nine

593 99 51
                                    

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 09

Dahi yang penuh kedutan dipicit geram melihatkan perkataan yang dia sendiri tidak faham.

Ingatkan lepas menghantar Ryoona untuk mengajar bahagian esei berhasil, rupa-rupanya makin melingkup markah yang diperoleh anak muridnya seorang ni.

Kalau nak dibandingkan, Kim Taehyung yang terhuyung-hayang bercakap dalam bahasa Inggeris pun mampu peroleh markah terbaik dalam esei, ini kan pula Kim Namjoon yang amat fasih dalam bahasa tersebut.

Habis mood Puan Lim menjadi barai setelah memeriksa kertas esei tersebut.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Kamu ni kan Namjoon, saya dah bagi peluang untuk kamu pulun sehabis-habisnya. Tapi ini yang saya dapat daripada kamu?" Puan Lim melayangkan kertas eseinya sambil sebelah tangan bercekak pinggang.

"Maaf Madam" Namjoon memohon maaf terus menunduk bawah. Perasaan kesal mula menyelubungi dirinya

"Jangan buat saya betul-betul lupuskan sijil penyertaan semua tu"

Pantas kepalanya mendongak menoleh Puan Lim. Empangan di tubir matanya pecah sehingga berjuraian air mata jantannya.

"Please madam, give me one more chance, for this time only. Saya pasti tak berpeluang untuk melanjutkan pengajian di universiti nanti kalau madam musnahkan sijil-sijil penyertaan saya tu" rayu Namjoon dengan deraian airmata agar Puan Lim tidak berhasrat berbuat demikian.

Dengan rayuan sebegini, sememangnya tidak mampu seorang guru seperti Puan Lim untuk menolaknya, oleh kerana Namjoon sanggup menangguh tempoh belajar dengan menyertai pelbagai pertandingan sehingga mengharumkan nama sekolah.

"Memandangkan kamu cakap begitu, baiklah, saya akan bagi satu peluang lagi. Kalau kamu tak dapat band 3 dan ke atas, saya tak teragak-agak untuk buatkan sijil-sijil penyertaan kamu lesap terus" ugut Puan Lim yang cuba mencabar kewibawaan Namjoon.

"Baiklah saya akan buktikan"


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"'kakiulet'? What's exactly you want to write, Namjoon?" kertas esei dan Namjoon bersilih ganti dipandangnya.

"Read in full sentence, dear Ryoona" tegur anak didiknya. Matanya terus tertumpu esei dikarang Namjoon.

" 'We nid tu kakiulet all dis nombor tu get de anser', hmm cut your leg?" tutur Ryoona untuk mengikut sama seperti ejaan ditulis Namjoon.

Namjoon menepuk dahi sejurus mendengar perkataan disebut Ryoona.

" Cut your leg celah mananya? Aigoo kakiulet tu calculate lah!" terang jejaka tersebut. Jap siapa ajar siapa ni?

"Masalahnya kau tulis ni hampir sama macam cut your leg duhh"

"Terang-terangan ada perkataan nombor, takkanlah kau tak boleh kaitkan dengan kakiulet tu duhh makk"

Kerana bengang, Ryoona menghampiri Namjoon untuk menyatakan sesuatu.

"Heyy, lain kali tulis tu kasi jelas even kau tak reti eja sekalipun!" dada bidang ditunjal geram oleh Ryoona.

Melihatkan tindak tanduk Ryoona, Namjoon segara merentap tangan gadis lalu mendekatkan jari telunjuknya pada bibir merah delima milik Ryoona.

"Shh, aku akui kesalahan tu, tapi tolonglah perbaiki kesilapan kecil sebegini dengan ajar aku baik-baik, bukannya menengking, okay my dear?" bicara Namjoon penuh kelembutan.

Hampir-hampir saja Ryoona diserang panic attack disebabkan wajah mereka saling berpandangan.

"Dah, aku nak pergi ambil makanan kat dapur, tunggu tau" segera pipi kanan Ryoona dikucup Namjoon sebelum jejaka berlesung pipit berdesup keluar dari bilik.

"KEEM NUMJUUNNNNNN!"

🍉🍉🍉🍉🍉

Waduhh makin-makin menjadi dorang ni, perkataan kakiulet Wauthormelon dengar (misheard actually hehe) daripada lagu 'Love Maze'

Apa-apapun thanks for waiting my update ❤️🧡💛💚💙💜

【✔️BTS】𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉 • 𝓚𝓲𝓶 𝓝𝓪𝓶𝓳𝓸𝓸𝓷Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon