Bab 14 : Alkisah Ustaz Kamarul & Lemah

976 115 2
                                    

Keesokan paginya, Nek Biyah mempelawa Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari untuk sarapan pagi. Sarapan pagi mereka ialah kuih lapis buatan Nek Biyah. Ustaz Kamarul memuji kuih lapis itu kerana rasanya amat sedap.

Setelah kenyang, Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari meminta diri untuk pulang semula ke Al-Mukmim. Mereka berdua berterima kasih kepada kepada Nek Biyah sudi menceritakan sedikit mengenai A'ma dan mempelawa mereka tidur satu malam di rumahnya.

Ustaz Zafari pun menghidupkan enjin keretanya dan memulakan perjalanan mereka. Mereka bergerak pulang di awal pagi kerana jarak Gunung Merbok Tiga dan Al-Mukmim sangat jauh.

***************************

Semantara di Al-Mukmim, Ustazah Hamidah termenung dan merenung luar jendela. Pelbagai perkara yang sedang bermain dalam fikiran Ustazah Hamidah. Apatah lagi selepas dia dirasuki oleh A'ma. Ustaz Qu yang melihat Ustazah Hamidah termenung pun menegurnya.

" Apa yang Ustazah termenungkan tu?" – tanya Ustaz Qu kepada Ustazah Hamidah.

" Tak ada apa, Ustaz Qu." – jawab Ustazah Hamidah yang tersedar dari termenungnya.

" Ustazah jangan fikirkan sangat apa yang terjadi. Kita harus kuat. Benda-benda ni sangat suka bila melihat kita lemah. Marilah kita berdoa bersama-sama supaya kita dilindungi oleh-Nya." – pesan Ustaz Qu kepada Ustazah Hamidah.

Dalam kesibukan mereka berbual, tiba-tiba Cikgu Megat memasuki bilik guru dengan wajah dan aura yang seram. Cikgu Megat seakan-akan tidak perasan akan kehadiran Ustazah Hamidah dan Ustaz Qu. Walaupun Ustaz Qu memanggil nama Cikgu Megat berkali-kali, tiada sebarang respon oleh Cikgu Megat. Hal ini seakan-seakan Cikgu Megat pekak.

Cikgu Megat seakan-akan mencari sesuatu di mejanya. Cikgu Megat menarik sebuah kotak plastik dan membukanya. Cikgu Megat mengeluarkan sebuah beg yang agak besar dari kotak plastik itu. Setelah jumpa apa yang dia inginkan, Cikgu Megat pun keluar dari bilik guru itu. Ustazah Hamidah dan Ustaz Qu berasa tertanya-tanya isi beg besar tersebut.

***************************

Cerita berbalik semula dengan perjalanan pulang Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari. Pelbagai mereka sembangkan sepanjang perjalanan.

" Ustaz Kamarul baru sahaja masuk ke Al-Mukmim tapi macam-macam masalah pula yang Ustaz Kamarul kena hadap." – kata Ustaz Zafari.

" Mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang terjadi. Dan mungkin ada sebab kenapa saya bekerja di Al-Mukmim." – jawab Ustaz Kamarul.

" Ustaz rasa ustaz terbayang ke semua benda ini akan terjadi pada pengalaman bekerja pertama Ustaz." – tanya Ustaz Zafari.

" Saya tak pernah sangka, tuan. Siapa sahaja yang boleh menyangka dia bakal menghadap mahkluk halus." – jawab Ustaz Kamarul berdasarkan persoalan Ustaz Zafari.

" Tapi kan Ustaz, maaflah saya bertanya. Dari mana Ustaz belajar ilmu mengubat ubat orang. Ye lah, bukan semua orang ada ilmu itu boleh mengubat hal-hal yang halus." – tanya lagi Ustaz Zafari yang tertanya-tanya.

" Panjang ceritanya, tuan." – kata Ustaz Kamarul.

" Tidak mengapa. Lagipun lambat lagi kita sampai ke Al-Mukmim. Boleh Ustaz ceritakan. Tak adalah saya bosan memandu." – kata Ustaz Zafari lagi.

" Ceritanya begini, saya seorang yang normal sama macam orang lain sehinggalah saya berumur 12, semuanya berubah." – kata Ustaz Kamarul.

" Berubah? Apa maksud Ustaz?" – tanya Ustaz Zafari pula.

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now