Gina bercerita panjang. Aku jadi teruja. Teringin nak ambil gambar banyak banyak pastu balik ke Malaysia cetakkan dan masuk ke dalam album. Bagi anak cucu tengok nanti tua.

Anak tak sempat proses dah fikir cucu?

Yaa tohan! How I'm really really miss you Ray!

Fuh monolog dalaman pun pakai bahasa omputih. Ko ada. Ececeh.. Berlagak.

"Wow Gina. Tak sabar pulak nak pergi. Nak ambik gambar banyak banyak. Yeayyyy.."

Aku geleng kepala dengan telatah Atalia. Macam anak kecil yang dapat gula gula. Gembira lain macam.

"Area tu nanti ada kedai jual simkad kan. Aku kena call mama secepat mungkin. Kalau tak nanti bingit telinga kena bebel."

Angah menyoal Farhan. Handphone di tangan dia belek belek lagi. Takut lah tu, sebabnya dia dah janji siap berikrar bagai untuk jaga dua orang gadis cecomel kat belakang ni elok elok. Sebelum kami ke sini maklang siap pesan macam macam.

Katanya aku jangan bertindak ikut emosi. Kena sentiasa dengar cakap angah dan abang Azam serta Zaid. Nak buat keputusan pun kena berbincang dulu. Tak ada kena ikut kepala orang tu je. Selagi tak capai kata sepakat jangan pandai pandai nak buat rancangan sendiri. Datang kat sini secara berkumpulan, makanya kena buat kerja secara berkumpulan.

Adeh, macam macam lah lagi. Tu belum lagi nasihat daripada DSP merangkap paklang lagi. Siap bagi idea macam macam. Strategi lah. Selaku otai memang banyak yang dia curahkan sebelum ke sini. Sampai sendat otak aku dengan kata kata dia. Sendat pun ok. Cakap jela yang otak kau sempit Maira.

Boleh kan mengata diri sendiri?

Aku pandang lagi keluar tingkap walaupun terhadang dengan Atalia. Pemandangan di luar sangat lah indah. Suasana baru yang aku rasai sesudah keluar dari bumi Malaysia. Kalau Ray tak ke sini entah bila aku akan jejakan kaki ke sini juga.

Demi Ray, jauh mana pun aku sanggup pergi. Ray, saya datang untuk awak.

"Eh cakap pasal ke sana, korang dah makan ke belum ni? Kalau belum aku nak ajak singgah satu kedai masakan Turki yang memang meletop."

Farhan bersuara memecahkan kesunyian. Mungkin pelik kot. Tadi bising nak bingit kereta sekarang senyap macam dok kat kubur. Orang cakap kalau senyap tiba tiba ni malaikat lalu.

Entahlah aku pun tak tahu. Orang cakap. Bukan aku cakap. Kadang kadang kata kata orang ni bukan boleh percaya sangat. Nanti jadi syirik pun ye.

"Belum makan lagi. Sempat alas perut dengan roti je tadi. Plan nak merasa masakan sini lah sebab tu tak makan lagi."

Abang Zaid menjawab. Dia nampak teruja. Aku senyum sahaja. Abang Zaid ni best. Dia happening. Aku dan Atalia memang selesa dengan dia. Dia suka melawak. Lepas tu suka makan. Metabolisma dia memang tinggi rasanya. Sebab dia melantak banyak banyak pun badan dia tak gemuk. Itu dia lah yang cakap.

Untung sangat ada badan macam tu. Kami orang perempuan ini terlebih makan sikit mula lah risau.

"Kau bila bab makan memang cepat je kan."

Abang Azam tersenyum berpaling pada abang Zaid.

"Mestilah. Makan boleh kenyangkan perut. Bila perut kenyang hati senang. Lepas tu boleh bersenang lenang. Eh.. Eh.."

Sempat dia menyanyi. Lagu apa tak tahu. Atau dia sendiri reka. Satu Mpv gelakkan dia. Kan dah cakap ada dia memang kami tak akan kering gusi.

" So korang memang datang untuk bercuti ke apa?"

Gina pandang aku dan Atalia.

" Bercuti dan cuci mata. Orang kata orang lelaki Turki ni hensem hensem."

Aku senyum. Gina ketawa lepas. Tak menyangka yang aku ni gatal agaknya.

"Dengarlah cakap budak tu. Dia dah kahwin."

Angah menyampuk. Sempat dia kerling pada aku. Aku jeling tajam. Dengki betul dengan aku.

"Maira dah kahwin? Yeke? Nampak macam masih muda."

Aku senyum malu. Entah entah dia fikir aku ni gatal merenyam.

"Hehe. Ye Gina. Maira kahwin masa cuti sem awal tahun ni je."

Gina mengangguk sedikit.

"Dah tu mana satu suami Maira?"

Gina pandang angah dan abang Zaid silih berganti. Meneka yang mana satu. Atalia ketawa kecil.

"Suami dia tak ikut sama sebab suami dia dah ada kat sini. Alang  alang bercuti terus nak melawat dia lah."

Atalia membongkokkan badan sedikit ke arah Gina.

"Oo yeke? Kiranya korang semua ni kawan kawan jela ye."

"Eh tak, yang kat depan berjaket hitam ni sepupu saya. Yang lain lain berkawan dengan suami saya."

Gina angguk lagi. Tanda dia faham.

"Ha, Azam. Aku lupa nak cakap, minggu lepas aku ada terjumpa dengan kawan lama kau yang polis juga tu. Mulanya aku tak berapa nak cam sebab rambut dia nampak lain. Pastu bila aku cakap kat Gina, Gina cakap yelah. Tu kawan kau. Apa dah nama dia. Kay? Ke apa sayang?"

" Ray!!! "

Serentak kami semua menyebut nama Ray. Boleh pulak kan.

" Kau jumpa dia kat mana?"

Abang Azam menyoal pantas. Sempat dia lirikan pandangan pada aku.

" Tak silap masa kami berdua ke Taksim. Masa tu aku dan Gina tengah uruskan tourist yang baru sampai nak naik kereta api. Aku tegur dia. Tapi dia cakap tak kenal aku. Hairan juga. Sebab aku yakin aku tak salah orang."

Aku dengar penuh teliti. Tak kenal?

" Masa tu dia dengan siapa?"

Angah pula yang menyoal.

" Ermm.. Tak silap aku ada seorang wanita kat sebelah dia. Tak adalah muda sangat. Macam makcik makcik dah. Mungkin sedara dia kot. Tapi tulah aku jadi terasa hati kot sebab dia cakap dia tak kenal. Ke dia tak ingat?"

" Haa. Sampai satu hari Farhan badmood sebab Ray tak kenal dia."

Gina ketawa kecil. Farhan menjeling di balik cermin pandang belakang.

" Pelik ni pelik. Padahal kami berdua pernah menginap hampir sebulan kot kat rumah korang dulu. Mustahil kalau logik akal dia tak kenal."

Abang Azam garu kening dia. Nampak macam dia tengah berfikir.

"Mungkin misi dia kot yang buatkan dia bertindak macam tu?"

Abang Zaid pandang abang Azam di depan. Aku mengangguk. Mungkin ye.

"Masa tu pukul berapa korang jumpa dia? Sekali itu je ke?'

Abang Azam pandang Gina pula.

" Ermm.. Tak silap masa macam ni lah. Banyak kali juga lah jumpa dia kat situ. Tapi lepas tu kami dah tak tegur dia. Dan dia pun cuma senyum je bila berselisih bahu. Farhan kecik ati, dah tak nak tegur."

"Gina..."

Farhan geram. Mungkin malu dengan kata kata Gina. Gina segera tekup mulutnya dan ketawa sedikit.

"Aku yakin ni semua sebab misi dia. Takkan lah tak kenal kan?

Abang Zaid mengeluh perlahan.

"Mungkin lah kan. Kalau dia ada kat area tu mana tahu kita boleh jumpa dia kat sana. Tak payah singgah makan mana mana lah. Kita terus direct cari kedai makan kat sana."

Angah bersuara tegas. Aku menyetujuinya dalam diam.


Mesti yang baru baca cerita ni tertunggu tunggu bab seterusnya kan. Sorry baru ingat nak phblish. Kena baca baca dulu. Sebab ni editing semula.

Cuma tak ada apa pun yang berubah.

Just tukar penggunaan ayat dan typing error.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu