twelve

560 86 39
                                    

Ops, endingnya bukan di sini, werkss 🙉💜 Jangan terkezut buat kali kedua hehe

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12

Dia menghempas tubuhnya atas katil yang sedang memegang dua keping surat. Surat yang beralamat dari luar negara dikoyakkan begitu saja untuk melihat isi di dalam.

Pandangan kini tertumpu pada sehelai kertas yang terisi dalam sampul surat tersebut. Perlahan-lahan dia membaca bait-bait perkataan yang bertaip tulisan komputer.

Segaris senyuman tipis dikoyakkan setelah membaca butiran pada surat tawaran belajar tersebut. Nampaknya dirinya layak untuk melanjutkan pengajian di sebuah universiti yang terkemuka di salah satu Benua Oceania, iaitu Australia. Tak sangka berguna juga sijil penyertaan yang dikumpulnya selama ini.

Ekor matanya kini beralih pada surat kedua yang diterima. Perasaan mula menyelubungi diri lantaran surat tersebut kelihatan meriah dengan corak bunga dan ikatan riben kecil.

Dia yang terlentang mengguling tubuh untuk berkeadaan meniarap. Surat kedua dikoyaknya perlahan-lahan memandangkan sampul surat nampak istimewa baginya.

Setelah isinya dikeluarkan dari sampul kedua, dia terkesima melihat kad jemputan tersebut.

Secara spontan, memorinya bersama Ryoona di taman sains sekolah terlakar dalam benak fikiran.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Awww Namjoon how sweet you"

Ryoona yang beriak terharu mula mengendur wajah, seperti tidak gembira akan lamaran yang diatur Namjoon.

"But I've to say that... I'm already being someone fiancee"

Luruh kegembiraan dan keterujaan jejaka itu tatkala baru mengetahui status sebenar Ryoona. Gadis dihadapannya mula merintih kesedihan terus menggengam erat tangannya.

"I'm so sorry, I really, really want to meet you. But because both of us already lost contact, so it's kinda hard to tell about it."

Rasa sebak dan kecewa menyelubungi diri jejaka itu. Tak sangka dia menghadapi situasi begini buat kali kedua. Sebelum ini adiknya meninggalkan Namjoon dan kali ini orang yang dia sayangi pun ingin biarkan dirinya kesunyian.

Perlahan-lahan dia meleraikan genggaman erat yang dicipta Ryoona. Dengusan kasar jelas kedengaran pada gegendang gadis itu.

"Baik kau pergi dari sebelum aku mengamuk" tuturnya yang sudah tidak teratur nafasnya. Beginilah perasaan Namjoon apabila cinta dan sayangnya pada sang gadis mempermainkan hatinya.

Ryoona tersentak setelah baru perasan riak wajah Namjoon semakin tegang. "Maafkan aku Namjoon. Aku harap kau maafkan aku nanti" tuturnya buat kali terakhir pada Namjoon sebelum melangkah pergi dari situ.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Nafas dihela setelah dirinya terpacak di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo yang terletak di Incheon.

Dia sememangnya berniat untuk memenuhi jemputan ke perkahwinan Ryoona dan pasangan untuk menemuinya buat kali terakhir. Namun disebabkan tarikh penerbangan jatuh pada hari yang sama, jadi Namjoon tidak dapat ke sana.

Beg pakaian beroda diusung ke sana sini memandangkan waktu penerbangan bagi ke Australia masih berbaki dua jam.

"Chillah Namjoon, jangan sedih-sedih" tegur seorang jejaka bersenyuman petak. Dia terus duduk di situ memandangkan sudah lama berjalan ke sana ke mari.

"Mana ada aku sedih" Namjoon melihat wajahnya terus memicit pipi jejaka itu penuh geram. Taehyung terus mengaduh sakit lalu bangun daripada duduk bersebelahan dengan Namjoon.

Mereka bertujuh memerhati gelagat dua sahabat itu tergelak sakan. Si Tae ni kalau tak berperangai pelik memang tak sah!

"Hm yela Joon oii" acuh tak acuh Seokjin berbicara.

"Ha Seok, kau ready tak nak belajar kat England tu?" soal Jimin yang melihat pemakaian Hoseok, nampak pelik. 

"It's Great Britain"

"No, it's United Kingdom"

"Oitt dua-dua boleh guna lah!"

Hoseok memandang geram ke arah ketiga-tiga adik-beradik kembar Min. Itu pun nak dikecohkan. Agust D, Suga, Toongi ni memang nak kena!

"Tak sangka kawan kita dua ketoi ni akan melanjutkan pelajaran ke luar negara" tutur Jungkook acah-acah menangis.

"Sudah-sudahlah, sambung belajar kot. Bukannya terus tinggal sana" ujar Namjoon berserta anak mata yang siap diguling ke atas.

Dia kembali berdiri untuk ke tandas awam.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Setelah keluar dari tandas, Namjoon terus membawa diri ke tempat mereka duduk.

Akibat terlalu fokus berjalan menghadap wajah arah mereka berlapan, akhirnya tubuh Namjoon terlanggar dengan seseorang sehingga orang itu jatuh terduduk.

Namjoon dengan tergopoh-gapahnya segera menghulurkan tangan bagi membantu wanita itu bangun.

Setelah dia dapat berdiri semula, Namjoon terpempan apabila melihat wajahnya.

"What?"

🍉🍉🍉🍉🍉

Keyh tak tipu lepas ni, last ending di chapter seterusnya 😽💋

【✔️BTS】𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉 • 𝓚𝓲𝓶 𝓝𝓪𝓶𝓳𝓸𝓸𝓷Where stories live. Discover now