Dia pandang aku lama.

"Ma tu mak angkat aku sahaja. Aku anak kepada kawan baik mereka suami isteri. Ayah seorang ketua balai polis waktu itu dan arwah baba seorang bisnes man dari Turki. Ami pula kawan baik kepada ma. Tak tahu macam mana Sudahnya mereka berkahwin dan melahirkan aku anak jantan yang hensem."

Mata dia kenyitkan lagi. Senyuman bangga terlahir dari bibirnya. Aku pandang lama bibir yang basah itu. Geram nak rasa. Tanpa segan silunya aku sengetkan kepala dan menekap lembut bibir aku pada bibirnya.

Ray jelas terkejut. Aku eratkan pelukan pada lehernya. Terasa Ray mula membalas ciuman aku. Bibir aku rasa di urut urut dengan bibirnya. Beberapa minit selepas itu aku jarakkan semula muka kami.

Mata Ray aku pandang lama. Dimatanya tercetus sinar yang aku tahu dia berkehendakkan aku. Aku senyum manis.

"Goda aku ye?"

Tangan yang memaut pinggang terasa merayap meramas lembut punggung kanan aku. Terbuntang biji mata aku dengan perbuatan dia.

"Bukan godalah. Tapi geram. Bibir tu seksi sangat."

Aku cubit cubit geram bibir bawahnya. Bibir Ray memang cukup seksi pada pandangan aku. Basah, merah dan ada sedikit lekuk belahan di tengah bibir bawahnya. Auch, so seksi.

"Ok.. Ok.. Sambung balik."

Aku tersengih selamba. Harap dia sambung balik. Jangan dia ajak sambung benda lain sudah.

"Ikutkan hati aku sekarang juga aku rebahkan kau kat bawah ni tau. Tapi mengenangkan cerita ini mungkin tergantung jadi aku sambung semula. Lepas habis cerita pasal aku, kita sambung cerita kita ye?"

Tunak matanya nampak meminta. Eh!

"Tengoklah keadaan dulu. Kalau cerita awak tu memuaskan hati saya. Mungkin boleh"

Aku senyum dengan kening yang sengaja aku jongketkan.

"Ah, peduli apa kalau cerita tak best pun. Upah kena ada."

Aku cebik bibir. Upah lagi? Tak cukup lagi ke upah yang semalam dari malam sampai ke subuh. Opss, terbocor rahsia.

"Asal muka merah merah ni. Ingat pasal semalam ye?"

Dia cuit pinggang aku. Tergeliat kegelian aku dengan ciutan bersahaja Ray.

"Ma.. Ma.. Naaa.. Ada.. Cepatlah sambung..."

Ray cubit sekali lagi hidung aku.

"Auuu Ray! Sakit lah."

Aku gosok gosok batang hidung yang di cubit kuat jemari kasar itu. Tarik  kuat kuat macam itu ingat tak sakit ke?

Dia senyum dengan wajah masam aku. Muka dia serius kan semula.

"Lepas tu, baba mula menetap di Malaysia. Mereka berempat memang berkawan rapat. Masa tu ayah kerja di KL. Ma pula guru di sana. Baba dan Ami pun meneruskan legasi perniagaan baba di Malaysia. Semakin hari perniagaan mereka semakin berkembang."

Ray senyum. Mungkin dia sangat berbangga dengan apa yang baba dan ami usahakan.

" Mereka di kenali ramai sebagai pembekal barang barang perkapalan. Tapi tulah, bila kita senang tak semua orang akan suka. Tambah lagi baba adalah waris empayar perniagaan dengan harta harta peninggalan arwah nenek dan atuk aku di Turki. Senang cerita dia jutawan di Turki sana."

Ray tarik nafas. Dia pandang aku lama.

" Usai aku lahir bisnes baba dan ami semakin berjaya dari hari ke hari. Rezeki anak mungkin. Namun tak lama lepas tu semuanya berubah. Sepupu baba dari Turki yang tamakkan harta baba muncul. Dia keruhkan keadaan yang pada mulanya dasarnya kita boleh nampak jernih hingga jadi keruh yang bersalut lumpur."

Ray diam seketika. Halkumnya bergerak gerak.

" Mereka ugut untuk apa apa kan Ami dan aku kalau baba tak ikut apa yang diaorang nakkan. Baba yang fikirkan aku dengan ami turutkan sahaja. Balik semula ke Turki dengan tinggalkan kami berdua. Katanya untuk hal harta. Baba nak serahkan semua harta dia pada mereka. Tapi tulah sampai ke sudah baba tak balik balik. Nasib baiklah ma dan ayah ada. Diaorang jaga kami macam keluarga sendiri. Ami aku anak yatim piatu. Hanya pada mereka Ami bergantung."

Aku tekap tangan pada pipi Ray. Memandang mata cantik itu penuh cinta.

" Awak kata baba awak dah arwah. Memang dah arwah ke?"

Dia tunduk mencium dahi aku. Lama.

" Sesudah 2 tahun baba balik ke sana. Sepupu dia call ami cakap yang baba dah tiada. Dan segala harta warisan jatuh ke tangan dia. Ami aku mula hilang kewarasan diri. Hari hari menangisi pemergian baba. Dia tetap mengatakan yang baba masih hidup. Itu semua propaganda mereka yang tamakkan harta baba. Bisnes kami di Malaysia terpaksa di tutup sebab keadaan ami yang langsung tak bersemangat untuk teruskan perniagaan mereka. Kami pun ikut ma dan ayah pindah ke kelantan dan menetap bersama mereka."

Ya Allah! Besar sekali ujian mu kepada Ray. Aku rasa mata aku terasa berair.

" Lepas tu apa yang jadi? Mana ami awak? Kenapa saya tak jumpa pun dia masa majlis kawin kita?"

Dia diam. Lama. Mata dia di kalih ke tepi. Aku lihat matanya memerah. Setitis airmata luruh ke pipinya. Aku terpana. Ray menangis?

Aku tarik muka Ray rapat ke dada aku. Cuba menenangkan dia. Kepalanya aku usap sayang.

" Ami aku.. Ami aaa.. Ku.. Ada di hospital sakit jiwa. Tekanan perasaan memaksa dia untuk duduk di sana. Lama. Dari aku berumur 2 tahun sehinggalah bertahun tahun lepasnya. Alhamdulillah, sekarang dah ok. Cuma dia lebih memilih untuk menjadi sukarelawan di rumah kebajikan. Pasal kawin tu aku dah minta restu untuk kita. Aku ajak dia datang ke majlis kita tapi dia masih malu dan takut takut untuk berhadapan dengan orang ramai. Maaf kan aku sebab tak bagitahu kau pasal hal ini. Aku...."

Tubuh Ray aku dakap kuat. Makin bertimpa timpa rasa sayang aku padanya. Sayang kerana perjuangan hidup dia yang penuh dengan cabaran.

"Shuhhh! Menangislah. Luahkan semua. Saya ada untuk awak."

Terasa suam dada aku dengan titisan airmata Ray. Dia Diam tanpa bicara tapi pelukan di badan ku seakan akan tidak mahu di lepaskannya. Ray angkat muka. Airmata yang menitis dia lap dengan lengan baju aku.

" Nangis sikit sikit tak menjatuhkan level kemachoan awak pun tau."

Aku ciut pipi dia. Dia senyum segaris. Mata masih lagi memerah. Ah lelaki! Penuh dengan ego. Malu untuk titiskan airmata.

"Walau apa pun yang jadi rasa sayang saya pada awak tak pernah berubah. Cuma satu je yang saya minta jangan sembunyikan apa apa lagi dari saya."

Ray diam. Mengangguk tidak mengiyakan pun tidak. Cuma dia ralit memandang aku dengan pandangan yang sukar aku tebak.

Jemari kami menyulam gengam antara satu sama lain.

" Insyaallah kesayangan ku."

Dahi aku terasa di kucup hangat. Lama dan mengasyikkan.

Demi Allah aku cintakan dia sepenuh hati.

Ya tuhan, jaga lah dia sebaiknya walau di mana saja dia akan berada. Dan bawa lah dia pulang ke pangkuan aku seperti mana perginya dia nanti.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now