Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nama: Shiela Tinggi: 159 cm Berat: 49 Kg
Perwatakan: Seorang gadis yang lemah lembut, bijak, dan merupakan antara pelajar yang menjadi kegilaan di seluruh Universiti Tun Perak. Emosinya sensitif, terutama berkaitan dengan yang tercinta dan para sahabatnya. Namun, dek kerana rasa dekatnya pada rakan-rakannya yang lain juga, Shiela sanggup mati untuk mereka.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nama: Shahmil Hafiz Tinggi: 173 cm Berat: 63 Kg
Perwatakan: Dianggap ketua dan pemimpin dikalangan rakan-rakannya. Seorang yang tenang, tidak suka kecoh dan bijak mencari solusi apabila rakan-rakannya dilanda bahaya. Merupakan seorang penulis novel dalam genre Crime Thriller, sedikit sebanyak membantu rakan-rakannya dalam berhadapan dengan bahaya dalam Dirgahayu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nama: Safwan Safiuddin Tinggi: 160 cm Berat: 57 Kg
Perwatakan: Suka cakap lepas. Kekok bila bergaul dengan rakan-rakannya. Kadang-kadang dilihat tidak beremosi. Kejujuran yang dimiliki oleh Safwan ini kadang-kadang menjengkelkan. Tetapi dia paling diharap antara rakan-rakannya yang lain. Pengetahuannya mengenai alam mistik banyak membantu mereka dalam menghadapi marabahaya yang mendatang.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nama: Azam Abu Bakar Tinggi: 178 cm Berat: 68 Kg
Perwatakan: Seorang sahabat yang over-protective terutamanya melibatkan Safwan. Dia juga seorang sahabat yang setia apabila melibatkan Shahmil. Sentiasa berada di sisi Shahmil ketika senang dan sukar. Bahkan Shahmil pernah bergurau, kalau dengan Azam, Shahmil mengajaknya untuk turun ke medan perang, Azam sentiasa mematuhi. Safwan pula mengatakan bahawa sahabat seperti Azam tetap akan melindungi dirinya hatta terpaksa berhadapan dengan iblis yang paling jahat dari neraka.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nama: Amie Azmi Tinggi: 155 cm Berat: 46 Kg
Perwatakan: Sahabat baik Shiela. Shiela menganggap bahawa tanpa Amie, dia tidak mungkin mampu berdikari sepanjang belajar di Universiti Tun Perak. Selain membantu Shiela dalam kehidupan sehariannya, Amie juga bertindak sebagai pembimbing untuk Shiela yang suka bertindak berdasarkan emosinya. Tidak hairanlah kalau kita boleh katakan bahawa Amie ialah Azam versi lelaki.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nama: Haneesa Halim Tinggi: 165 cm Berat: 55 Kg
Perwatakan: Vokalis kepada band nombor satu Malaysia Bunga Lily. Entah bagaimana, dia boleh terperangkap dalam fenomena aneh yang menimpa kota Dirgahayu. Seorang yang happy-go-lucky dan tidak terlalu memikirkan kata-kata orang mengenainya. Keberanian yang dimiliki oleh Haneesa juga sangat luar biasa, untuk seorang wanita sepertinya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nama: Waqiyuddin Muhammad Tinggi: 181 cm Berat: 70 Kg
Perwatakan: Anggota kumpulan motor Universiti Tun Mahatahir yang terkenal dengan aktiviti-aktiviti haram dan ganas. Panas baran. Suka selesaikan masalah dengan bertumbuk daripada rasional. Juga merupakan seorang yang pentingkan diri. Namun, perwatakan Waqi berubah seiring dengan perkembangan cerita. Dia mula belajar erti setia rakan dan pengorbanan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nama: Natasha Juliana Tinggi: 163 cm Berat: 50 Kg
Perwatakan: Tidak seperti rakan-rakan perempuannya yang lain, Natasha agak berpewatakkan tomboi. Natasha juga mempunyai ilmu pertahanan diri seperti Takewando dan Silat yang dipelajar sewaktu muda. Bukan tipikal perempuan biasa, dia terkenal dengan kekerasan, kebisuan dan sikap introvert yang dimilikinya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nama: Noor Haizat Tinggi: 168 cm Berat: 63 Kg
Perwatakan: Apabila cemburu menguasai Haizat, maka dia akan memilih bertindak atas perasannya daripada rasionalnya. Haizat juga seorang yang panas baran, suka mengambil keputusan ketika dalam keadaan dirinya yang paling beremosi. Banyak juga tindakan yang diambil ketika dirasuk amarah dikesalinya.