Bab 22

15.8K 801 29
                                    

"Keadaan Puan Hara semakin merosot. Platelets makin rendah dari semalam. Suhu badan Puan Hara pun makin tinggi."

Eian meraup wajahnya berkali. Semua ini salahnya!

Pagi-pagi lagi dia sudah dihubungi oleh pihak hospital berkenaan isterinya. Dia dimaklumkan bahawa Hara telah pengsan dari malam semalam. Ini bermakna selepas dia meninggalkan isterinya keseorangan.

Dia terduduk di ruang menunggu. Bahunya disentuh perlahan oleh doktor yang merawat isterinya.

"Demam denggi kita tak boleh ambil ringan. Encik mesti tahu kan? Lagipun saya baru tahu Encik Eian bekas doktor di hospital terhebat dekat KL ni bila saya terjumpa dengan mama encik semalam."

Doktor Taufik agak terkejut bahawa lelaki di hadapannya bukan calang-calang orang.

Doktor pakar bedah. Is it real?Sayangnya, lelaki itu memilih untuk menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar.

"Saya ingatkan demam dia dah kebah dan keadaan dia pun dah okay. But I was wrong."

"Sabar Encik Eian, in sya Allah Puan Hara baik-baik saja. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu."

Eian hanya mengangguk sebelum dia sahaja yang tinggal di ruang menunggu.

Apa yang kau fikir waktu bergaduh dengan Hara, Eian? Kau tak nampak ke muka pucat dia?

Dia mula rasa serba salah. Dia punca keadaan isterinya semakin teruk. Jika dia tidak melenting dan cepat melatah, pasti keadaan akan baik-baik sahaja.

Pintu bilik Hara ditenung. Tidak sedar kakinya sudah melangkah ke bilik itu. Tahu-tahu sahaja dia sudah berada di tengah-tengah wad persendirian yang mewah baginya.

Sayu hatinya melihat isterinya yang sedang terbaring dengan tangan masih  dicucuk dengan jarum. Diusap perlahan tanpa sedikit pun mengganggu lena Hara.

"I tahu I salah. I nak minta maaf tapi I takut you tak boleh terima maaf I. Jujur, I rasa bersalah tengking you, hina you. Cakap macam-macam, kata you perempuan..."

Bicara Eian terhenti. Dia tidak sanggup menyambung perkataan biadab itu.

"Tapi I nak you tahu, I tak boleh cintakan you. Hati I hanya untuk Mel. I sayangkan dia, cintakan dia dari dulu lagi. Sebelum kita kenal lagi I dah cintakan dia. I planned nak kahwin dengan Mel, but then suddenly you muncul dalam hidup I and everything messed up. I tiba-tiba terpaksa kahwin dengan perempuan yang I tak cinta."

Eian menghela nafas berat sambil sebelum tangan Hara dikucup lembut.

"But, I tak faham. I tak boleh tengok air mata you, I tak boleh nak tengok muka you bila you sakit. I feel the same, Hara. You sakit, I pun rasa. You sedih, I rasa jantung I nak pecah. Tapi bila fikir balik, tu mungkin perasaan seorang abang terhadap adik dia."

Mata Hara yang sudah terbuka sewaktu Eian mengangkat kepalanya begitu mengejutkannya. Bukankah isterinya sedang lena?

Genggamannya terasa dibalas kembali. Mata menatap mata cantik Hara. Isterinya mengukirkan senyuman kepadanya.

Namun, mengapa senyuman itu tiada seri?

"Abang, Hara tak kisah abang still tak cintakan Hara. Abang nak pilih Mel pun itu terpulang dekat abang. Tapi satu je yang Hara minta..."

"Let me love you."

Hara mengusap tangan Eian dengan ibu jarinya.

"Hara tak pernah tahu makna cinta. Hara tak pernah jatuh cinta langsung dekat mana-mana lelaki. Tapi abang, you are the one. Abang buka pintu hati Hara untuk cintakan abang."

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now