Bab 14 : Alkisah Ustaz Kamarul & Lemah

Start from the beginning
                                    

" Semasa saya genap 12 tahun, hijab saya mula terbuka. Saya sering diganggu oleh mahkluk-mahkluk halus hingga pembelajaran saya pun terganggu. Oleh sebab itu, arwah ayah saya nasihatkan saya untuk mendalami ilmu agama. Arwah ayah saya kata, jangan sia-siakan anugerah Allah SWT. Sejak dari situ, saya perlahan-perlahan memahami apa itu sebenarnya Islam." – jelas Ustaz Kamarul.

Ustaz Zafari berasa terpegun dengan mendengarkan cerita silam yang agak menarik Ustaz Zafari. Ustaz Kamarul memang diberikan anugerah yang menarik. Mungkin memang betul ada hikmahnya kenapa Ustaz Kamarul memulakan pekerjaannya di Al-Mukmim.

***************************

Hari sudah memasuki petang dan hujan lebat pun membasahi Al-Mukmim. Ustaz Qu menutup jendela berdekatan dengan mejanya supaya air hujan tidak menimpa kertas-kertas di atas mejanya.

" Lebat sungguh hujan hari ni." – kata Ustazah Hamidah.

Ustaz Qu bersiap-siap untuk keluar. Ustaz Qu memberitahu Ustazah Hamidah bahawa dia mahu membuat rondaan di bilik-bilik pelajar. Takut akan ada pelajar-pelajar yang keluar di waktu-waktu begini. Hal ini kerana boleh merisikokan kesihatan pelajar-pelajar Al-Mukmim.

Ustaz Qu pun memulakan rondaannya. Alhamdulillah, ketika itu semua pelajar bertelingkah baik. Kemungkinan mereka sebegitu kerana kejadian kerasukan mula tular sesama pelajar. Dalam tempoh Ustaz Qu membuat rondaan, Ustaz Qu terserempak dengan Pak Hamad.

" Assalamualaikum, Ustaz. Apa Ustaz buat dekat luar, hujan-hujan macam ni." – tanya Pak Hamad.

" Waalaikumsalam. Saya tengah ronda-ronda, pelajar zaman sekarang pelik-pelik perangainya." – jawab Ustaz Qu.

" Kenapa Ustaz susah-susah buat rondaan. Itukan kerja saya." – kata Pak Hamad.

" Tak apa. Lagipun saya tak ada benda nak buat dekat bilik guru. Semua kerja saya sudah selesai." – jelas Ustaz Qu.

" Kalau begitu, tak apalah. Saya buat rondaan di blok lain." – kata Pak Hamad.

Tiba-tiba, terdengar jeritan dari jauh menjerit nama Ustaz Qu. Rupa-rupanya, Wahid yang menjerit. Wahid memberitahu bahawa dia ternampak Cikgu Megat ada di atas bumbung blok Hikmah. Wahid menceritakan bahawa Cikgu Megat seakan-akan mahu terjun dari atas bumbung blok Hikmah. Ustaz Qu dan Wahid pun segera ke atas bumbung blok Hikmah. Ustaz Qu meminta Pak Hamad, untuk terus meronda supaya tiada seorang pelajar pun yang keluar dari bilik masing-masing kerana Ustaz Qu tidak mahu pelajar melihat sebarang kemungkinan yang terjadi nanti.

***************************

Setelah beberapa jam memandu pulang, akhirnya Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari tiba di Al-Mukmim. Mereka berdua segera lari ke bawah bumbung kerana cuaca yang sedang hujan.

" Lebat juga hujan di sini." – kata Ustaz Kamarul.

Pak Hamad yang nampak Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari dari kejauhan, segera menghampiri mereka berdua. Pak Hamad mencerita segala yang terjadi kepada Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari. Belum sempat mereka berdua rehat setelah perjalanan yang agak panjang, mereka dikhabarkan denga berita yang amat mengejutkan mereka berdua. Oleh itu, Ustaz Zafari dan Ustaz Kamarul pun bergegas ke atas bumbung blok Hikmah.

Sampai sahaja di atas bumbung blok Hikmah, kelihatan Cikgu Megat sedang berdiri di bucu dan Ustaz Qu yang cuba menghalang tindakan Cikgu Megat.

" Cikgu, apa yang cikgu buat. Turut, Cikgu Megat." – tegas Ustaz Zafari sebagai pengetua Al-Mukmim.

" Jangan datang dekat. Korang semua pergi dari sini. Tinggalkan aku sorang-sorang." – tegas Cikgu Megat.

" Fikir masak-masak, Cikgu Megat. Tak ada yang bagusnya dengan bunuh diri." – pujuk Ustaz Qu.

" Sudahlah. Kamu semua tak faham apa yang terjadi. Biar aku pergi dari dunia yang kejam ni." – kata Cikgu Megat yang mula menangis.

" Jangan, Cikgu Megat. Ini bukan caranya nak selesaikan masalah." – kata Ustaz Kamarul.

Secara tiba-tiba, Cikgu Megat terdengar akan suara bisikan. Suara bisikan itu seakan-akan dari telinga kirinya. Bunyi bisikan itu terasa dekat seolah-olah ada orang di sebelah Cikgu Megat.

" Terjun, Megat. Kakak mu tunggu di atas sana." – kata bisikan itu.

Cikgu Megat yang mendengar bisikan tersebut, memulakan langkahnya secara perlahan-lahan ke hujung atas bumbung blok Hikmah.

" Jangan Cikgu Megat. Jangan buat benda bodoh." – tegas Ustaz Zafari lagi.

" Abaikan apa yang mereka kata. Mereka tidak mengenali mu. Kamu yang mengenali dirimu. Mereka tidak merasakan sakit yang kamu rasakan. Pergilah menjemput ajalmu sendiri." – kata bisikan itu lagi.

" Cikgu Megat, ini bukan caranya. Allah menguji hambanya kerana Allah sayang akan hambanya itu. Adakah Cikgu nak tolak kasih sayang yang Allah SWT mahu berikan kepada cikgu. Turunlah dari situ. Terimalah kasih sayang Allah." – kata Ustaz Kamarul.

Kata-kata itu menghentikan langkah Cikgu Megat. Cikgu Megat termenung dan menangis. Cikgu Megat hampir berasa menyerah kalah dengan kehidupannya. Satu-persatu Allah uji kehidupannya. Bermula dengan perginya anak buahnya, kini kakaknya pula meninggalkan Cikgu Megat.

Cikgu Megat pun turun dari situ. Ustaz Kamarul terus menghampiri Cikgu Megat dan memeluknya. Cikgu Megat menangis semahu-mahunya. Ustaz Kamarul hanya mampu menenangkan Cikgu Megat dengan mengusap-usap belakang Cikgu Megat sambil memeluknya.

***************************

Di dalam kesibukan menenangkan Cikgu Megat, Pak Hamad sedang membuat rondaan. Sampai sahaja di bilik pelajar usang, Pak Hamad dapat merasakan sesuatu yang tidak kena datang dari bilik tersebut. Pak Hamad pun datang menghampiri bilik tersebut. Perlahan-lahan Pak Hamad membuka pintu dan melihat apa yang ada di dalam bilik pelajar usang itu. Tiba-tiba, Pak Hamad berasa sesak nafas dan badannya meronta-ronta. Kemudian, Pak Hamad pengsan kerana kekurangan oksigen.

***************************

Di dalam bilik Ustaz Kamarul, Laila sedang sibuk melipat baju anaknya. Laila masih belum tahu apa yang terjadi di Al-Mukmim pada hari itu dan waktu itu. Dia juga tidak tahu bahawa anaknya, Ustaz Kamarul sudah selamat sampai di Al-Mukmim.

Tiba-tiba, bunyi ketukan pintu yang sangat kuat didengari oleh Laila. Laila berasa ragu-ragu untuk membuka pintu kerana orang tersebut tidak memberi salam dan hanya mengetuk pintu dengan keras.

Apabila Laila membuka pintu, rupa-rupanya Pak Hamad yang mengetuk. Belum sempat Laila bertanyakan niat Pak Hamad ke mari, Pak Hamad mengcekik Laila. Laila meronta-ronta untuk meminta dirinya di lepaskan. Pak Hamad terus mengcekik Laila dan membawa Laila masuk ke dalam. Pintu bilik Ustaz Kamarul tertutup dan terkunci secara sendirinya.

Bersambung. . .

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now