Eh boleh pulak tanya. Sambil tu tangan menyuap isi ayam bakar ke dalam mulut. Tak berperasaan betul.

" Mulut tu, sejak bila jadi suka membebel macam ni? Apa salahnya dia tunang. Baguslah tu, dia ada usaha nak menghalalkan wanita yang dia sayang. Awak dulu zaman lain. Sekarang ni dah zaman lain. Sekarang normal sahaja kahwin awal."

Aku senyum nipis. Sambil tu aku pegang tangan kanan Ray dan jari tengah dia aku bawa ke bibir. Lebihan sos cili yang tersisa di jari aku jilat sedikit. Terbuntang luas mata helang dia. Kaget dengan perbuatan aku yang secara tiba tiba itu.

Ray capai gelas air di tepi. Mungkin hampir tersedak. Kih. Kih. Padan muka. Baru goda sikit dah cemas. Well, ini sahaja caranya. Kalau tidak entah apa lagi yang dia bakal ceramahkan kat bebudak ini nanti. Airmuka mereka pun kena jaga juga. Ray ni tak kira siapa, kalau dia rasa dia perlu cakap jadi dia cakap je sesuka hati dia.

"Kau... Kan.."

"Apa.. Apaa?"

Muka aku dekatkan padanya. Dekat. Hidung menyentuh hidung. Cuba mengusik lagi. Biar dia panasaran, tak senang duduk. Yeah! Itu yang ku mahu. Ray ketap giginya kuat.

Tak tertahan dengan kelatah Ray itu ketawa dari mulut aku meletus secara tiba tiba. Ray ni.. Makin lama makin comel pulak.

"Kau jangan macam macam. Kalau tak nak kena terkam atau aku angkat kau masuk bilik sekarang , so better behave yourself."

Aku senyum lagi. Mata dia menikam tajam. Dapat aku lihat yang dia sedang menahan rasa. . Terserlah sangat kot kat mata tentang keinginan yang maha satu tu.

" Ok, tak kacau dah."

Aku angkat tangan dengan telapak tangan seperti mengangkat sumpah. Dia gelengkan kepala dan memandang lurus ke depan. Memandang kemeriahan yang di cetuskan oleh keluarga kami. Ada yang tengah makan, ada juga yang masih sibuk membakar bahan BBQ. Si anak anak yang kecil pula berlari riang bermain kejar mengejar di antara mereka. Indahnya suasana ini. Suasana yang dah lama aku impikan.

Aku gengam tangan Ray. Dia paling wajah. Hairan.

"Terima kasih."

Ucap aku sepatah sahaja. Mata kami bertatapan. Kerutan di dahi Ray timbul. Tak berapa faham mungkin dengan kata terima kasih dari aku.

"Untuk apa?"

Gengaman kami bertaut kemas. Aku dan dia masih bertatapan. Sebuah senyuman manis aku hadiahkan padanya.

"Terima Kasih sebab bagi saya rasa perasaan ini semula. Dah lama sangat saya tak merasa suasana macam ni. Terubat sikit rasa rindu ni untuk mama, abah dan kakak. Awak mesti ingat rumah kami yang menghadap pantai tu kan. Kadang kadang bila abah off, tak kerja malam. Kami sekeluarga akan lepak kat bawah pokok mempelam tu."

Ray diam. Tapi pandangan itu aku tahu. Dia rasa sebak juga seperti mana yang aku tengah rasa kan sekarang. Aku telan air liur yang terasa kelat ini. Dada aku pulak yang terasa pedihnya.

" Lepas tu mesti awak ingat lagi kan, ada kerusi batu kat situ. Itu abah yang belikan. Abah cakap dia nak jadikan situ port untuk kami bersantai santai. Kat pokok tu jugak abah ikatkan kain buaian bersambung dengan pokok kelapa kecil. Abah cakap lagi abah nak anak anak abah selesa. Abah tak mampu nak mewahkan kami semua macam orang lain. Tapi abah tak tahu dengan cara macam tu pun saya dah rasa mewah sangat. Mewah dengan kasih sayang. "

Kolam mata aku mula terasa panas. Tanpa sedar Aku gengam tangan Ray kuat berbanding tadi. Seolah olah meminta sedikit semangat darinya.

Ray usap lembut jemari aku. Matanya tak lepas sedikit pun dari merenung muka ini. Mendengar dalam diam.

" Dah.. Jom"

Aku kerut kening. Hairan! Dia masih lagi selamba dengan wajah beku nya. Bukan ke itu trademark terbaik untuk dirinya. Muka beku tak terluah perasaan.

"Yang berlapis kening dok tenung aku tu kenapa? Aku ajak jom kan. Jomlah. Bangun.."

"Tak, masalahnya jom kemana? Kita tengah cakap topik apa tadi?"

Aku cuba natural kan balik kerutan kening yang mungkin dah merapat ke dahi. Hari hari dok main kerut kening macam ni, mahunya belum sampai 40 an aku dah nampak macam nenek 60 tahun.

Tua sebelum usia. Semuanya gara gara Ray. Buatkan otak, dahi, kening dan fikiran aku berkerja lebih masa.

"Kau nampak macam nak nangis. Nangis kat sini tak elok. Semua mata akan memandang. So sebelum satu rumah jadi riuh cakap aku buli ke sakitkan hati kau baiklau kita ke bilik sekarang? Sana kau boleh sambung nangis. Aku pun boleh.. Ehem.. Ehem.. Kat sini tak boleh. Tak pasal pasal nanti ma bukak meja bulat, ajukan pertanyaan yang entah apa apa."

Sempat dia melirik pada anak anak saudara yang berada di belakang kami. Semacam saja ajakan dia tu. Macamlah aku tak tahu.

" Iye? Kan.. Nanti ma marah kan. Sian nanti kat suami tersayang saya ni."

Aku muncungkan mulut dengan comel sambil kedua dua pipinya aku cubit geram.

" Gatal, merenyam.. Banyaklah alasan awak nak ajak masuk bilik. Mengada. Ni awal lagi lah. Sabor dulu. Jangan gelojoh."

Terkekek kekek Ray ketawa. Rutin baru dia sekarang ialah menyakat aku. Suka sangat kalau dapat buat macam tu.

" Dah, kau kan tahu aku tak suka kau sedih. Aku kawin dengan kau bukan untuk tambahkan kesedihan yang kau ada. Tapi untuk berikan bahagia yang melimpah ruah. Nanti bila kita nak balik KL, kita singgah rumah lama kau ye. Dah jangan sedih sedih. "

Aku senyum seulas. Tunduk mengangguk. Terharu dengan kata kata Ray. Dengan di susuli setitik dua airmata yang jatuh menitis. Ray pantas menyeka dengan ibu jari. Air mata yang berdegil mahu menuruni pipi gebu ini akhirnya lupus begitu saja.

" Haa, macam ni lah kesayangan aku. Senyum itu yang kena pada muka kau. Dah. Aku kan ada."

Aduh Ray! Sweet tak ingat walau masih lagi kayu untuk bahasakan isteri dengan panggilan yang indah di dengar. Bayangkan aku ajar dia membahasakan diri sayang sampai ke sudah dia tak cakap macam tu. Katanya tergeliat lidah lah. Lidah nak pakai lama.

Mereng aku dengan karenah entah apa apa si Ray.

Ye, Itulah cinta, saling melengkapi dan menerima kekurangan diri pasangan masing masing. Kalau lidah dia masih kaku untuk panggil sayang, baby atau apa apa panggilan yang lain. Layankan saja. Beri dia sedikit masa. Romantis itu bukan hanya pada panggilan semata. Tapi lebih kepada macam mana kita layan pasangan kita.

'Action speaks louder than words'

Sebab aku tahu nak mengajar si mamat hati beku muka macho ni bukannya mudah. Minta dia cakapkan i love you pun jarang sangat nak dengar. Inikan pula perkara sweet sweet yang lain. Lagilah si Ray ni payah nak ikut.

Haihlah suami!

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu