CHAPTER 49

1K 98 36
                                    

∆Boboiboy P.O.V∆

Beberapa hari telah berlalu sejak Fang mengheret aku ke dalam toilet hari tu.Ish!Memang bengang betul!!Ada ke patut dia main heret je orang lepas tu nak marah-marah?!Tak patutkan?!!

Semenjak hari tu juga aku tengok Fang...Macam makin rapat dengan Diya...Actually,aku tak kisah sangat pun bila Fang rapat dengan Diya...Sebab memang aku pun yang suruh dia berbaik...Tak maulah gaduh-gaduh (ᗒᗩᗕ).

Tapi sejak hari tu,kenapa aku rasa...Macam Fang sentiasa ketepikan aku??

"Boboiboy"panggil Fang secara tiba-tiba membuatkan aku tersedar dari lamunan dan terus menoleh ke arahnya.

"Ya Fang?"tanyaku hairan.

"Aku nak tukar tempat duduk dengan kau boleh??"tanya Fang lagi.

Wait...Tukar tempat duduk?!!For what?!!!

"K-kenapa??"tanyaku Yang masih terkejut dengan soalan Fang tadi.Aku dapat lihat Fang mula menghembuskan nafas berat.Dah kenapa pula dengan dia ni??

"Aku nak duduk sebelah Diyalah...Seronok pula bila dah betul-betul kenal dengan dia..."jelas Fang sambil tersenyum-senyum sendiri.

Kenapa Fang tiba-tiba senyum ni??

"Jadi boleh tak??"tanya Fang lagi apabila tak mendapat sebarang respon dari aku.

Hmm...Sebenarnya aku tak nak bagi...

"Okay...Boleh je..."

Aduhh...Kan aku tak nak bagi...Tak guna punya mulut.

Fang pun apalagi,terus angkat beg dan barang-barang dia then bangun dari tempat duduknya.Aku pun dengan tak relanya kena angkat beg aku dan pindah ke tempat duduk dia.

"Err...Fa-"

Aku tak dapat teruskan kata-kata aku apabila melihat Fang telah memusingkan kerusinya ke arah Diya dan mula berbual-bual.

∆Boboiboy P.O.V End∆

"Hmm...Fang Abaikan aku lagi..."gumam Boboiboy sedih.Sedih apabila diperlakukan sebegitu oleh Fang.

"Takkanlah sebab hari tu dia terus berubah macam ni..."

Flashback On••

" TAPI AKU TAK SUKA KAU!!KAU FAHAM TAK?!!"bentak Boboiboy yang sudah naik menyampah dengan sikap Fang yang suka mengongkongnya sambil memandang Fang dengan muka tidak puas hati.

Tiba-tiba Fang tersenyum dan tergelak kecil menjadikan Boboiboy hairan.

"Baiklah..."balas Fang dengan ayat tergantung menjadikan Boboiboy semakin tidak faham.

"H-huh??"

"Disebabkan kau pun dah reject aku dengan teruk,aku berhenti..."sambung Fang yang masih menggunakan ayat tergantung.

"Apa??"

"Aku akan berhenti mengejar cinta kau yang dah terang-terang aku takkan dapat...Jadi mulai hari ni,kita hanya KAWAN...Takkan lebih dari tu..."sambung Fang lagi menjadikan Boboiboy sedikit lega kerana Fang dah dapat terima kenyataan.Tiba-tiba Fang menyusap kepala Boboiboy yang ditutupi topinya menjadikan Boboiboy tersedar dari lamunannya dan memandang Fang dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Jangan risau...Ini yang terakhir..."ucap Fang perlahan dan terus membuka pintu toilet Itu lantas meninggalkan Boboiboy seorang diri di situ.

Flashback Off••

"Rasanya memang itu sebabnya..."monolog Boboiboy sambil membaringkan kepalanya di atas meja.

"Tapi apa gunanya kalau aku cakap aku suka dia tapi hakikatnya aku tak pernah ada apa-apa perasaan pun pada dia??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.

Fang yang terperasan reaksi Boboiboy mula smirk dalam diam.

"Hmm~?Jealous ke~?"soal Fang di dalam hatinya.Puas hatinya apabila melihat Boboiboy begitu.Baginya,baru Boboiboy tahu perasaannya selama ini apabila Boboiboy langsung tidak memperdulikan perasaannya.

---

"Fang,Diya nak pergi toilet kejap...Fang dengan Boboiboy tunggu sini kejap tau..."ucap Nadiya sambil bangun dari tempat duduknya manakala Fang hanya tersenyum.

"Okay...Dah balik dari toilet terus pergi kelas tau...Jangan merayap,nanti sesat..."pesan Fang dengan perasan yang melebih-lebih sambil MENYUSAP KEPALA Nadiya dengan LEMBUT.Membulat mata Boboiboy apabila melihat Fang melakukan itu pada Nadiya.

"Bukan ke--"

"Jangan risau...Ini yang terakhir..."

Tanpa disedari,Boboiboy telah pun menggenggam buku teksnya sehingga terdapat banyak renyukan.Apabila Nadiya telah berlalu keluar dari kelas,barulah Boboiboy menyentuh sedikit bahu Fang untuk menegurnya.

"F-Fang..."panggil Boboiboy takut-takut manakala Fang hanya menoleh dan memandang Boboiboy dengan pandangan kosong.

"Ha"

"Kalau...Aku tanya,kau...Jangan marah ya..."ujar Boboiboy yang ingin memastikan.

"Tch...Tanya jelah,aku tak marahlah..."balas Fang dengan nada suara yang terdengar seperti nada menyampah pada telinga Boboiboy.

"Hmm...Kau...Suka Diya ke??"tanya Boboiboy yang masih takut-takut menjadikan Fang mengangkat keningnya.

"Dah kenapa tiba-tiba tanya ni??Kau jealous kee~??"tanya Fang balik dengan nada yang seperti ingin mengejek Boboiboy.

(DEG!!)

"Eh?Taklah...Aku saja je tanya...Sebab aku tengok kau dengan Diya tu rapat betul.Macam dah lama kenal je..."jawab Boboiboy dengan 'jujur' sambil tergelak kecil.

"Laa...Dah kau sendiri yang suruh aku berbaik dan jadi lebih rapat dengan Diyakan??Sekarang kau pula tanya kenapa...Aduh,memang spesis vampire ni selalu berperangai pelik eh??"balas Fang yang mula MENTERTAWAKAN Boboiboy manakala Boboiboy hanya mampu membalasnya dengan senyuman pahit.

"Ohh ha ah ekk!Aku lupalah hahahah!!"ucap Boboiboy sambil ketawa.Tetapi Fang boleh dengar dengan jelas yang tawa Boboiboy itu merupakan tawa paksa.

"Ha!Berbalik pada soalan...Kau suka Diya ke??"tanya Boboiboy yang mengulangi soalannya tadi.Fang yang mendengarnya nampak seperti mula berfikir sambil tersengih-sengih.

"Hehehe...Kalau aku bagitahu,kau jangan cakap dengan dia tau..."jawab Fang sambil memberi peringatan pada Boboiboy manakala Boboiboy hanya mengangguk kecil.Fang mula mendekatkan mukanya dengan telinga Boboiboy.

"Yup!Aku...Suka dia...Eh tak!Aku,SAYANGKAN dia sangat-sangat!!"bisik Fang sambil menekankan perkataan 'Sayang' itu.Boboiboy yang mendengarnya tiba-tiba saja terkaku dan memandang Fang dengan dahi yang berkerut-kerut.

"S-sayang?!"

To Be Continued

Apakaah masalah kamu wahai Fang?😂

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin