Bab 7

15K 860 27
                                    

Semenjak peristiwa Eian dan Hara bertemu di mall pada hari itu, mereka tidak bercakap sepatah apa pun ketika bertembung di kampus. Masing-masing berpura-pura seperti tidak kenal antara satu sama lain.

Hara mengeluh dalam diam apabila melihat figura lelaki sedang berjalan masuk ke dalam dewan kuliah.

Kelas bersama Eian selama tiga jam benar-benar membuatkan Hara menahan rasa. Dia seakan-akan tidak betah apabila bertemu mata dengan lelaki itu.

Setelah memastikan semua orang sudah keluar, barulah Hara mengangkat punggung untuk berlalu dari dewan kuliah.

"Ledy Hara."

Hara bungkam. Dia tidak menoleh namun kakinya ibarat dipasak utuh ke lantai.

"Are you try to avoid yourself from me hm?" Suara lelaki itu benar-benar kedengaran seolah-olah bibir itu berada dekat di telinganya.

Tanpa menoleh, Hara membalas kata-kata itu.

"What for?"

"Because of your jealousy perhaps?"

Bibir Hara melorek senyuman sinis. Tidak pasti jika lelaki itu dapat melihat atau tidak namun Hara tetap tersenyum sinis.

"You are mean nothing to me. You are just my lecturer and I'm your student. Not more than that." Terus kakinya diangkat menuju pintu keluar dewan kuliah.

Eian terkedu seketika. Mengapa dia menyoal gadis itu seperti mereka sedang menjalinkan hubungan mesra?Dia meraup wajahnya berkali-kali.

Tanpa menunggu lama dia terus menuju ke cafeteria untuk mengisi perutnya. Mujur sahaja tidak ramai orang di situ. Sejujurnya dia tidak selesa jika terlalu ramai orang di cafeteria itu kerana pasti ada sahaja yang ingin sibuk mengganggunya.

Huh! I need my own time!

Baru sahaja ingin melabuhkan duduknya, bebola matanya tertacap ke arah sudut hujung bahagian cafeteria itu. Matanya tidak silap pandang.

Hara!

Perlahan-lahan dia mendekati gadis itu. Akalnya menghalang supaya jangan mendekati gadis itu, namun hatinya lebih bijak mengawal akalnya.

Langkahnya terhenti apabila telinganya mendengar bunyi. Bukan jeritan mahupun percakapan. Namun Eian tergamam.

Hara menangis?

Matanya diliarkan ke sekeliling sebelum dia bergerak sedikit mendekati Hara. Mujur tiada sesiapapun berada di situ. Hanya dia dan Hara sahaja.

"Ledy..."

Hara yang sedang menangis teresak-esak pantas menegakkan badannya dan menoleh ke sebelah kanan. Dirinya kaku apabila lelaki itu sudah duduk di kerusi yang kosong di sebelahnya.

"Why are you crying? Hm?"

Hara menggeleng laju sebelum tangannya pantas menyeka air mata yang mengalir. Namun tidak tahu mengapa, air matanya galak menitis di pipi. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan.

"Hei. Why you being like this?" Eian gusar melihat Hara yang tidak henti-henti menangis.

"Please, leave me alone." Perlahan suara Hara berkata kepada lelaki itu.

"I'm not going anywhere until you tell me what's going on."

Hara yang menunduk menekur lantai sambil menangis itu pantas menggeleng.

"Pergi lah sir."

"I takkan pergi."

"Please..."

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now