EMPAT

50 3 0
                                    

"Ke mana buah hati kau bawak kereta ni sampai ada skru panjang terbenam dalam tayar dia ni?" tanya Fattah seraya menunjukkan skru yang dimaksudkan.

"Entah. Aku pun tak tahu," jawab Alham seraya menoleh ke arah Tanjung yang sedang membelek tayar keretanya yang baru. Dalam masa yang saya dia menyelesaikan bil yang perlu dibayar. "Okey bro. Terima kasih banyak-banyak." Dia hulur salam.

"Small matter bro."

Alham mendapatkan Tanjung. "You, dah settle. Jom pergi minum dulu. I haus ni," ujarnya.

"Bagi I resit. Nanti I transfer," balas Tanjung sebaliknya. Dia tahu yang lelaki itu sudah pun menjelaskan bilnya sebentar tadi.

"Apa kata, kita pergi minum dulu Cik Tanjung. Lepas tu, baru I bagi resit. Boleh?"

Tanjung juling mata. "I ada hal lain lepas ni. Kita pergi minum lain kali aje boleh tak?" Dia sengaja mencipta alasan untuk mengelak dari terus berlamaan dengan lelaki itu. Dia tidak mahu ada yang salah faham dengan hubungan mereka terutamanya Rifqi. Lelaki itu langsung tidak tahu yang dia menerima bantuan daripada Alham.

"You ingat I nak percaya ke dengan lain kali you tu?" Alham senyum tepi.

"Suka hati youlah! Duit you dah banyak sangat kan? Mesti you tak kisah kalau I tak bayar satu sen pun. Betul tak?" Tanjung cuba mengugut pula dengan harapan lelaki itu akur dengan permintaannya.

"I memang tak kisah kalau I habiskan duit sebab you. Asalkan you boleh terima I, I'm okay with that."

Tanjung hembus rengus halus. "Cakap dengan you ni memang menyakitkan hati tahu tak? Huh! Cepatlah! Nak minum dekat mana?" balasnya terpaksa mengalah. Namun dalam masa yang sama, jauh di sudut hatinya tidak sampai hati menolak memandangkan lelaki itu sudah membantunya.

Alham melorek senyum lebar. Ikut I. Jangan you nak pergi tempat lain pulak." Sempat dia mengingatkan sebelum dia berlalu ke keretanya.

Tiba di sebuah kafe lambat-lambat Tanjung mendapatkan Alham yang sedia menanti di meja yang paling hujung dan agak terlindung.

"Kenapa tak duduk dekat luar aje?" Hambur Tanjung terus.

"I okey aje kalau you nak duduk luar. Tapi you tak takut ke kalau buah hati you nampak kita minum berdua-duaan?" Alham jongket kening sebelah.

Tanjung mencebik. "Yang you tiap-tiap minggu tayang muka tak malu depan rumah I tu, you tak risau pulak kalau buah hati I nampak?" tingkahnya bersama jeling tajam.

"Tu kes lain. Sekarang kes lain. I cuma tak nak you tu yang nampak jahat sebab keluar dengan lelaki lain. Tapi, I tetap tak peduli pun kalau boyfriend you nampak. Biar dia tahu yang I ni tergila-gilakan you tu." Alham menyengih tanpa rasa bersalah.

Sekali lagi Tanjung lempar jeling. Rasa marah dan geram yang mula memutik hanya mampu ditahan. "Tadi you janji nak bagi resit kan? Bagi I sekarang." tegasnya kemudian seraya menghulur tangan.

Alham geleng. "Kita belum lagi minum apa-apa. Tunggu sekejap boleh?"

Tanjung hempas rengus halus. Lelaki yang sibuk melurut rambut panjang itu di dipandang tajam seperti mahu ditelan hidup-hidup. "You memang saja ambil kesempatan kan?"

"Siapa cakap I ambil kesempatan? I cuma tak nak sia-siakan peluang. Tu aje."

"You ni kan..." Tanjung ketap bibir. Dalam masa yang sama, minuman yang dipesan lelaki itu awal tadi tiba. "Mana you tahu I suka latte?" Keningnya berkerut melihat minuman yang terhidang.

"I mana tahu you suka latte. I order aje," jawab Alham selamba membuatkan gadis di depannya itu melemparkan jelingan lagi. "You ni, kalau sekali tak jeling I, memang tak sah hidup you kan? Muka tu, tak pernah nak senyum. Masa kita mula-mula kenal aje I nampak you senyum. Sekarang ni, bukan main susah lagi. Apa yang you tak suka sangat dengan I ni? Cuba you cakap apa kurangnya I kalau nak dibandingkan dengan Rifqi buah hati you tu?" luahnya.

Cik Siti Tanjung SariWhere stories live. Discover now