16 • f5: Graph of function II

Start from the beginning
                                    

"Eh eh, mengada dia. Hahaha yelah." Ain pun menyuap Izz sesudu nasi dengan isi ayam.

Farah di sebelah cuma berdiam diri. Tak naklah kacau pasangan sweet tu kan?













Tapi siapa tahu... dalam diam, ada 1001 rahsianya.





~~~~





Waktu balik tiba, Ain berjalan di antara Farah dengan Izz. Seperti biasa, mereka berborak kosong sambil melangkah menuju ke pagar utama sekolah.

"Weh, nervous do exam trial dah dekat." Keluh Ain.

"Itulah kan. Aku pun tengah takut ni. Sejarah aku asyik dapat E je. Nak jugak dapat tinggi macam kau." Balas Farah.

"It's okay. I boleh je ajar you- berdua... hee.." Izz mempamerkan sengihan. Alamak, hampir kantoi tadi.

Farah di sebelah Ain sedang mengawal riak wajahnya agar tidak nampak yang dia terkejut. Ain pula macam tak perasan bahawa mereka sedang menyorokkan sesuatu daripadanya.

"Thank you. Nanti ada masa, kita keluar buat study group k?" Ujar Ain.

"Alright~"




Ada masa tu bila ha? Lepas habis SPM? Haha. Lawaklah kau, Sara.

Desis hati Izz.

"Okey, aku dah kena pergi ni. Bye, jumpa nanti." Farah melambai ke arah Ain tetapi matanya memandang Izz melalui ekor mata.

"Bye. Jumpa mende kau? Aku tak keluar hari ni." Balas Ain sambil tertawa kecil.

"Hahahah. Yelah, aku balik dulu." Laju Farah melangkah menuju ke kereta emak dia dan memasukinya.




Siapa je nak keluar dengan kau? Perasan.

Desis hati Farah sinis.

Izz memandang kereta tersebut sehingga ia hilang dari pandangan. Ain pun perasan perkara itu.

"Oi, marah dengan I lagi ke?" Tegur Ain sayu.

Izz membisu sebentar.

"Takdelah. I faham you. Betullah you cakap, kena fokus belajar. I pun sebenarnya nervous jugak exam trial dah dekat."

"Haa... tahu pun. Thank you sebab faham I. Serius, I janji. Lepas exam, kita keluar k? Dah dua kali ni I janji and I never break my promises."

"Takpelah. Kalau you kena belajar, I don't mind actually." Izz seperti menolak pelawaan Ain lalu gadis tersebut hanya menguntumkan senyuman nipis dan mengangguk.





Dia tolak ajakan aku? Aku sangka dia akan happy or at least terkejut. Tapi dia macam... haih, kenapa ni?







"Okey, tu kereta papa kan? I balik dulu eh?" Kata Izz bersama senyuman.

"Yea. Bye, Izz." Ain melambai pada Izz lalu lelaki itu pun berpusing ke depan dan berjalan pulang ke rumahnya setelah membalas lambaian gadis tersebut.

MathsWhere stories live. Discover now