"Malam ni saya teman awak dekat sini, ya?"

"Pergilah tidur dekat rumah Cik Park"

"Saya pergi ni"

"JEON JUNGKOOK!"


🚬🚬🚬

Rokok yang menyala itu dijepitkan pada bibir. Kepulan asap menyelubungi ruangan gelap itu seraya menjadi peneman kepada dirinya. Senyuman sinis terukir di bibir merah merekahnya.

"Park Hwayoung, aku tak bodoh macam yang kau sangka. Berhentilah jadi manusia tak ada otak. Kau masih belum kenal siapa aku!" sebilah pisau terpacak pada sekeping potret tepat di bahagian dahi.

Potret milik Hwayoung.

Belasan orang lelaki bersut hitam hanya berdiri tegak sambil menundukkan kepala.

"Tuan Muda ada apa-apa misi untuk kami?"

"Ganggu perempuan jalang dalam potret tu. Kau nak rogol, pukul atau kau nak ganggu macam mana sekali pun, itu terserah pada kau. Dia ingat semudah itu nak hapuskan aku? Racun berjadual murah dari pasaran gelap hanya sesuai untuk anjing kurap macam dia" lelaki berbadan tegap itu hanya mengangguk dengan akur.

Belasan orang konconya dikerah untuk memulakan ancaman. Yang pastinya, si ketua akan mengancam Hwayoung secara langsung. Mungkin Park Hwayoung akan tinggal nama malam ini.

Puntung rokok dilempar ke lantai lalu dipijak kasar. Kemeja satin hitam yang terdedah di bahagian dada itu menyerlahkan tatu bermotif burung helang milik lelaki itu. Dia bersandar pada sofa kulit yang tersedia di 'markas'nya.

Potret bapanya yang tergantung pada dinding kaca itu ditatap tajam. Secara automatik, lidahnya menolak bahagian dalam pipinya.

"Kalau bukan sebab kau, orang tua, aku tak perlu terjebak dalam kerja syaitan macam ni. Tapi, bagus juga kau tinggalkan konco kau yang ramai tu untuk aku. Tak perlulah aku kotorkan tangan aku ni" decitan halus tikus-tikus uji kaji miliknya memecah kesunyian malam.

Salah seekor daripadanya dikeluarkan dari sangkar dan--










































































--dilemparkan ke kandang King, ular tedung peliharaannya.

"Makan, King. Aku perlukan bisa kau untuk bunuh sasaran seterusnya--" dia berjeda sambil memerhati reptilia tersebut melahap makan malamnya.

"--Jungkook!"

S

K

I

P

Hwayoung melangkah masuk ke dalam lif untuk pulang ke rumahnya. Suasana yang sunyi itu sedikit sebanyak mendebarkan hatinya. Ketika itulah idea jahat mula berlegar di mindanya. Telefon pintarnya dikeluarkan dari tas tangan lalu nombor telefon milik Jungkook.

"Harap maaf, nom--"

"Shit! Kau guna telefon untuk apa kalau kau matikan hah?! Sial betullah" telefon pintarnya dimasukkan kasar ke dalam tas tangan. Sebaik pintu lif terbuka, Hwayoung melangkah keluar seperti kebiasaannya.

Kotak berwarna coklat muda di hadapan rumahnya diangkat dari lantai. Nama dan alamat pada slip penghantaran itu ditiliknya.

"Tanpa nama? Bungkusan sebegini pun boleh dihantar oleh syarikat kurier?" Hwayoung berdecit kasar sebelum membuka bungkusan itu dengan kasar. Alangkah terkejutnya wanita itu melihat foto miliknya berlumuran darah. Dengan tangan yang menggeletar, sekeping nota berdarah di bawah kepingan foto itu diambil.

"Selepas kau, sasaran seterusnya ialah Jungkook Jeon" nota itu direnyuk kasar sebelum kunci kereta dicapai dari tas tangannya. Wanita itu berlari sekuat hati ke lot parkir dan bergegas ke kediaman Jungkook.

Sebaik kereta miliknya tiba di hadapan pagar utama kawasan perumahan elit itu, balai pengawal menjadi arah tujunya.

"Encik, boleh saya tahu sama ada Encik Jeon Jungkook berada di rumah atau tidak?" soalnya kepada seorang pengawal yang bertanda nama Moon Yongjae.

"Maaf, cik. Encik Jeon Jungkook belum pulang sejak senja tadi" Hwayoung mencengkam rambutnya kasar dek rasa kesal. Wanita itu melihat kawasan sekeliling kerana merasakan dirinya diperhatikan.

Bunyi-bunyian unggas malam membuatkan jantungnya berdegup lebih kencang. Tanpa berlengah, wanita itu berlari anak ke arah keretanya lalu melangkah masuk ke dalam kenderaan Sedan itu.

"Hai, sayang" lehernya dijerut oleh salah seorang konco Daniel yang telah berjaya memasuki kereta milik Hwayoung. Setelah beberapa minit bergelut, akhirnya wanita itu mula tidak sedarkan diri kerana kekurangan oksigen. Tubuhnya dicempung keluar dari kereta dan dipindahkan ke dalam sebuah pacuan empat roda.

Setibanya mereka di markas, wanita itu diheret keluar dan diletakkan di atas sebuah kerusi. Seutas tali yang panjang digunakan untuk mengikat tangan serta kaki wanita itu. Daniel hanya memerhati anak buahnya melakukan persediaan. Setelah itu, kesemua anak buahnya di arahkan untuk keluar dari bilik gelap itu.

Suis lampu dihidupkan membuatkan wanita itu terganggu dengan silauan cahayanya. Segelas air disimbah ke mukanya membuatkan Hwayoung tercungap-cungap mencari nafas.

"Heh lelaki tak guna! Apa yang kau cuba lakukan ni? Kenapa kau ikat aku di sini" wanita itu meronta membuatkan Daniel tertawa sinis.

"Meronta selagi kau mampu sebelum peluru pistol ni robekkan otak kau" Hwayoung hanya memandang wajah Daniel di bawah sinaran mentol kecil itu.

"Tapi, aku ada tawaran terbaik untuk kau. Kalau kau nak selamat, kau ikut saja semua rancangan aku"

"Apa yang aku dapat kalau aku bekerjasama dengan kau?" wanita itu sedar bahawa dia bukan lagi berurusan dengan seorang budak mentah. Melihatkan anak buahnya tadi, dia pasti lelaki ini mempunyai pengaruh yang agak besar dalam dunia gelap ini.

"Kau akan dapat Jungkook dan aku akan dapat Hara"

"Jadi, apa rancangannya?"












































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍














































Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now