Bab 1 : Pekerjaan Baru

3.6K 240 47
                                    

Sebuah teksi berhenti di sebuah pusat tahfiz yang dipanggil sebagi Al-Mukmin yang bertempat di Kuala Besut, Perak. Ustaz Kamarul keluar dari pintu belakang teksi dan pergi ke bonet belakang untuk mengeluarkan bagasinya. Ustaz Kamarul mengucapkan terima kasih kepada pak cik teksi tersebut kerana telah memberikan perjalanan yang selamat untuknya. Teksi itupun bergerak keluar dari Al-Mukmin. Sebelum Ustaz Kamarul memulakan langkah masuk pertamanya ke dalam Al-Mukmin, dia melihat dari jauh bangunan-bangunan Al-Mukmin. Ini adalah hari pertamanya bertugas sebagai guru dan mungkin banyak cabaran yang perlu dia hadapi. Ustaz Kamarul pun memulakan langkahnya.

Kedatangan Ustaz Kamarul disambut ikhlas oleh pengetua Al-Mukmin iaitu Ustaz Zafari.

" Assalamualaikum Ustaz, macam mana perjalanan Ustaz? Semua okey?" – tanya Ustaz Zafari.

" Waalaikumsalam tuan Zafara. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Saya rasa tenang saja sepanjang dalam perjalanan." – jawab Ustaz Kamarul.

" Sudah-sudah lah kita bersembang di luar ini. Mari saya bawak awak lihat sekeliling Al-Mukmim." – pelawa Ustaz Zafari.

" Baiklah tuan." – jawab Ustaz Kamarul.

Ustaz Zafari pun menunjukkan sekitar Al-Mukmin. Al-Mukmin adalah antara pusat tahfiz yang agak besar. Mengambil masa juga untuk Ustaz Zafari menunjukkan semua bahagian bangunan kepada Ustaz Kamarul. Tempat terakhir yang mereka pergi ialah ruang untuk Ustaz Kamarul iaitu meja Ustaz Kamarul.

" Terima kasihlah tuan kerana sudi luangkan masa tuan untuk tunjuk sekeliling tahfiz ni." – kata Ustaz Kamarul.

" Sama-sama. Saya doakan pekerjaan pertama awak berjalan lancar." – jawab Ustaz Zafari.

Ustaz Zafari pun keluar dari bilik guru tersebut. Ustaz Kamarul mengambil kotak yang diletaknya di bawah lantai. Dia mengeluarkan barang satu persatu dari kotak tersebut dan menyusunnya di atas meja. Ustaz Kamarul mengluarkan sebuah bingkai gambar dan merenung bingkai gambar tersebut dalam masa yang lama. Bingkai gambar tersebut terisikan gambarnya bersama ibunya. Ustaz Kamarul tersenyum seketika dan meletakkan gambar tersebut di atas laci yang ada di atas meja.

Semasa Ustaz Kamarul sedang sibuk mengemas barang-barangnya. Seorang lelaki yang duduk jauh dari meja Ustaz Kamarul, merenung Ustaz Kamarul. Ustaz Kamarul bertentang mata dengan lelaki tersebut secara tidak sengaja. Walaupun Ustaz Kamarul sudah bertentangan mata dengan lelaki tersebut, lelaki itu masih tidak mahu berpaling muka dan masih terus merenung Ustaz Kamarul. Ustaz Kamarul tidak mahu berfikir panjang dan sambung mengemas barangnya.

Dalam kesibukkan Ustaz Kamarul mengemas barangnya, seorang lelaki menegurnya.

" Assalamualaikum, kamu ini tenaga pengajar baru bukan?" – tanya Encik Zafran.

" Waalaikumsalam, ya sayalah orangnya." – jawab Ustaz Kamarul.

" Ouh begitu, saya Zafran. Cikgu matematik di sini." – kata Encik Zafran.

" Ouh. Saya Ustaz Kamarul. Mengajar al-Quran di sini." – kata Ustaz Kamarul.

" Saya kenal Ustaz. Kemasukan Ustaz dalam tahfiz ini buat heboh satu bilik guru." – kata Encik Zafran.

" Heboh? Macam mana boleh heboh?." – tertanya Ustaz Kamarul.

" Ustaz tidak tahukah? Ustaz yang dahulunya, dia telah..." – jawab Encik Zafran.

Semasa Encik Zafran cuba menjelaskan kepada Ustaz Kamarul, tiba-tiba lelaki yang merenung Ustaz Kamarul menyampuk. Dia memberi seperti sebuah amaran untuk tidak menjelaskannya kepada Ustaz Kamarul melalui isyarat mata seperti marah. Encik Zafran pun segera ke mejanya semula. Ustaz Kamarul berasa hairan dengan situasi jadi tambahan dengan cerita tentang hebohah kehadirannya di pusat tahfiz tersebut.

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now