"Itu checkpoint ketiga!!Cepat Boboiboy!!"ucap OchoBat dari atas.Boboiboy yang mendengarnya semakin mempercepat lariannya.

*Di checkpoint*

Seorang ahli PBSM memberikan Boboiboy gelang getah berwarna kuning.Boboiboy mengambilnya dan terus meletakkannya ke dalam poket seluarnya.

"Cepat adik!Adik boleh menang!"ucap seorang ahli PBSM yang memberikan semangat pada Boboiboy manakala Boboiboy hanya mengangguk dan tersenyum kecil.

---

"Checkpoint terakhir!!!"teriak OchoBat yang sesekali menoleh ke arah Boboiboy yang sudah tercungap-cungap kerana berlari tanpa henti.

*Checkpoint*

Seorang PBSM perempuan memberikan Boboiboy gelang getah berwarna merah yang merupakan gelang getah terakhir.

"Lagi 500 meter je dik!!Usaha!!"ucap PBSM perempuan itu sambil tersenyum.Boboiboy hanya mengangguk dan meneruskan lariannya.

---

"Sikit lagi Boboiboy!!!Lagi 50 meter!!!"ucap OchoBat apabila melihat Boboiboy seperti sudah terhuyung-hayang.

"O-okay!!"balas Boboiboy yang cuba menguatkan semangatnya untuk berlari sehingga sampai ke garisan penamat.

*Garisan penamat*

Seorang guru berlari anak ke arah Boboiboy dan memberikannya sebotol air mineral.Boboiboy mengambilnya dan hampir-hampir saja terduduk kerana terlalu penat tetapi guru itu sempat menyambut tangan Boboiboy.

"Okay tak??"tanya guru itu sedikit risau dengan keadaan Boboiboy.

"Sa-saya okay cikgu..."jawab Boboiboy sambil tersenyum.

"Awak pergi kat cikgu Shielda dan berikan dia nama dan rumah sukan awak..."arah guru itu manakala Boboiboy hanya mengangguk kecil dan mula berjalan ke arah meja kecil tempat cikgu Shielda duduk.

*Di meja cikgu Shielda*

"Nama?"tanya cikgu Shielda sepatah.

"Huh...Huh...Bo-Boboiboy..."jawab Boboiboy yang masih tercungap-cungap sedikit.

"Nama rumah sukan?"tanya cikgu Shielda lagi.

"Rumah Marikh(Merah)..."jawab Boboiboy ringkas.Cikgu Shielda mula mencatat apa yang dinyatakan Boboiboy di dalam senarai pada bukunya.

"Nah,ambil kupon ni...Pergi ambil makanan kat kantin..."ucap cikgu Shielda sambil memberikan Boboiboy sehelai kupon berwarna biru.

"Terima kasih cikgu..."balas Boboiboy sambil tersenyum manis.

OchoBat yang sudah penat terbang mendarat pada bahu Boboiboy dan bertenggek di situ seperti seekor burung.Cikgu Shielda yang melihat kehadiran seekor kelawar berwarna kuning berbelang hitam berasa sedikit terkejut tetapi dia hanya membiarkan saja.

"Huih...Penatnyaaaa!!"keluh OchoBat yang kepenatan manakala Boboiboy hanya tergelak kecil dan mula berjalan ke arah kantin.

"Aku lagi penat tau!!"balas Boboiboy yang masih ketawa.

Cikgu Shielda hanya mempu memerhatikan Boboiboy yang seakan-akan berbual dengan kelawar itu.

"Dia...Merentas desa bawa kelawar ke?"soal cikgu Shielda pada dirinya sendiri.

*Di kantin*

"OchoBat...Terima kasih ya...Kalau kau takda tadi,mesti aku masih lagi sesat kat tempat tu..."ucap Boboiboy sambil tersenyum.

"Sama-sama!!"balas OchoBat ringkas.

Mak cik kantin dan beberapa orang senior yang ada di kantin hanya memerhatikan Boboiboy yang nampaknya sedang berbual-bual dengan seekor kelawar.

"Sewel ke budak tu?"soal Mak cik kantin pada pak cik kantin.Pak cik kantin hanya mengangkat bahu.

"OchoBat...Boleh tak bermula dari hari ni kau...Tinggal dengan aku?"tanya Boboiboy tiba-tiba membuatkan OchoBat hairan.

"Tinggal dengan kau?"soal OchoBat balik.

"Ha ah,sebab aku dari dulu nak rasa bela seekor kelawar...Tapi semua kelawar sama je.Hitam...Tapi kau unik,warna kau pun cantik..."puji Boboiboy sambil tangannya memegang sayap OchoBat.OchoBat berasa amat bangga kerana dipuji sebegitu oleh Boboiboy.Nasib baik hidung dia tak kembang.

"Aku rasa...Bolehlah..."ucap OchoBat akhirnya membuatkan Boboiboy berasa gembira.

"Yey!Mulai hari ni,kita kawan!!"balas Boboiboy gembira.

Tiba-tiba...

(DUSH!!)

Seketul batu yang entah datang dari mana betul-betul mengenai kepala OchoBat sehingga dia terjatuh dari meja kantin.Boboiboy yang terkejut dengan kehadiran batu itu cepat-cepat menoleh untuk mencari siapa dalangnya.

Apabila Boboiboy menoleh,dia nampak...

"A-apa kau buat ni?!!"

To Be Continued

Merepek bukannn🤣🌾

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now