Eian!

"Tepilah!" Hara menolak tubuh Eian yang sedang menindih tubuh genitnya. Namun kudrat lelaki itu sangat kuat.

Hara semakin takut apabila bibir dan tangan Eian sudah bergerak liar. Kepalanya digeleng kanan dan kiri untuk mengelakkan ciuman kasar lelaki itu. Bukan dia tidak rela, tapi bukan begini caranya untuk Eian menuntut haknya! Dia bukan patung!

"Why? I miss you so bad..." Helaan nafasnya berat sambil menatap wajah Hara yang sedang ditindih.

Dengan sedaya-upaya Hara menolak tubuh itu sehinggalah dia berjaya meloloskan diri. Nafasnya tercungap-cungap. Baru sahaja ingin turun dari katil, dia sudah dipeluk dari belakang. Helaan nafas Eian di leher membuatkan bulu romanya merinding.

"Kenapa you lain sangat malam ni, Mel?Selama ni okay je I sentuh you, darling." Dia menolak tubuh yang dirangkul ke tengah katil luas itu. Hara tergamam. Bukan kerana dirinya ditolak ke katil, namun kerana bait bicara suaminya.

Bibirnya terketar-ketar. Eia..eian sen..tuh Melina? Ya Allah. Tanpa sedar air matanya mengalir deras. Tanpa esakan sehingga Eian tidak sedar Hara sedang menangis.

"Mel..." Saat itu Hara hanya mampu merelakan tubuhnya disentuh. Haknya dirampas dengan cara yang salah. Sungguh, dia tidak pernah menjangkakan semua ini.

Apa yang dia tahu, perasaan benci terhadap suaminya semakin menebal.

                          


"Sayang..." Tangan Eian terketar-ketar menyentuh lengan Hara yang berbalut bathrobe. Sejak tadi dia menunggu isterinya keluar dari bilik mandi.

Hara menolak sentuhan itu sebelum dia menuju ke muka pintu. Namun belum sempat dia memulas tombol, Eian sudah menarik lengannya sehingga di berpusing menghadap tubuh lelaki itu.

"Sayang... I'm sorry,I...I tak tahu..I.."

"Diam." Hara sedikit pun tidak mendongak memandang anak mata suaminya. Dia cuma menunduk memandang lantai.

"Diam." Tangannya dikepal.

"Diam! Aku benci kau! Tergamak kau buat aku macam binatang! Apa nilai aku dekat mata kau, Eian?! Apa yang kau nampak dekat aku?! Pelacur?Perempuan simpanan ke?! Ha?!Jawablah!" Tangannya naik menunjal bahu Eian walaupun dia tahu tubuh lelaki itu sedikit pun tidak beranjak.

Matanya menikam tajam anak mata Eian yang jelas terbias perasaan serba salah.

"Sayang.. Please..." Tersekat suara Eian menutur bicara.

"Aku jijik tahu tak?! Kau sentuh aku dengan cara yang paling jijik! Aku tak kisah kalau kau nak ambil hak kau, tubuh aku milik kau! Tapi bila kau sebut nama perempuan lain waktu kau sentuh aku, aku jijik sangat..." Hara mengundur ke belakang tanpa melarikan matanya dari memandang mata Eian.

"Aku. Jijik. Dengan. Kau! Kau lelaki paling tak guna yang pernah aku kenal!" Berombak dada Hara sambil dia cuba mengatur nafasnya.

"Please let me explain, Hara." Eian cuba memujuk isterinya lagi. Hatinya terluka dengan Hara namun dia sedar, pada saat itu isterinya lebih terluka.

Hara tergelak kecil.

"Kau nak jelaskan apa lagi? Kau nak cakap kau tak sengaja? Ke kau nak cakap kau tak puas dengan betina tu?!Apa lagi, Eian?!"

"Ledy Hara!" Tangan Eian terhenti betul-betul tepat di tepi pipi mulus Hara. Hara bungkam sebelum dia tersenyum hambar.

"Sekarang ni kau nak pukul aku pula?!Tak puas dengan malam tadi, sekarang nak naik tangan? Pukul aku! Pukul aku kalau tu buatkan kau puas!" Tangan kekar Eian ditarik sebelum dia mendekatkan ke arah pipinya. Eian menahan kuat tangannya agar tidak menyakiti pipi Hara.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now