaran suara dia bergema semacam. Aku rasa dia dah keluar dari dalam van.

"Team B, cover Khai, Zaid and Maira. And makesure don't do harsh thing to Ray Idhlan, his one of us. Also a policer, but with a special case. Try to calming him first. Don't shoot or whatsoever, Itu boleh membahayakan nyawa dia dan Farouk. Khai dan Zaid, perhatikan tindak tanduk Feroz. And Maira.. Pujuk Ray.. "

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now