Bab 15

14.5K 785 76
                                    

Pejam celik pejam celik, esok merupakan hari yang penuh bermakna buat seorang Ledy Hara. Tempoh sebulan sudah tamat kerana dia akan bergelar isteri kepada Eian Wazif pada hari esok. Tuhan sahaja yang tahu betapa gementarnya dia.

Baru dia ingin melelapkan mata, telefonnya bercahaya menandakan ada panggilan masuk.

Siapa pula call malam-malam ni? Dia taktahu ke aku tengah nervous?

Dengan malas tangannya menggesek untuk menjawab panggilan itu tanpa melihat gerangan si pemanggil.

"Hello."

Mata Hara yang mengantuk lantas celik dan segar-bugar. Dia menepuk dahi kerana tidak melihat dahulu siapa yang menghubunginya.

"Er ya?"

"Tak tidur lagi?"

Hara mencapai bantal golek sebelum memeluknya erat.

"Dah nak tidur dah tadi. Tapi sir call pula."

"Oh ya ke? Okay-okay sorry I kacau you. Pergilah tidur."

"Eh! Tak apa, dah hilang dah rasa mengantuk ni. Ada apa sir call saya malam ni?"

Hara hanya mendengar helaan nafas lelaki itu.

"Sir? Are you alright? Kenapa ni, hm?"

Haih, Hara ni memang hati lembut betul. Lelaki itu telah mempergunakan dia pun dia still concern about that guy.

"I tak tahu macam mana I nak mulakan semua ni. Tapi I harap you boleh luangkan masa kejap untuk dengar."

"Bring it on."

Sekali lagi Hara mendengar helaan nafas itu namun kali ini agak memberat.

"Esok I akan kahwin dengan Melina. Yes, I'm happy for it sebab finally mama I restu hubungan I dengan Mel. But at the other side, hati I kosong. I don't know why but I tried to figure out until I realize..."

Jeda.

"I will lose you. I will lose my angel who being with me through up and down."

"Yes, kita baru kenal tak sampai tiga bulan but dalam tempoh tu kita tahu pasal each other. You tahu I tak suka pedas but I do love spicy foods yang you masak. I tahu you tak boleh get along dengan romantic song but when it comes to me yang nyanyi, you akan record and post dekat ig you."

Hara di sebelah sana sedang menggigit hujung bantal.

"Kadang-kadang I sendiri pelik, macam mana I boleh layan student I istimewa macam you. I selesa dengan you dan you pun tak kekok untuk berbual macam biasa dengan I. Bila kita dekat luar kelas, we used to be a friends. You selamba kutuk I depan I sendiri."

Tawa kecil terbit dari bibir Eian.

"Tapi I sedar, after I kahwin nanti kita tak boleh macam dulu. Kita tak boleh lepak dekat mall sambil minum-minum. You tak boleh teman I buat kerja dalam bilik I. I tak boleh nak teman you pergi Melaka. Banyak benda akan berubah, Ledy."

Tidak tahu kenapa,namun Hara berasa sebak. Dia tidak sanggup memperbodohkan lelaki itu lagi. Sungguh dia kasihan apabila mendengar bicara hati Eian.

"Sir..."

"Yes, Ledy?"

"Pernah tak sir rasa orang yang sir percaya selama ni akan tipu sir?Mainkan perasaan sir?"

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now