"Kau bebel kat aku ke?" Soal Enrique yang mula merenung sisi wajah Miya.

     "Iye, kenapa? Awak pekak ke? Saya tahu macam mana tak nak bagi pekak, awak kena pakai alat yang dalam hospital untuk orang kurang upaya tu. Apa namanya eak?" Soal Miya tanpa ada rasa takut melihat Enrique yang merenung tajam ke arahnya.

     "Hurm mesti tak dengarkan? Tengok muka awak yang buruk ni pun dah tahu awak tak faham. Susahlah macam ni,"

     Ting!

     Miya yang ingin melangkah keluar ditahan Enrique. Miya terus menepis tangan Enrique yang melekat pada lengannya.

     "Janganlah! Saya tak suka orang pegang-pegang saya. Lelaki tak guna! Awak fikir saya ni perempuan murahan ke, huh?!" Tengking Miya, wajah Enrique direnung tajam. Jika boleh, ingin saja dia menyiat-nyiat kulit lelaki ini.

     "Bingitlah setan! Kau yang ganggu hidup aku, cakap banyak macam orang gila. Semak tahu tak?!" Enrique juga membalas dengan tengkingan.

     "Tak tahu dan tak nak pun tahu! Awak dah salah didik Fred dan awak kena bayar semua kos kerosakkan otak dia!" Jari telunjuk Miya ditunding ke arah wajah Enrique.

     "Belum ada perempuan yang berani tinggikan suara dengan aku." Kata Enrique perlahan tetapi kedengaran cukup tegas, jari telunjuk Miya dipegang dan dipulasnya sedikit sehingga gadis itu mengerang kesakitan.

     "Sakit...isk awak ni jahat, lelaki jahat! Fred tak patut jadi macam awak! Saya perlu selamatkan Fred, bye nak pergi selamatkan Fred!"

     Miya menyeka air mata yang sudah bertakung sebelum tangannya dilambai kecil ke arah Enrique. Miya membuka langkah dengan cepat keluar dari lif.

     Belakang tubuh Miya direnung lama, emosi gadis itu yang sangat mudah berubah-ubah membuatkan Enrique dapat menangkap sesuatu tetapi hairan kerana gadis itu tidak habis-habis menyebut nama Freddy.

     "Siapa perempuan liar ni? Terlepas dari kandang babi yang mana?" Soal Enrique sendiri.

     "Apa yang kau dah buat sampai perempuan tu jadi gila, Fred? Tak akanlah sebab ciuman hari tu kut? Okay bukan masalah aku, settle sendiri dan pergi mampus semua." Mata Enrique kembali melekat pada skrin telefon bimbit miliknya. Malas guna otak pada cuaca sejuk seperti ini.

     Miya melihat Freddy duduk bersantai seorang diri di taman bunga yang terletak di belakang rumah agam. Kakinya terus diatur ke arah lelaki itu. Belum sempat tapak tangannya menekup kedua-dua belah mata Freddy, Freddy lebih pantas memegang lengannya.

  I  "Awak pegang lengan saya, Fred?! Wow! Saya rasa sayalah perempuan paling bertuah dalam dunia ni." Miya mengambil tempat bersebelahan dengan Freddy.

     "Bertuah ke tak bermaruah?" Soal Freddy bernada sinis.

    I"Bezanya apa? Mestilah bertuah, sayakan istimewa untuk awak, kalau tak mesti awak dah tembak saya sekarang ni, betul?" Wajah Freddy direnung dengan penuh minat. Senyuman lebar masih tidak lekang di bibirnya.

    "Salah," Kata Freddy sepatah sebelum dia berdiri, pistol yang terselit di belakang seluar dicapai lalu diacu tepat ke arah wajah Miya.

     "Fred..." Miya menjebik bibir sehingga kelihatan melengkung. Wajahnya sudah bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Sampainya hati lelaki ini.

     "Malas cakap banyak."

     Bang!

     Satu das tembakkan dilepaskan mengenai pasu bunga yang terletak di belakang Miya.  Air mata gadis itu sudah mengalir membasahi wajah membuatkan Freddy menghela nafas kecil. Apa yang serabut sangat gadis ini?

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt