Dirgahayu Bab 4: Mayat Hidup II

159 12 1
                                    

Shiela yang bertemankan Amie tergamam apabila Khairul Anuar bersama dengan konco-konco Aiman Hakim menghampiri mejanya di kafe Universiti Tun Perak. Bergegar meja itu apabila kumpulan lelaki itu mengambil kerusi kosong di depan meja makan dan meja belakangnya. Helmet mahal masing-masing turut diletakkan di atas meja makan. Amie yang berkira-kira mahu menyumbat mee goreng ke dalam mulutnya menggeleng.


"Semalam Aiman kacau dia, hari ni kau orang pulak," rungut Amie namun tidak diendahkan oleh Khairul Anuar. Dia sedang membengiskan wajahnya, merenung tajam wajah Shiela seperti seorang penari tarian Hakka dari New Zealand. Lengan Shiela disambar oleh Khairul Anuar tiba-tiba.

"Betina, mana Aiman pergi?" hambur Khairul Anuar tanpa berbasa-basi.

"Kau panggil dia betina lagi, aku tak benarkan Shiela jawab!" Amie menghunuskan garfunya ke arah Khairul Anuar. Mata garfu itu sekadar ditepis perlahan Khairul Anuar sambil mengetatkan lagi genggaman tangannya pada lengan Shiela.

"Sakit Rul... sakit..." ucap Shiela sambil cuba menarik tangannya dari cengkaman kuku Khairul Anuar.

"Kali terakhir Aiman dengan kau atas sana. Lepas tu dia hilang macam tu. Aku dah call mak ayah dia, tak ada siapa nampak dia sejak semalam. Hari ni pun dia tak datang kelas dan kami jumpa motor dia tak bergerak langsung kat Bukit Taram!" Khairul Anuar menyerang Shiela tanpa henti dengan soalan dan tuduhan.

"Dia boring... poyo sangat. Aku tinggalkan dia," kata Shiela sambil mempamerkan riak jeliknya sambil tangannya masih berusaha melonggarkan cengkaman tangan Khairul Anuar.

"Kau ikut si Shahmil dengan Azam tu?" soal Khairul Anuar.

"A'a. Diaorang ajak aku dengan Amie pergi tengok konsert kat Dataran. Parti semalam bingit sangat," kata Shiela acuh tak acuh.

"Serius kau tak nampak langsung si Aiman pergi mana semalam?" soal Khairul Anuar.

"Tak. Kan aku cakap aku blah dengan Shahmil dengan Azam? Boleh tak jangan kacau aku atau aku panggil guard!" ugut Shiela

"Kalau kau nampak Aiman kat mana-mana, bagitahu aku. Kami risau dia hilang macam tu dari semalam," kata Khairul Anuar sambil mencapai helmetnya lalu bangkit meninggalkan Shiela dan Amie berdua di situ. Sebaik sahaja Khairul Anuar dan anak buahnya yang lain hilang dari matanya. Shiela terus mencapai telefon bimbitnya lantas mendail nombor seseorang.

"Shahmil! Betulah awak cakap yang si Khairul cari saya!" ucap Shiela.

"Saya dah agak sebab awak orang terakhir yang dilihat bersama dengan Waqi," suara Shahmil tenang dari balik telefon.

"Soalan yang dia tanya sama macam awak ramalkan!" kata Shiela.

"Tu baru permulaan. Awak jawab macam saya ajar awak? Buat macam awak malas nak ambil tahu pasal Aiman?" Shiela menjawab sambil mengangguk.

"Terima kasih tau sebab tolong saya!" ucap Shiela lagi.

"Saya tolong diri saya jugak sebab kalau awak kantoi, kita sekali kena," balas Shahmil.

"Shiela..." panggil satu suara membuatkan Shiela yang sedang kusyuk bercakap telefon itu menoleh. Mulut petah Shiela menceritakan babak dia dan Khairul Anuar tadi terus berhenti bercakap. Nampaknya bukan dia seorang sahaja terkejut dengan kemunculan pemilik suara yang memanggil Shiela lembut dari belakang. Mee goreng Amie jatuh sendiri dari mulutnya ke dalam pinggan.

"Haizat..."

Seorang lelaki berambut lurus paras leher, berjambang, dalam kemeja putih lengan panjangnya dan seluar jeans hitam sedang tersengih sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Dirgahayuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن