Satu persatu nombor pin ditekan,beberapa saat kemudian muncul sebaris nama penuh yang cukup tidak asing baginya. Hatinya tiba-tiba bagai dihempas dengan sesuatu yang keras. Lutut serta-merta terasa longgar.

Nur Fazlin Arisya Binti Fauzi.

Syahmi menyembamkan muka pada tapak tangan menahan air mata daripada mengalir. Puas dia menafikan bahawa sebaris nama itu adalah bukan perempuan yang pernah dia sayang dulu. Perempuan pertama yang dia sayang dulu. Perempuan yang sentiasa murah dengan senyuman.

Dan juga perempuan yang dia sendiri sakitkan.

Disebabkan terlalu terdesak,lepas sahaja nama itu tertera di mesin ATM,dia sanggup memandu dari Selangor ke Terengganu semata-mata nak jumpa keluarga Arisya. Dia nakkan kepastian. Syukur sahaja dia masih ingat rumah ibu bapa Arisya memandangkan dulu wanita itu pernah membawanya sekali ke rumah itu.

Sampai sahaja di rumah tu,dia berharap dapat jumpa Arisya. Sedangkan dia lupa isteri yang sedang menunggu dia dirumah. Tapi yang ada,hanyalah berita yang merobek hati dia yang disampaikan oleh ibu bapa Arisya.

"Saya fikir dia tukar tempat pengajian," Syahmi mula tak sedap hati. Ikutkan hati,dia tak mahu dengar semua ni sebab nanti dia sendiri kecewa. Tapi dia mahu tahu juga.

Sama ada Arisya betul dah tak ada atau dia pergi larikan diri.

"Memang dia cadang nak tukar,tapi sejak kanser dia dah sampai stage 2 dia kata dia terus nak berhenti belajar. Sebab dia tahu dia akan ulang-alik ke hospital dan dia tak dapat nak fokus belajar."

Sampai hati you tipu I,Arisya.

"Since dia dah start buat kemoterapi, dia cuma kerja dekat cafe semata-mata sebab cuba nak sibukkan diri. Dia tak nak fikir yang dia tu sakit."

Syahmi menahan rasa sebak di hati. Punya macam orang gila dia cari Arisya di merata tempat,rupanya dia menyorokkan diri.

"Tapi,masa saya datang rumah ni,kenapa rumah ni nampak kosong ? Saya tanya jiran pak cik,dia kata pak cik sekeluarga dah pindah."

Kedua-dua orang tua dihadapannya berpandangan sesama sendiri dengan kerutan di dahi. Seakan perkara yang dia beritahu tadi adalah tidak benar.

"Pindah ? Kitaorang mana pernah pindah rumah."

Syahmi pula berkerut seribu. Takkan dia nak menipu pula ? Dia sendiri datang sini dan tengok rumah ni memang kosong. Jiran pun kata diorang dah pindah.

"Hmm bila awak datang sini ?"

Syahmi berfikir seketika."Setahun lepas."

Dahi pak cik mula berkerut seribu. Seakan pelik dengan kenyataan yang Syahmi sampaikan namun tak lama kemudian dia mengangguk perlahan.

"Tahun lepas rumah tu kosong dalam tiga empat bulan je. Sebab Arisya kena transfer ke hospital Kuala Lumpur. Dia buat kemoterapi dengan doktor pakar kat sana. Tapi pak cik atau mak cik tak cakap pun dekat jiran yang kitaorang pindah."

Mak cik yang diam sedari tadi menyentuh tangan suaminya."Ni mesti arwah punya kerja."

Syahmi tersentak."Arwah ?"

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now