"Kau perempuan! Terlalu cakap banyak. Apa kau tahu dengan kerja kami? Letih kami? Bagaimana cara kami handle masalah? Apa yang kau tahu? Orang orang macam kau ni hanya tahu cakap saja. Fitnah dan caci maki suka hati korang."

Ray membentak kuat. Terhingup bahu aku dek jerkahan dia. Malam ini dah dua kali dah aku kena jerkah. Dia ingat aku pekak agaknya.

" Ye kami tak tahu. Sebab korang tak pernah nak kongsi dengan kami apa apa. Bila tanya mesti jawab 'masih dalam siasatan'. Masih itu, masih ini. Sabar, sabar dan sabar."

Aku menjawab geram. Namun suara aku dah agak lembut sikit berbanding tadi. Tak ada dah cakap dengan suara terjerit jerit. Bimbang pulak dengan perubahan tingkah laku Ray. Buatnya dia meluru cekik ke apa, tak pasal pasal hayat ku ter tempah liang kubur.

Dia rentap tangan aku. Kuat! Sehingga membuatkan aku melayang, terpusing dan melekat ke dada dia. Dekatnya jarak kami sehinggakan nafas hangat dia terasa menampar nampar pipi aku.

Aku telan air liur. Gerun memandang mata yang tajam dan beriak garang itu. Tangan aku tekan ke dada dia. Cuba mencipta jarak semula. Ray kembali memeluk pinggang aku kejap. Kemas dan hampir sahaja aku terlemas dalam pelukan yang bagi aku penuh paksaan ini.

Mata dia mencerun tajam. Aku cuak. Apa yang dia nak buat?

"Kongsi? Maira.."

Dia senyum sinis sebelum menyambung.

"Kau masih polos dalam mengenali erti dunia dan skop pekerjaan Maira. Aku hairan, bapak kau kerja polis. Apa kau tak tahu tanggungjawab seorang polis tu apa? Ada yang boleh kami kongsi dan ada yang terpaksa kami telan pahit. Lekat di tekak hanya kami yang tahu perihnya sesuatu benda tu."

Mata kami bersabung. Aku cuba tolak lagi dada dia. Tapi sikit pun tak tergerak. Padahal aku dah hampir lembik dalam memerah segala tenaga yang ada untuk melepaskan diri dari dia. Tiba tiba aku jadi takut sendiri. Walau dia polis, dia masih seorang lelaki. Dan lelaki lemahnya pada satu. Nafsu...

Yang baik ke yang jahat ke yang halal mahupun dosa, bila namanya nafsu confirm semua campak ke tepi. Aku meronta ronta kuat. Namun sekali lagi aku rasa pinggang ku di paut rapat sehingga aku dapat rasakan segala lekuk lekuk otot di badannya.

Tangan masih cuba di jadikan benteng.

"Tak.. Sebenarnya apa masalah awak? Kenapa nak.. Nak halang saya? Ray lepaslah.. Jangan buat saya macam ni.."

Suara aku dah kendurkan sedikit. Harapnya dapat menurunkan sedikit rasa baran dalam dirinya. Dia senyum dengan sebelah kening terangkat. Mengejek aku!

" Tadi kemain cakap lepas, menjerit jerit macam nak terkeluar esofagus. Sekarang dah elok pulak? Mengalah?"

Aku ketap bibir geram. Amarah aku naik kembali bila terasa Ray sengaja main main dengan aku.

"Tak.. Sekarang saya nak tahu kenapa awak tak benarkan saya ikut sama dalam misi menyelamat? Kenapa awak biarkan abah je yang pergi. Asal awak dengan saya? Ke.. Kee.. Napa Ray?"

Aku jerit kuat pada mulanya. Meluah dan melontarkan segala rasa.

"Boleh lagi kau tanya soalan yang semestinya kau dah ada jawapannya? Apa otak kau ni biul sangat ye sampaikan tak boleh nak berfikir secara rasional?"

Enak enak saja dia mengata aku. Nasib baik dia peluk aku kemas macam ni. Setidak tidaknya dia takkan merasa di tendang sampai mandul.

" Ye, saya ni bengap. Tapi sekurangnya saya cepat berfikir tak macam korang semua. Lembap.... Nak tunggu apa lagi kalau orang dah kena culik macam tu. Nyawa jadi taruhan. Maruah akan di perjudikan. Apa lagi haaaaa"

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now