Bab 26

13.6K 762 34
                                    

"INI bulatan. Warna biru ni pula segi empat sama", Raf ulang berkali - kali pada semua anak muridku yang mengerumuninya. Daripada dia datang tadi sampai sekarang mereka asyik nak berkepit aje dengan Raf. Abang 'handsome' pula nama pena Raf sekarang ini. Lawak betul.

"Cikgu... Cikgu..." Aku terus pandang Dani yang berdiri di hadapanku.

"Ya, Dani?"

"Abang handsome panggil cikgu. Abang handsome kata tak adil kalau dia seorang aje yang ajar kami", Ujar Dani bersama wajah polos.

Aku jeling sekilas Raf yang tersenyum sinis memandang wajahku.

Tak adil? Tadi dia yang beria sangat tak nak balik bila aku suruh dia balik. Sekarang, dia kata tak adil? Dia nak datang sangat kan. Ha, jadi ajarlah budak - budak tu. Aku nak tengok je.

"Cikguuu", Dani tarik tangan aku. Bibir kecilnya mula tercebik - cebik. Muka manja di tayang.

"Dani, cikgu tengok aje abang handsome tu mengajar. Nanti tak seronoklah kalau cikgu kacau kamu semua belajar dengan abang handsome ". Balasku dalam nada memujuk.

Laju sahaja Dani menggeleng.

"Kami lagi seronok belajar dengan Cikgu Wiya. Tapi lebih seronok kalau cikgu ajar kami dengan abang handsome". Kini giliran aku pula dipujuk oleh Dani.

Adakah ini taktik kotor yang Raf ajarkan pada Dani jika aku menolak?

Aku pandang Raf sekejap. Bibir merahnya itu terus ukir senyuman sinis.

Cis! Memang sah dia suruh Dani pujuk aku. Dia tahu kalau dia datang ajak memang aku tak layan. Grrr...

Dasar bad boy.

"Boleh lah cikgu..." Rengek Dani lagi. Mata dikerdip - kerdip beberapa kali.

Keluhan halus terlepas daripada bibirku.

"Jom", Sepatah kataku itu membuatkan Dani menjerit keriangan. Laju tangan aku di tariknya menuju ke arah Raf dan kawan sekelasnya.

"Cikgu! Cikgu!" Masing - masing tayang sengihan comel apabila aku duduk di sebelah Raf. Rapat.

Aduh... Ni aku tak selesa. Rasa segan. Depan budak - budak pula tu.

"Cikgu Wiya, kami dah faham tentang bentuk. Kan semua?" Suara garau Raf berubah sekejap menjadi kanak - kanak. Dia sengaja nak ejek aku.

"Faham? Ya, mestilah dah faham. Anak murid cikgu semuanya bijak". Kali ini aku sindir Raf.

Raf tahan senyum.

"Boleh cikgu tahu bentuk ni bentuk apa?" Aku ambil plastesin yang diuli menjadi bentuk bintang. Siapa yang buat ni? Cantik.

"Bintang!" Penuh semangat mereka membalas.

Aku mengangguk. Bagus.

"Ini bentuk apa?" Plastesin yang di bentuk menjadi segi tiga di tayang kepada mereka semua.

"Segi tiga",

"Yang ni?" Segi empat tepat aku angkat tinggi - tinggi.

"Segi empat tepat".

Aku mengangguk. Bibir mula mengukir senyuman manis.

"Pandai anak murid cikgu", Pujiku. Masing - masing tayang sengihan. Seronok agaknya kena puji.

"Tengoklah siapa yang mengajar", Celah Raf.

Eh, dia ni... Nak juga ke kena puji? Sibuk aje.

"Ya, ya. Pandai abang 'handsome' mengajar. Cepat sangat budak - budak ingat. Abang 'handsome' ni mesti kismis. Sebab tu budak terus kuat ingatan". Aku sindir dia. Sengaja. Memang sah lah semua anak muridku ingat apa yang dia ajar. Siapa aje yang tak fokus kalau lelaki handsome mengajar?

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now