Kerlas kau!

" Bagusnya Gina. Rajin. Kat sini Gina buat apa? Maksud Maira Gina kerja juga ke?"

Mata aku melilau memandang pemandangan luar tingkap. Jalan tidaklah sibuk sangat. Kelihatan banyak bangunan dengan reka bina epik dan bersejarah. Untung mereka yang tinggal kat sini dapat pelbagai pengalaman tinggal kat tempat orang.

"Oo Gina tak kerja sangat pun. Just sebagai freelance tourist guide untuk pelancong dari Malaysia. Pastu Gina juga novel writer bila ada masa terluang. Dan sepenuh masa sebagai assistant tukang masak kepada Farhan."

Ternganga mulut aku dengan jawapan Gina. Wow, tiga kerja sekali dia buat. Nampaknya aku kena urus masa yang ada sebaik mungkin, mana tahu boleh jadi sehebat dia.

" Bagusnya Gina.. Aaa.. Allah!"

Aku terjerit kecil. Bila mpv yang di pandu Farhan ke tepi secara mengejut. Mengelak dari sebuah teksi yang memandu laju dan membuta tuli di sebelah kami.

"Kenapa tu? Bawa kereta macam tengah drift Formula One."

Atalia membebel perlahan. Jelas wajah dia agak terkejut dengan kejadian tadi. Gina hanya senyum di sebelah.

"Kat sini biasalah kalau teksi bawa laju macam tu. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi memang driver teksi gaya dia macam tadi lah. Laju."

Farhan terkekeh kekeh ketawa. Oo macam tu ke? Kus semangat kalau kena naik teksi laju macam tu. Dari yang nak cepat sampai terus ke syurga terus jadinya.

" Nasiblah abang Azam ada sepupu kat sini. Kalau tak agaknya kita terpaksa naik teksi juga kot. Semput nafas Atalia kalau kena naik teksi macam tu."

Atalia membebel lagi. Bukan aku tak tahu dia agak penakut sikit. Haihlah. Bila dia bawak kereta macam nak merempit tak apa pulak.

" Untung kan. Nanti Atalia dan Maira kalau nak datang sini lagi call lah Gina dan Farhan kat sini. Insyaallah di jamin selamat."

Inspektor Azam menyampuk perbualan kami. Senyuman manis dia hadiahkan buat Atalia. Terkulat kulat Atalia malu dengan senyuman yang inspektor Azam berikan. Sempat aku dengar angah mendengus sedikit. Sah dia cemburu.

" Korang semua nak balik terus ke atau nak singgah Taksim dulu."

Farhan memandang kami di balik cermin pandang belakang. Aku pandang Atalia. Atalia jongket bahu tanda tak kisah. Bahu angah pulak aku ciut.

"Angah nak balik terus ke macam mana?"

Apa apa pun aku kena tanya dia. Sebab dia sendiri yang lantik dirinya sebagai ketua kumpulan kami ke sini. Memandai je. Idea aku, usaha aku eh dia pulak nak tumpang glamer. Tapi tak apalah. Sekurang kurangnya aku rasa selamat dengan adanya angah. Otak dia bukan kaleng kaleng. Kalau tak silap aku Ray pernah cakap dia ketua pemikir strategi setiap kali mereka ada misi.

Fuh berpeluh dengar. Nampak macam otak lebih air, suka cakap merapu tapi bila bab kerja dia bukan sebarangan. Itu kata Ray lah.

"Kita pun baru sampai kan. Angah tak kisah. Ok je. Kau Zaid macam mana?"

Angah seluk handphone di tangannya. Melihat jam di handphone. Apa yang pelik sangat pergi intai jam handphone. Jam kat tangan tu buat apa? Perhiasan. Padahal dia tengah badmood, pastu acah acah nak tunjuk macho bila Atalia pandang dia dari tadi lagi.

Aku senyum. Sebelum memandang Gina di tepi.

"Ok.. Kalau macam tu kita semua ke Taksim. Sana best tau untuk korang yang suka benda benda lama. Situ ada kereta api lama. Kebanyakan pelancong yang kami bawa memang wajib pilih nak ke sana. Nak feeling macam kat london, kereta api lalu tengah tengah bandar kat situ lah."

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now