Dirgahayu Bab 8: Bangkit Dari Kubur

131 12 0
                                    

Kereta Toyota Avanza itu memasuki perkarangan rumah Haziq. Terus beberapa antara mereka keluar sebelum Azam yang paling akhir kerana gigih memapah Shahmil melangkah masuk ke perkarangan rumah Haziq. Shiela di hadapan merenung simpati kesan lebam-lebam pada tapak kaki Shahmil.

Sesekali, Shahmil akan mengacuh kesakitan apabila dia masih gagah mencuba untuk berdiri dengan kedua-dua kakinya. Safwan dan Natasha pula sedang menghidupkan lampu di ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu bagi memudahkan pengelihatan rakan-rakannya yang lain.

"Sini... bawa Shahmil ke sini..." arah Natasha menyuruh Azam meletakkan Shahmil pada kerusi paling empuk dalam rumah itu.

"Ya ALLAH..." ucap Shahmil ketika dia melabuhkan punggungnya.

"Safwan, ada tak peti kecemasan cemas?" pinta Shiela yang sedang melutut di hadapan Shahmil.

"Ehh, awak nak buat apa?" soal Shahmil.

"Saya kan bakal Nurse? Nak tengok apa yang saya boleh tolong," kata Shiela sambil tersenyum. Shahmil cuba membantah namun Azam disebelah pantas menggeleng. Selepas beberapa ketika, Safwan datang semula dengan sebuah peti kecemasan cemas lalu menyerahkan kepada Shiela.

"Terseliuh..." gumamnya perlahan ketika tangannya memegang bahagian kaki Shahmil.

Shiela menyelongkar peti kecemasan cemas itu sebelum menemui sebuah bandage. Bandage itu kemudian dibalut dengan penuh teliti oleh Shiela. Tekun sahaja gadis itu mengarahkan fokusnya pada kaki Shahmil, membalut dengan kemas kaki Shahmil. Entah kenapa, kesakitan pada kaki Shahmil terus hilang dalam kepalanya, sebaliknya Shahmil pula ralit memerhati Shiela yang kelihatan begitu fokus.

"Siap pun... Safwan, boleh bawak ais tak?" arah Shiela lagi.

"Aku bukan orang gaji kau!" Safwan kelihatan tidak puas hati apabila diarahkan buat kali kedua untuk hari itu oleh Shiela.

"Aku boleh ambil..." kata Natasha sebelum berlari anak-anak ke dapur sebelum kembali dengan satu kain yang membalut longokkan ais di dalamnya. Ketika dia kembali, kaki Shahmil sudah diletakkan di atas sebuah kerusi yang sama tinggi dengan paras dia duduk. Shiela pula sedang bersila di sebelah kaki Shahmil, menunggu penuh setia longokkan ais yang diambilnya. Terus ais tadi diletakkan pada kaki Shahmil.

"Sakit lagi?" soal Shiela sambil mendongak.

"Terseliuh jer pun." Shahmil cuba tersengih.

"Saya tanya awak. Sakit lagi tak?"

"Cik Shiela... dari gaya dia tenung awak dari tadi dok balut kaki dia, saya yakin 100 peratus bagi pihak Shahmil yang dia tak rasa apa-apa pun," kata Azam di sebelah membuatkan Shahmil menoleh pantas.

"Apa benda kau ni..."

Dan kemudian, barulah Shahmil dan Shiela menyedari betapa tingkah mereka berdua tadi diperhatikan oleh rakan-rakan mereka. Betapa senyuman sedang terukir di wajah mereka kecuali pada wajah Shahmil. Lalu seperti bunga mawar yang kemerah-merahan, begitulah wajah mereka diibaratkan. Hanya apabila Shahmil menukar topik perbualan mengenai Aiman Hakim tadi, barulah babak yang agak kekok itu lenyap dan mereka semua kembali serius.

"Pasal Aiman ni, aku risaukan keadaan Waqi," ucap Shahmil.

"Dia bukan ke dah selamat kat hospital tu?" tanya Safwan.

"Kau tak dengar ke apa yang si Aiman cakap tadi? Dia tak akan tenang kalau Shiela dan Waqi mati. Dia cuba bunuh Waqi, tapi yang mati adalah Ieda. Sekarang dia tak mampu sentuh Shiela, dan aku rasa dia akan tukarkan sasaran dia pada Waqi. Waqi lebih mudah sekarang sebab dia tak sedar diri, terbaring lemah kat hospital," kata Shahmil.

"Jadi, kita nak buat apa?" soal Amie.

"Aku nak buat jadual. Kita bahagi kerja. Aku dengan Azam, kau dengan Shiela, Natasha dengan Safwan. Kita akan berjaga setiap malam jaga Waqi sampailah dia keluar hospital. Kita pastikan yang si Aiman tu tak datang apa-apakan dia. Boleh?"

DirgahayuWhere stories live. Discover now