Bab 4 : Dua Malam

1.2K 132 4
                                    

Di pagi yang terang, Ustaz Kamarul bersiap awal kerana ada urusan yang ingin dia selesaikan. Ustaz Kamarul pergi ke kelas 5 Firdaus untuk berjumpa dengan Hakimi tetapi malangnya Hakimi tiada di kelas. Bila ditanya pada rakan-rakan sekelasnya, mereka kata Hakimi pulang ke kampung. Ustaz Kamarul merasakan kejadian semalam sudah cukup membuat Hakimi serik untuk datang ke kelas mahupun tinggal di Al-Mukmim. Ustaz Kamarul kemudianya pergi ke pejabat untuk mendapatkan alamat rumah Hakimi. Syukur kepada ilahi, semua data termasuk alamat rumah Hakimi berjaya dijumpai. Ustaz Kamarul pun menelefon Ustaz Zafari yang merupakan pengetua Al-Mukmim untuk memaklumkan dia mempunyai urusan luar dan tidak dapat menghadirkan diri di dalam kelas yang telah dijadualkan.

Ustaz Kamarul pun menghidupkan enjin keretanya dan memulakan perjalanannya ke rumah Hakimi. Sepanjang perjalanan, Ustaz Kamarul terus-menerus berfikir atas kesilapannya menampar Hakimi di khayalak ramai. Hakimi sudah dimalukan dengan hal merokok ditambah lagi dengan tamparan Ustaz Kamarul, pasti Hakimi sudah tidak tahu mahu meletakkan mukanya di mana. Ustaz Kamarul sudah pun menelefon orang tua Hakimi sebelum memulakan perjalanan, mereka membenarkan Ustaz Kamarul untuk datang berjumpa dengan Hakimi.

Setelah 1 jam 25 minit memandu, akhirnya Ustaz Kamarul berjaya sampai ke destinasi. Di situ kelihatan rumah kampung Hakimi yang cantic dan berwarna keperangan. Kawasan sekeliling rumah Hakimi sungguh lapang. Ustaz Kamarul pun memberikan salam. Ibu bapa Hakimi menjawab salam itu sambil membuka pintu. Kemudian, mereka mempelawa Ustaz untuk masuk ke dalam.

" Silalah duduk, Ustaz." – kata ibu Hakimi.

" Terima kasih, puan." – kata Ustaz Kamarul.

" Sebenarnya kami sudah tahu apa yang terjadi. Kami sedikit pun tak menyalahkan Ustaz dalam hal itu. Kami tahu niat Ustaz hanya untuk mendidik anak kami dan anak kami memang harus diberikan sedikit didikan tegas." – jelas bapa Hakimi.

" Walaupun begitu tuan, puan, saya masih mahu berjumpa dengan anak tuan dan puan. Saya ingin minta maaf dan ada beberapa perkara yang ingin saya bincangkan dengannya." – jelas Ustaz Kamarul.

" Ouh, kalau begitu, dia ada sahaja di bilik belakang. Bilik itu tidak berkunci. Lagipun, dia tidak tahu yang Ustaz ingin datang ke sini." – kata bapa Hakimi.

Ustaz Kamarul pun bergerak ke bilik tersebut secara perlahan. Sebelum Ustaz Kamarul mengetuk pintu dan memberikan salam, dia memerhati Hakimi yang sedang duduk di meja belajarnya sambil membaca buku. Hakimi yang mendengar ketukan pintu dan salam, terus menoleh ke arah pintu bilik. Terkejutnya dia apabila melihat Ustaz Kamarul berdiri tegak di depan biliknya. Dia tidak menyangka yang Ustaz Kamarul akan datang ke rumahnya. Ustaz Kamarul meminta izin Hakimi untuk memasuki bilik tersebut. Ustaz Kamarul kemudiannya duduk di atas katil Hakimi.

" Hakimi, apa khabar?" – tanya Ustaz Kamarul.

" Saya sihat saja, Ustaz." – jawab Hakimi tanpa melihat muka Ustaz Kamarul.

" Boleh Ustaz nak cakap sedikit?" – tanya Ustaz Kamarul lagi.

" Apa dia?" – jawab Hakimi.

" Ustaz nak minta maaf sebab tampar kamu dekat depan semua kawan sekelas kamu. Ustaz betul-betul minta maaf. Sepatutnya, Ustaz tidak melakukan sedemikian." – mohon maaf dari Ustaz Kamarul.

" Saya yang sepatutnya minta maaf. Saya dah kurang ajar dengan ustaz. Siap menggelarkan Ustaz bukan-bukan lagi." – mohon maaf dari Hakimi.

" Ustaz dah lama maafkan kamu. Kamu maafkan, Ustaz?" – tanya Ustaz Kamarul.

" Ustaz tiada buat salah pada saya. Ustaz hanya mahu mendidik, saya yang salah menyangka." – kata Hakimi.

Perbualan mereka terhenti apabila ibu Hakimi mempelawa Ustaz Kamarul untuk makan tengah hari bersama mereka. Ustaz Kamarul pun menerima pelawaan tersebut. Sampai sahaja di ruang makan, banyak makanan yang dihidangkan. Kesemuanya kelihatan lazat dan menyelerakan. Malah, Ustaz Kamarul sendiri sudah lama tidak merasakan masakan kampung, dan sekarang Ustaz Kamarul diberi peluang untuk melepaskan rindu pada masakan kampung.

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now