Bab 11 : Kamarul Gerak Dulu

978 106 7
                                    

Pak Hamad menolak Luqman ketepi dan menghalang Luqman daripada terus memukul Ustazah Hamidah dengan mendepakan kedua-dua tangannya.

" Hei, orang tua. Kau jangan nak masuk campur. Ketepi kau." – tegas Luqman

" Hei, kamu. Baik kamu pergi dari sini sebelum saya telefon polis." – kata Pak Hamad.

" Arghhh, ketepi kau." – tegas Luqman sambil mencuba menolak Pak Hamad.

Pak Hamad yang geram dengan kedegilan Luqman, memukul Luqman menggunakan tongkat hitamnya di bahagian belakang badan Luqman. Luqman yang terkejut dengan tindak draktis Pak Hamad mula berundurkan diri jauh dari Pak Hamad dan Ustazah Hamidah.

Ustaz Qu dan Ustaz Kamarul yang mendengar bunyi bising segera ke tempat bunyi itu berasal. Ustaz Qu dan Ustaz Kamarul melihat Pak Hamad dan Luqman bertengkar di depan pagar Al-Mukmim. Mereka berdua pun datang mendekati Pak Hamad. Luqman yang melihat orang ramai datang terus pergi dari sana kerana tidak mampu untuk berlawan mulut dengan tiga orang sedangkan dia seorang diri.

Ustaz Qu bertanyakan apa yang sudah terjadi dan kemudiannya Pak Hamad menceritakan segalanya. Ustazah Hamidah dibawa ke Klinik Bestari oleh Ustaz Kamarul dan Pak Hamad. Pak Hamad menemani untuk mengelakkan sebarang fitnah. Bersyukur kepada Allah, Ustazah Hamidah tidak mengelami kecederaan parah dan hanya mempunyai luka-luka yang kecil.

**********************************

Keesokan malamnya, Ustaz Kamarul sedang sibuk menyemak kertas-kertas kerja pelajar 5 Firdaus. Dalam kesibukan dia itu, dia mendapat panggilan oleh pengetua.

" Assalamualaikum, Ustaz." – salam Ustaz Zafari.

" Waalaikumsalam, tuan." – jawab salam oleh Ustaz Kamarul.

" Ustaz free kah esok?" – tanya Ustaz Zafari.

" InshaAllah, saya free esok. Kenapa ya, tuan?" – tanya Ustaz Kamarul.

" Saya cadang nak pergi ke Gunung Merbok Tiga esok. Kalau Ustaz free esok, marilah kita pergi bersama. Selesaikan hal A'ma ini." – jelas Ustaz Zafari.

" Saya ikut, tuan. Saya memang nak settlekan hal ni secepat mungkin." – jawab Ustaz Kamarul.

Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari pun sudah bersetuju untuk pergi ke Gunung Merbok Tiga. Mereka akan bertolak ke sana sesudahnya waktu subuh. Laila mendengar perbualan telefon anaknya. Laila berasa hairan ke mana anaknya mahu pergi seawal subuh pada esok hari.

" Kemana Kamarul nak pergi awal-awal pagi esok?" – tanya Laila kepada anaknya.

" Kamarul nak pergi satu tempat pergunungan." – jawab Ustaz Kamarul secara ringkas.

" Apa yang Kamarul ingin selesaikan dekat sana?" – tanya Laila lagi.

" Eh, Kamarul tak baca al-Quran lagi hari ni. Kamarul pergi ambil wuduk dulu ya." – kata Kamarul.

Persoalan Laila berhenti begitu saja. Ustaz Kamarul sengaja memberhentikan perbualan mereka kerana Ustaz Kamarul tidak sampai hati ingin menceritakan hal yang sebenar kepada ibunya. Ustaz Kamarul tidak mahu merisaukan ibunya itu.

**********************************

Keesokan paginya, Ustaz Kamarul sedang menunaikan solat subuh bersama ibunya. Ustaz Kamarul menjadi imam manakala ibunya menjadi mukmim. Setelah selesai menunaikan solat subuh, Ustaz Kamarul pun memberi salam ke kanan dan ke kiri, kemudian Ustaz Kamarul menyapu mukanya dengan telapak tangannya. Selesai sahaja menyapu mukanya, bunyi ketukan pintu didengari dari luar. Bunyi ketukan pintu itu diiringi dengan jeritan-jeritan memanggil nama Ustaz Kamarul. Ustaz Kamarul berasa hairan apa yang terjadi termasuklah ibunya, Laila.

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now