Janganlah Ray terpikat dengan orang orang sini. Nanti aku nangis tadah cerek.

"Ok dah siap. Ni nombor awak Maira. Sekarang nak kemana pulak?"

Gina menyerahkan sekeping kad simkad telefon. Tertera nombor telefon yang bakal aku gunakan sepanjang berada di sini. Harga dia? 175 Lira 15 GB untuk 30 hari. Berbaloi lah kan? Hotspot aku boleh kongsi dengan Atalia. Siapa yang bayar? Mestilah  sepupu kesayangan aku tu. Inilah sebabnya kenapa angah perlu ikut aku sebab boleh aku paw dia kaw kaw.

" Gina, apakata kita ke kedai sebelah tu. Maira teringin nak tahu apa yang ada kat situ."

Gina mengangguk faham. Atalia di sebelah terjenguk jenguk.

"Jomlah. Abang, kami ke sebelah sana ye."

Gina menunjuk ke tempat yang aku maksudkan. Farhan mengangguk faham. Cuba memberi kami ruang. Yelah, perempuan kot. Mesti banyak celotehnya. Nak tengok apa. Nak beli apa. Kang kalau korang ikut kami korang jugak yang fenin.

Yeah konpem!

Aku, Gina dan Atalia berjalan serentak. Sesekali kami bercerita tentang Malaysia. Gina banyak bertanya pasal perkembangan di sana. Katanya dia dah tak balik ke Kuala Lumpur hampir 2 tahun. Dek kekangan masa dan kerja yang ada agak sukar untuk dia balik kerap kali.

Aku hanya diam dan mendengar. Sesekali aku sampuk juga bila aku rasa perlu. Selebihnya Atalia yang melayan si Gina. Aku lebih memilih untuk merakam gambar bangunan unik yang ada. Kaki kami bertiga  menyelusuri kedai kedai sederet yang menjual pelbagai barangan. Dari cenderahati sampailah kepada pinggan mangkuk bercorakkan seni lukisan Turki. Semuanya Cantik.. Dan aku dah hampir meleleh air liur melihatkan barangan yang ada.

Tapi mengenangkan tujuan kami ke sini bukan untuk membeli belah maka aku hanya mampu pandang dengan hati yang tak rela. Oh, aku nak pinggan tu.

Kami terus berjalan, Sehinggalah kami berhenti betul betul di hadapan sebuah kedai yang menjual pelbagai selendang dan tudung. Eh bukan kedai biasa biasa lah. Tapi ianya lebih kepada butik. Dari luar pun dah nampak ekslusif gila. Agaknya kat dalam mesti lagi gempak.

Aku tolak pintu butik dan menapak masuk ke dalam kedai di ikuti oleh Gina dan Atalia. Kelihatan beberapa orang pelancong dan warga tempatan sedang ralit memilih shawl dan tudung yang tergantung.

Ada pelbagai jenis design dengan  material yang cantik cantik. Tapi yang paling menarik hati aku ialah sehelai shawl satin silk bercorakkan bunga orkid kecil dan besar. Cantik sangat pada pandangan aku. Kain dia lembut dari satin silk yang sangat berkualiti tinggi. Nampak macam...

Zuppp...

Tiba tiba aku teringatkan mimpi aku di mana Ray telah membelikan aku sehelai tudung satin silk. Warna, corak dan kainnnya serupa sebijik sebijan macam apa yang aku mimpikan. Sumpah, memang sama sangat. Tak sangka kat realiti pun ada juga. Aku ingatkan sebelum ini adalah mimpi sahaja. Mimpi di mana aku di berikan hidayah oleh Allah untuk mula bertudung.

Tapi sekarang, Apakah makna semua ni. Aku pegang hanger tudung yang tersangkut dan aku  tarik shawl itu rapat ke dada. Entah kenapa aku mula rasa tidak sedap hati. Rasa macam ada yang tak kena.

Aku pandang ke bahagian kaunter pembayaran. Kelihatan seorang wanita sebaya maklang sedang bercakap dengan seorang wanita muda. Mungkin dia pemilik kedai ini. Dari gayanya dia sangat pandai bergaya dan mengikut trend.

Entah kenapa mata aku asyik  tertumpu kepada mereka. Gina dan Atalia yang dok bercakap di sebelah aku sudah tak aku hiraukan. Aku hanya fokus pada pemandangan di depan mata aku sekarang. Rasa hati aku yang menyuruh aku untuk berbuat seperti itu.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now