Bab 36

11K 674 19
                                    

AKU menompang dagu memerhati Raf yang fokus sahaja menghadap laptopnya.

"Tidurlah, kalau kau mengantuk", Dia tegur aku dengan lembut.

Rambut aku diusapnya.

"Banyak lagi ke kerja?"

"Ada banyaklah juga. Esok nak kena hantar dah. Widya, esok aku kerja aku balik lambat sikit. Tapi aku dah minta tolong Rian untuk temankan kau jalan - jalan. Tak apa kan?" Soalnya serba salah.

Aku terkebil - kebil.

"Lambat sangat - sangat ke?" Aku jadi susah hati.

"Lambatlah juga. Tapi tak apa, nanti aku call Rian suruh pulangkan kau balik lepas aku habis kerja", Pujuknya lembut.

Bahuku dirangkul lalu dia cium lembut pelipisku.

Tangannya turun mengusap lembut perut nipisku.

"Jaga anak kita elok - elok. Aku tahu orang tua tu takkan berdiam diri dengan mudah - mudah. Masa aku tak ada, jangan sesekali pun keluar tanpa pemantauan Rian", Pesannya lembut.

Aku hela nafas.

Entah bilalah aku nak hidup dengan perasaan was - was.

Apatah lagi bila jadi begini Raf tak mampu nak beritahu staf - staf hospital tentang statusnya. Aku geram juga bila fikirkan staf - staf perempuan cuba nak menggoda dia.

Tipulah kalau Raf kata dia tak ada. Aku tak percaya langsung.

Tambah - tambah lagi dah berapa kali aku bagi ceramah sentap pada perempuan yang gatal - gatal telefon suami aku.

Bunyi deringan telefon itu membuatkan aku tahan rasa.

Baru je cakap dah ada orang telefon.

"Raf", Aku pandang dia tajam. 

"Okey, esok aku beli nombor baru", Malas nak bertekak agaknya. Terus dia akui silapnya itu.

Aku bangun dari sisinya lalu berjalan mendekati katil. Telefon Raf aku capai.

Unknown is calling...

Aku tak tunggu lama - lama terus je aku angkat panggilan itu. Rasa nak mengamuk mula membuak - buak.

Kalau tak disebabkan aku nak sembunyikan status kami dari pengetahuan Uncle Wan dan Imdad, memang dah lama aku datang ke hospital yang Raf bekerja dan bagitahu aku ni tengah mengandung anak sulung kami. Hmph!

"Helo? Nak apa call Raf malam - malam? Dah hebat sangat ke nak jadi penyondol tak bertauliah?!" Tanpa mukaddimah, aku terus sembur saja.

Geram.

"Widya? Wow..."

Suara di corong telefon itu berjaya buat urat sarafku mengecut. Lutut terasa longgar.

"Kau tidur rumah Raf ya? Cepat juga kau jatuh dalam perangkap bad boy tu... Pelacur", Bicara Imdad berkali - kali buat aku sakit hati.

Dia panggil aku pelacur?

"Kau nak apa lagi? Berhenti kacau Raf!" Aku marah dia.

Kenapa makhluk tak guna macam Imdad ni mesti hidup ya? Suka betul menyusahkan hidup orang lain. Benci aku!

"Mesti Raf pandai layan kau kan? Sebab tu kau sayang sangat pada dia. Sampaikan kau sanggup serahkan badan kau pada dia lagi", Cemuhan Imdad buat air mataku jatuh.

Raf suami akulah...

"Widya. Kenapa kau menangis ni?" Soal Raf cemas.

Dia rampas telefon bimbit yang berada di tanganku. Terus dia tekup pada telinga kanannya.

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now