eight

599 99 33
                                    

Wauthormelon nak habiskan fanfic English secepat mungkin.

Doakan Wauthormelon agar dijauhkan daripada perangai malas mengupdate yee 😂😂

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 08

Suasana gementar menyelubungi diri pelajar ekoran mereka bakal menghadapi peperiksaan percubaan KUET. Moga-moga semua soalan dapat dijawab.

Perasaan ini dapat dibaca oleh Ryoona yang memerhatikan riak-riak rakan seperjuangannya. Sekian lama melihat keadaan sekeliling, pandangannya mula jatuh pada wajah Namjoon yang masih mentelaah nota esei dicoretnya sendiri.

Melihatkan Namjoon kelihatan sedikit kusut, Ryoona mengatur langkah ke arah jejaka berlesung pipit itu.

"Joon, kan tak elok baca nota-nota last minute macam ni, nanti satu apa pun tak masuk" nota yang dibaca Namjoon segera dirampas oleh Ryoona. Namjoon yang terkejut dengan tindak tanduk gadis itu, terus melemparkan jelingan tajam.

Tanpa segan silu, dia membelek nota-nota milik Namjoon lalu meletakkan di tepinya.

"Beginilah Joon, let's talk your major problem about your essay"

"Mende kau ni? Kita nak masuk dewan sekejap lagi duhh. Bak balik nota aku" bentak Namjoon separa geram. Ekoran malas bangun dari tempatnya, lengan diregangkan untuk mengambil nota tersebut.

Namun Ryoona lebih pantas bertindak apabila dia bingkas berdiri dari duduk bersebelahan Namjoon.

"I wouldn't give to you if you don't wanna tell about yourself!" ugut gadis itu sebelum menjarakkan dirinya. Dalam hati Namjoon sudah menyumpah seranah pada Ryoona.

Tak lama kemudian, Ryoona kembali menghampiri Namjoon lalu menggengam kuat tangannya.

"Tell me the truth about you, Namjoon because my heart desperately want to know inner you" bicara si gadis sambil menatap sepenuhnya wajah Namjoon.
Nampaknya, Ryoona tak main-main dalam hal sebegini.

Memandangkan mereka berdua berada jauh dari pandangan orang lain, jadi tidak terganggulah untuk Namjoon bercerita.

"Ok i'm gonna tell you. Sebenarnya, aku tulis macam tu sebabnya untuk menambahkan kefahaman aku, mesti kau pelik kan?

Tapi begitulah cara aku memahami bahasa Inggeris, melalui ejaan yang dianggap salah dalam bahasa Inggeris. Tapi kalau nak tahu, ejaan yang salah itulah yang memudahkan aku untuk menyebut satu per satu perkataan bahasa Inggeris.

Bila-bila dah lama aku tahu dan fahami penyebutannya, orang mula berbangga bila tengok aku fasih berbahasa Inggeris, sampaikan dorang dah tak nampak kesilapan aku dalam ejaannya.

Sejak dari itu, aku dah tak peduli cara penulisan aku dalam esei dan aku gunakan kemahiran lisan sahaja untuk petah berbicara di mana-mana pertandingan.

Dan perkara ni berlanjutan sampai sekarang. Dan terima kasihlah sebab tolong aku untuk perbaiki kesilapan aku selama ni" luah Namjoon panjang lebar, sehingga mata bundar Ryoona terkebil-kebil mendengar ucapan terima kasih buatnya.

"Oh ya, sama-sama" balasnya yang sudah merona merah pipi. Namjoon yang baru perasan riak wajah Ryoona terus tersenyum lebar.

"By the way, you must keep this promise to do well in writing, okay?" jari kelingking dihulur pada Namjoon, moga-moga jejaka dapat mengotakan janjinya.

"Yeah i'm promise" tutur Namjoon sedikit gentar sebelum jari kelingking dipaut bersama.

Segera nota-nota ditangan Ryoona dirampas semula. Namun, pembacaan nota buat kali terakhir terganggu lantaran melihat rakan-rakannya sudah memasuki dewan.

"Weyhh cikgu dah suruh masuk dewan, lekaslah" lengan sasa milik Namjoon segera disambar Ryoona. Dalam situasi sebegini, Namjoon hanya akur.

"Ehh si Ryoona sorang ni, boleh ryoon (ruined) teroks hidup aku kalau duduk dengan dia" gumamnya perlahan agar tidak didengari Ryoona.

🍉🍉🍉🍉🍉

Tbc 🌻

【✔️BTS】𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉 • 𝓚𝓲𝓶 𝓝𝓪𝓶𝓳𝓸𝓸𝓷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang