Bab 44

20.5K 873 77
                                    

"Izinkan Hara pergi untuk sementara."

Pelukan terlerai. Bebola mata Eian mencari anak mata isterinya. Kepala digelengkan perlahan.

"Please, don't go."

Hara menolak lembut tangan Eian yang memegang erat lengannya.

"Tolonglah, abang. Hara tak pernah minta apa-apa dari abang selama kita berkahwin. Kali ni je, Hara minta abang penuhkan permintaan Hara."

Rambut diraupkan kasar oleh Eian. Sebelah tangan dicekakkan di pinggang manakala sebelah lagi menggosok tengkuknya berkali-kali.

"Abang boleh tunaikan apa yang Hara nak, just name it. Tapi bukan yang ni."

Hara menggeleng lemah sebelum kakinya berundur.

"Cukuplah selama ni Hara turutkan apa yang abang nak walaupun benda tu menyakitkan Hara. Cukuplah dengan apa yang abang dah buat dekat Hara. Tolonglah, Hara takut..."

Mata mereka bersabung. Tubir mata yang hangat itu dikerdip berkali-kali namu tika itu juga mutiara jernih turun satu per satu di pipinya.

"...perasaan benci tu mengatasi perasaan sayang Hara dekat abang. Dengan apa yang abang dah buat semalam, Hara tak jamin yang Hara akan layan abang macam dulu. Hara sikit pun tak marah kalau abang ambil hak abang tu, tapi Hara kecewa dengan abang!" Dia biarkan air matanya mengalir tanpa henti.

Eian mengepal tangannya saat dia lihat pipi mulus itu dibasahi dengan air mata.

Tolonglah, Hara. Jangan menangis...

"Hara kecewa bila abang sebut nama perempuan lain masa kita bersama!Abang ingat Hara ni patung ke yang tak ada perasaan bila diperlakukan macam tu? Sakit sangat, abang. Sakit!" Kepalan tangan ditumbuk kuat di dadanya sambil air mata mengalir. Eian pantas mendekati dan menarik tangan Hara agar tidak menyakiti diri sendiri lagi. Hiba hatinya saat kepala isterinya menunduk ke arah dada bidangnya. Tangannya naik mengusap kepala itu lembut.

"Abang sentuh dia...Abang sentuh dia... Hara rasa jijik sangat, abang..." Telinga Eian dapat menangkap luahan hati isterinya yang masih membenamkan wajah di dada bidangnya.

Sentuh?

"Did... did I said that?" Eian teragak-agak bersuara.

Dia dapat rasa kepala itu bergerak ke atas bawah di dadanya.

Allah!

"Sayang!" Pinggang itu dirangkul kemas sebelum bibirnya singgah di atas kepala Hara lama. Pasti Hara sudah salah faham.

"Sumpah dengan nama Allah, abang tak pernah sentuh Melina atau mana-mana perempuan macam abang buat malam tadi dekat Hara. Abang tak pernah b.." Dia menghela nafas berat.

Tangan mengusap rambut mengurai isterinya.

"...Abang tak pernah berzina, sayang..."

"Then, apa maksud abang malam tadi?" Tersedu-sedan Hara bersuara.

"Abang cuma pernah pegang tangan dan pipi dia je, sayang.. Not more than that."

Isterinya diam. Menyedari telinga tidak disapa lagi esakan halus dari Hara, dia menolak perlahan kepala itu. Tubir mata yang masih basah dilap perlahan olehnya.

"Sayang?"

Hara menjauh.

"No..." Eian seakan-akan dapat mengagak apa yang akan berlaku. Dia mahu mendekati isterinya namun ditegah.

"Hara tak tahu macam mana Hara nak percayakan abang. Abang dah pernah musnahkan kepercayaan yang Hara bagi dua kali, abang."

"Abang minta maaf...Ab.."

"Hara boleh maafkan abang."

Eian mula lega sebelum bibir mengoyak senyum.

"Dengan syarat abang kena lepaskan Hara."

Dum!

Senyuman yang bergayut di bibirnya semakin lama semakin pudar. Wajah isterinya direnung lama untuk mencari penjelasan.

"Kalau abang anggap 'lepaskan' dari segi cerai, itu terpulang dekat abang..."

"No!" Bahunya terhinjut saat mendengar tempikan dari lelaki itu.

"Let me go, then." Tuhan sahaja yang tahu betapa menggigilnya saat ini. Menggigil untuk meninggalkan suaminya dan menggigil kerana dia sedang direnung tajam oleh lelaki itu.

"Kenapa Hara nak kusutkan lagi keadaan? Perlu ke lari dari masalah?We need to talk, do you get it?!"

Suaranya naik seoktaf bersama irama jantung yang tidak selari.

"Cakaplah apa yang abang nak cakap. Hara cuma nak masa untuk diri sendiri. Hara nak fikir masak-masak sama ada Hara perlu teruskan hubungan ni atau pun tak. Hara nak fikir dalam-dalam sama ada cinta Hara ni milik abang lagi atau pun hati Hara dah tawar untuk abang." Mendatar. Matanya sikit pun tak diangkat untuk membalas pandangan tajam itu.

"Hara, please..."

Hara tergelak kecil namun bunyinya agak janggal.

"You're being selfish. Hara cuma nakkan masa, tu pun abang tak faham ke?!Sampai bila lagi abang nak seksa Hara?Sampai Hara mati? Macam tu?"

"Fine!" Suaranya juga sama tinggi dengan Hara.

"Pergi mana yang Hara nak! But if one day we meet again, I'll fight for you!Tak ada siapa boleh ambil dan sentuh hak abang! Hara milik abang sorang!"

Hara tersenyum hambar.

"Kenapalah susah sangat abang nak jujur yang abang cintakan Hara?Sampai ke hari ni Hara tak pernah dengar kata-kata tu dari mulut abang.."

Eian bungkam.

"N..no..I don't love you. Abang cuma tak suka berkongsi. What's mine will always remain mine." Entah, dia masih belum bersedia untuk lafazkan cinta kepada isterinya. Dia kasihan melihat gadis itu meraih cinta darinya, namun entah dia tidak boleh.

Hara mengangguk berkali-kali.

"It's up to you nak cintakan Hara ke tak. Hara cuma harap abang akan ubah perangai ego tu. Bukan apa.."

"...Hara takut nanti Hara pula yang berubah hati. Takkan selamanya Hara nak jadi perempuan yang tak tahu malu nak menagih cinta daripada orang yang tak sudi. Hara ada maruah Hara sendiri." Dia mendekati suaminya.

Tangan kekar itu ditarik sebelum dikucup lama.

"Terima kasih untuk segalanya." Luggage ditarik sebelum tombol pintu dipulas. Tanpa menoleh lagi, dia keluar dari bilik yang meninggalkan memori pahit untuk dirinya. Eian terduduk di birai katil saat melihat isterinya sudah menjauh.

Inikah pengakhirannya? Ini penghujung kisah dia dan Hara?

Eian memejamkan mata. Tanpa dia sedar, air mata jantannya mengalir deras.

Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Dia isteri aku, tapi kenapa aku layan dia macam tu? Dia isteri yang baik, solehah dan sempurna di mataku. Kenapa aku sia-siakan dia? Kenapa aku butakan mata aku untuk tengok keikhlasan dia?Allah, ampuni aku! Aku berdosa dengan dia!

Esakan kasar bergema dalam bilik itu. Buat kali pertamanya, lelaki bernama Eian Wazif menangis seperti itu. Menangis teresak-esak di atas katil. Menangis kerana seorang perempuan. Menangis kerana...

...Ledy Hara.

"Abang cintakan Hara...Abang sayang Hara, kenapa Hara tinggalkan abang?Abang minta maaf, abang junjung ego abang!" Air matanya masih mengalir.

"Hara tak salah, abang yang berdosa dengan Hara. Abang yang buatkan Hara tinggalkan abang. Abang layan Hara macam Hara ni bukan isteri abang yang sah.  Maafkan abang, Hara.."

"Abang balik dari kursus untuk cakap dengan Hara yang abang cintakan Hara. Hati abang dah mula terima Hara sebagai isteri abang. Tapi...tapi kenapa semua ni yang jadi? Abang tak sanggup kehilangan Hara...Abang tak sanggup!"

Allah, lemahnya dia hanya kerana seorang perempuan.

Hara, maafkan abang...

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now