BAB 14

4.9K 411 30
                                    

MARISSA mengeluh lemah. Dia baru lepas berjumpa dengan Harraz tadi. Hujung minggu ini, lelaki itu mahu adakan hari keluarga di Teluk Cempedak.

Marissa malas betul mahu ikut serta. Daripada dia ikut, lebih baik dia duduk dirumah tidur. Tapi nak atau tidak, dia mesti pergi juga.

Dia baru bercadang hendak pulang ke rumah papanya hujung minggu ini. Alih-alih, keadaan tak mengizinkan pula. Rasa macam nak memberontak depan Harraz tadi. Tapi nanti apa pula kata lelaki itu?

"Kalau aku tak pergi, apa pula kata dia nanti? Huh, buat hal betullah Harraz ni. Langsung tak bagi aku peluang nak berehat ke apa? Dahlah kerja dengan dia ni penat otak, fizikal, emosi, semua lah penat!"

Marissa mengomel sendirian sambil menyemak dokumen di atas meja. Mood nya betul-betul ke laut hari ini. Tambahan dengan sakit senggugut lagi membuatkan hatinya mendidih. Semua dia buat hari ini berasa tidak kena.

"Cik Orkid okey ke? Kenapa muka pucat?"

Naim yang lalu di hadapan meja Marissa, menegur. Risau pula dia melihat Cik Orkid kesayangannya itu sakit.

"Saya okey, Naim. Penat kot lagi-lagi dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni."

Marissa senyum kelat. Dia memicit kepala yang terasa berdenyut. Rasanya dia dah makan pain killer pagi tadi. Mata pula memberat mahu tidur.

"Kalau macam tu, saya hantar fail ni dekat bos dulu ye? Kalau ada apa-apa, Cik Orkid bagitau je saya." Balas Naim.

"Awak nak hantar fail tu ke? Tak apa, bagi saya. Lagipun saya nak jumpa dengan Encik Harraz ni." Marissa mengambil fail yang berada di tangan Naim dan terus bangun.

Dia betul-betul tak tahan dengan denyutan di kepalanya itu. Jadi, Marissa mengambil keputusan untuk meminta izin Harraz pulang ke rumah. Nampaknya dia terpaksa kerja setengah hari saja.

Marissa mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum kaki melangkah masuk ke dalam. Dia kemudian meletakkan fail tadi di atas meja kerja Harraz.

"Encik Harraz, kalau saya ambik cuti setengah hari boleh tak? Saya rasa tak sedap badan hari ni. Tapi Encik Harraz jangan risau, dokumen tadi tu tinggal lagi sikit untuk saya cek. Nanti dah siap, saya bagi dekat Naim."

Marissa mengurut lehernya. Rasa loya menjengah tiba. Time-time macam ni pula rasa nak muntah itu datang. Jangan dia termuntah di situ sudahlah.

"Kau okey ke tak ni? Kenapa muka pucat? Kau tak sihat?"

Harraz bangun menghampiri Marissa.
Dahi gadis itu disentuh lembut. Tidak pula dia terasa bahang di tangannya.

"Rasa tak sedap badan sikit, itu je." Marissa membalas ringkas. Dia betul-betul tak ada mood nak cakap banyak. Sudahlah kepala makin berpusing.

"Kalau macam tu, aku hantar kau balik. Kau rehat dekat rumah. Kerja tu nanti aku suruh Naim yang cek. Yang penting sekarang, kesihatan kau. Aku taknak kau sakit macam ni."

Harraz memegang lengan Marissa. Jelas riak kerisauan terpancar di mukanya.

Marissa menatap sepasang mata hitam itu. Memang tidak disangkal lagi lelaki itu amat risau dengan dia. Marissa tak tahu nak rasa apa. Hatinya gembira kerana lelaki itu mengambil berat.

Marissa membalas pegangan Harraz sambil senyuman manis dilemparkan. Kali ini, dia benar-benar ikhlas senyum untuk lelaki itu.

"Encik Harraz jangan risau, okey? Saya baik-baik saja. Encik Harraz pun banyak kerja lagi kan nak buat? Jadi, saya rasa lebih baik saya balik sendiri."

Berat sebenarnya Harraz nak lepaskan Marissa. Dia betul-betul risau kalau ada benda buruk berlaku kepada gadis itu.

"Hati-hati." Pesan Harraz seraya pegangan tadi dia lepaskan. Meskipun dia nak sangat menghantar Marissa pulang, namun jika gadis itu sendiri sudah menolak, dia tidak mahu memaksa lagi.

Marissa berjalan pergi. Ketika ini, kepalanya memang berdenyut hebat. Dia memandang keadaan sekeliling yang seperti berputar itu. Dan tidak lama selepas itu, terasa dunianya seakan gelap seiring dengan jeritan Harraz di telinganya.

"Ris!"

•••

DENGAN berhati-hati, Harraz meletakkan Marissa di atas katil. Dia kemudian mengambil selimut dan diselimutkan tubuh Marissa hingga ke paras dada. Harraz membelai rambut gadis itu dengan perlahan. Dia tidak mahu mengejutkan lena Marissa.

Nak gugur jantungnya tadi melihat Marissa yang hampir rebah. Nasib baik dia cepat menyambut badan gadis itu daripada terjelupuk ke bawah.

Harraz tanpa bertangguh memanggil Naim untuk membantu dia membawa Marissa ke bilik peribadinya yang terletak setingkat atas dari pejabat. Bukan dia tak perasan mata-mata pekerjanya tadi. Mesti mereka berfikiran bahawa dia dan Marissa mempunyai hubungan istimewa.

Namun, dia langsung tidak kisah dengan semua itu. Lambat-laun nanti mereka tahu juga. Walaupun Marissa melarang keras untuk memberitahu kepada mereka, tapi kejadian tadi telah menceritakan segala-galanya.

Harraz mengerling jam di tangan. Sekejap lagi dia ada mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah. Sejujurnya, dia tidak mahu meninggalkan Marissa berseorangan di bilik ini. Tapi apakan daya, kerjanya perlu diutamakan terlebih dahulu. Lagipun, gadis ini kelihatan sangat lena dibuai mimpi. Jadi tak salah kalau dia meninggalkan Marissa untuk seketika.

Harraz bangun menuju ke pintu bilik. Sebelum menutup pintu, sempat lagi dia mengambil sepasu ros putih yang diletakkan di atas meja. Dia kemudian membawa ke meja lampu bersebelahan dengan katil.

Harraz menutup pintu bilik dan berjalan ke ruang tamu kecil itu. Kemudian, dia mengambil kunci yang digantung di dinding. Sebuah bilik yang berada di hujung sudut dikunci rapi. Harraz mesti berwaspada. Jika Marissa bangun terlebih dahulu, tidak mustahil gadis itu akan berjalan keluar dari bilik dan melihat sekeliling ruangan itu. Kunci tersebut dibawanya sekali sebelum berjalan keluar.

Sempat Harraz berpesan kepada security di situ untuk memastikan tiada siapa yang boleh naik ke tingkat ini dan mengawasi Marissa sekiranya gadis itu memanggil dari dalam.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now