MAHFUZ - 3

46.1K 3.1K 1.1K
                                    

@OHVIRAL, — "Pasangan kekasih bergaduh di restoran Pondok Sri Harum semalam

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

@OHVIRAL, — "Pasangan kekasih bergaduh di restoran Pondok Sri Harum semalam. Bukan main rancak boyfriend dia mengamuk!"

Iman melepaskan keluhan berat. Siapa pula yang dah rakam dan pergi post dekat Instagram ni? Tak pernah-pernah lagi dia famous sampai macam ni sekali. Kalau famous sebab bakat tak apalah jugak. Ni nama naik sebab pergaduhan kecil di antara dia dengan Adam. Kecil? Rasanya macam besar aje perang mereka semalam.

Video berdurasi selama tujuh saat yang dimuat naik itu diulang berkali-kali. Nasiblah hanya bentakkan Adam saja yang jelas kedengaran. Kalau isi pergaduhan mereka terakam sekali, habislah nama baiknya dan Adam tercemar.

Jari Iman menekan kotak komen untuk melihat komen netizen. Berdebar. Bukan dia tak tahu, jari netizen ni kalau tulis komen bukan main rancak. Bahasa pun kasar. Belum lagi golongan muda yang acah tahu semua benda, hebat!

@hijaukuning10 Apa yang jadi sebenarnya ni?

@muhammadfarhan Bang, kalau tak suka awek kau tu. Bagi je lah kat aku, aku single ni.

@faridmazlan aku rasalah, laki tu jadi camni sebab awek dia nak minta putus. Alah, macam drama pukul tujuh tu.

@Avyanna98 lelaki dengan sampah tak boleh dipisahkan hmm.

@Melonmyn kacak-kacak macam tu pun pandai mengamuk eh? Aku tak percaya.

@Miejau Kenapa aku rasa aku kenal laki tu ye... macam bakal jodoh aku je.

@Hannaniess Ni mesti perempuan ni curang! Ish bodoh.

Tanpa Iman sedar, ada seseorang menghampirinya. Lelaki itu tersenyum sinis. Penutup botol air sengaja dijatuhkan ke lantai untuk menarik perhatian gadis itu. Seperti yang dijangka, Iman menoleh dan dia terus saja menuang air di atas kepala Iman yang berlapik tudung.

Tawa lelaki itu meletus, bergema ke segenap ruang tersebut. Mata Iman terbeliak besar. Tudung dan sebahagian bajunya habis basah dimandikan Adam. Dia bingkas bangun. Matanya tajam menikam anak mata Adam yang turut memandangnya dengan pandangan yang sukar Iman tafsirkan.

Kejadian empat hari lepas kembali terimbau di fikirannya. Adam tak puas hati dengan Iman. Sebab itulah dia datang ke perpustakaan untuk mengenakan Iman. Mungkin ini balasan untuk Iman setelah dia dimalukan di khalayak ramai. Iman sepatutnya bersyukur sebab dia tuang air mineral. Kalau asid? Makin hancurlah muka Iman yang buruk itu.

"Awak ni dah kenapa!" bentak Iman. Botol kosong yang berada di tangan Adam dirampas dan dicampak ke lantai.

"Kita dah seri, Iman. Ini balasan untuk kau sebab dah malukan aku."

"Saya takkan buat macam tu kalau awak tak tabur fitnah kat saya! Awak yang malukan saya dulu!" ujar Iman separuh menjerit. Ikutkan hati, dia mahu layangkan penumbuk pada muka lelaki ini. Namun, dia batalkan niatnya itu apabila ternampak kelibat Puan Yani dan Raudah menghampiri.

"Fitnah? Kau yakin aku fitnah kau? Pffttt..." Adam seakan mengejek.

Raudah segera merapati Iman. Manakala Puan Yani berdiri di tengah mereka berdua dengan wajah yang merah. Marah. Dia ingatkan siapa yang buat bising tadi. Dia tak tahu pun Adam ada di sini. Jarang sekali Adam mahu menginjak kaki ke perpustakaannya. Tapi kenapa tiba-tiba anaknya datang?

Melihat keadaan Iman yang basah kuyup, menaikkan lagi rasa geramnya pada Adam. Ni mesti kerja anak terunannya. Dia dah boleh agak kenapa Adam buat begini. Misi bantah kahwin. Mungkin Adam fikir dengan cara membuli dan menyakiti Iman seperti ini, dia akan ubah fikiran dan membatalkan rancangannya menyatukan mereka berdua.

Adam silap. Dia tetap dengan keputusannya. Adam dan Iman akan berlahwin bulan depan. Tiada bantahan. Tiada perubahan.

"Raudah, bawa Iman turun. Iman tukar pakaian ya. Kalau kamu tak ada baju spare, kamu balik aje terus. Datang esok. Saya nak bercakap dengan Adam sekejap." Suara Puan Yani mendatar. Matanya tidak lari dari merenung wajah kacak anaknya. Angkuh sekali wajah itu.

"Tak payah datang balik. Berhenti teruslah perempuan!" Adam peluk tubuh.

Pap! Lengan sasa Adam dipukul kuat oleh Puan Yani. Adam mengaduh kesakitan.

"Adam, let's talk."


"ADAM tak nak! Mama tak faham ke?" Adam mendengus kasar. Kaki kanan di silang di atas kaki kiri.

"Nak atau tak nak, Adam tetap akan kahwin dengan Iman. Tinggal beberapa minggu aje lagi, Adam. Tolonglah jangan buat hal!"

"Adam dah besar mama. Adam ada hak untuk buat keputusan sendiri, pilih siapa yang Adam nak untuk dijadikan isteri." Adam masih belum mahu kalah.

"Yes, mama tahu Adam dah besar. Adam ada hak nak buat keputusan sendiri. Tapi Adam, takkan Adam masih berkeras mahukan Maya jadi isteri Adam? Dia isteri orang Adam. Jangan ganggu rumah tangga orang. Pleaselah!"

Adam terdiam.

Maya Rihana. Perempuan itulah yang dia dambakan. Dia mahukan Maya jadi miliknya semula meskipun perkara itu mustahil. Acap kali dia merayu pada Maya untuk kembali padanya, tetapi rayuannya tidak diendahkan. Maya isteri orang. Namun, perkara itu takkan menjadi penghalang untuk dia meneruskan agendanya.

Maya akan kembali padanya dan bercerai dengan Farish Zakwan. Itu yang dia mahukan.

"Mama tak rasa apa yang Adam rasa. Mama tak berada di tempat Adam. If you were in my shoe, I am sure, hundred percent sure. You will do the same as I do." Adam larikan pandangan ke arah lain.

Puan Yani mengeluh. Payah nak cakap dengan Adam yang degil ni. Ikut perangai ayah dia. Arwah suaminya pun sama degil macam Adam. Penat Puan Yani nak melayan.

"Adam... move on lah, nak. Terima kenyataan yang Maya bukan jodoh Adam, tapi Iman."

"Pfft, Iman? Mama, tu bukan jodoh. Tu bodoh, mama." Adam tersenyum senget. Iman jodoh dia? Dia sanggup gali kubur sendiri dari berjodoh dengan Iman.

Entahlah apa yang mamanya nampak dekat Iman. Cantik? Cantik lagi Maya. Maya sempurna di mata Adam. Menyesal pula dia putuskan pertunangan mereka. Kau, bodoh Adam! Bodoh!

"Adam!" Suara Puan Yani meninggi. Geram dengan Adam yang langsung tidak mahu mendengar cakapnya.

"Dahlah mama, daripada mama dok paksa-paksa Adam, apa kata mama ajelah kahwin dengan Iman tu," balas Adam selamba. Riak muka macam minta sedas pelempang daripada Puan Yani.

Puan Yani mengucap panjang. "Mama tak nak panjangkan hal ni lagi. By hook or by crook, Adam tetap kena kahwin dengan Iman. Mama boleh rasa Iman calon yang terbaik untuk bimbing Adam. Mama yakin, mama tak salah pilih."

Hampir tujuh tahun dia mengenali Iman, dia boleh nampak Iman seorang perempuan yang baik, luar dan dalam.

"Ya ke tak salah pilih?" Adam tersenyum sinis.

Puan Yana mengangguk. Yakin.

Mama tak tahu apa yang kami pernah buat... Our dirty little secret. 

TBC

Update: 170120

[B1] MAHFUZ (TERBIT)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt