CHAPTER 58

1.1K 98 62
                                    

---

"Hmm..."

"Boboiboy..."panggil Fang perlahan tetapi langsung tidak mendapat balasan dari Boboiboy.

"Boboiboy,ohh Boboiboy..."panggil Fang lagi.Kali ini dengan suara yang sedikit kuat kerana mungkin Boboiboy tidak mendengar panggilannya tadi.Tetapi hasilnya masih lagi sama,Boboiboy langsung tidak menghiraukan Fang.Fsng terasa seperti dirinya dipulaukan oleh Boboiboy.

"Dah kenapa budak ni??"soal Fang pada dirinya sendiri.

"Boboiboy!!"panggil Fang lagi sambil tangannya menepuk belakang Boboiboy dengan agak kuat sehingga Boboiboy terkejut dan tersedar dari lamunannya.

"Y-ya??"tanya Boboiboy hairan seraya menolehkan kepalanya ke arah Fang.Terkejut bukan main lagi Fang apabila melihat muka Boboiboy sangat pucat seperti orang yang dah mati.

"Kau okay tak ni??Kau dari tadi termenung sampai aku panggil tak dengar.Lepas tu muka kau pucat...Kau sakit ke Boboiboy??"tanya Fang risau manakala Boboiboy hanya membalasnya dengan senyuman kecil.

"Aku okaylah...Aku tak sakit.Aku cuma rasa tak sedap hati,tu je...Lagipun,vampire mana boleh jatuh sakit"jawab Boboiboy perlahan membuatkan Fang semakin risau.

"Tapi masa tu kau sakit..."monolog Fang.

"Tak sedap hati?Maksud kau??"tanya Fang ingin tahu.

"Aku takut...Satu hari nanti aku akan pergi jauh dan...Tinggalkan kau lagi..."jawab Boboiboy sayu menjadikan Fang yang mendengarnya patah hati dan hampir-hampir saja menangis.

"Please...Jangan pergi lagi..."monolog Fang sedih sambil matanya memandang Boboiboy yang kini sudah termenung lagi.

Flashback On••

Fang yang sedang membaca buku sesekali mencuri-curi pandang Boboiboy yang dari tadi duduk tersandar pada katil dengan muka pucatnya.Fang yang melihatnya semakin bimbang dengan tahap kesihatan Boboiboy yang semakin lama semakin merosot.

"Boboiboy...Kau tak apa-apa ke??"tanya Fang tiba-tiba manakala Boboiboy hanya mengangkat kepalanya dan memandang Fang dengan tidak bermaya.

"A-aku okay...Tak perlu risau..."jawab Boboiboy ringkas.Tidak lama kemudian,Boboiboy terbatuk-batuk dengan agak teruk menjadikan Fang semakin tidak senang duduk dan mula menghampirinya.

"Boboiboy kau--"

"Aku nak pergi toilet sekejap..."potong Boboiboy tanpa menghiraukan Fang dan terus bangun dari posisi duduknya lantas berjalan keluar dari bilik.Fang yang berasa tidak sedap hati cepat-cepat mengikuti Boboiboy dalam diam agar Boboiboy tidak sedar akan kehadirannya.

*Di toilet*

(BLUEKK!!)

Boboiboy memuntahkan semula darah yang diminumnya sehingga menjadikan kepalanya terasa berpusing-pusing dan hampir-hampir saja terjatuh.Mujur dia sempat berpaut pada sinki di sebelahnya dan terus menyandarkan badannya pada dinding.

Fang yang memerhatikannya dari tadi hanya mampu menahan sebak di dadanya apabila melihat Boboiboy yang sedang menahan sakitnya sambil memegang dadanya.

"Kau tipu aku...Kau kata kau okay,tapi hakikatnya kau tak..."monolog Fang sedih.Fang dapat lihat Boboiboy mula bangun dan membersihkan mukanya lantas berjalan menghampiri pintu toilet menjadikan Fang cepat-cepat berlari balik ke biliknya.

*Di bilik*

"Kau okay?"Tanya Fang buat-buat tak tahu pada Boboiboy yang baru melangkah masuk ke dalam biliknya.Boboiboy hanya memberikannya senyuman kecil.

"Aku okay..."jawab Boboiboy.

"Tak...Kau tipu!!Kau tak okay!!"monolog Fang.

Flashback Off••

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu