BAB 38

3.5K 256 8
                                    

KUKU jari digigit penuh resah. Mundar-mandir dia di ruang tamu itu. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Sungguh, fikiran dia tika ini sarat dengan pelbagai persoalan.

"Hoi, kau dah kenapa resah semacam aje ni?" soal Aini yang baru saja keluar daripada dapur. Di tangannya terdapat buah-buahan yang siap dipotong kecil. Malam ni terasa nak makan makanan sihat pula. Asyik makan junk food pun tak elok juga.

Punggung dilabuhkan di atas sebuah sofa kulit. Kemudian, kakinya diangkat naik ke atas sofa dan duduk bersila menghadap televisyen.

"Wei, kau rasa betul ke apa yang aku buat ni?" soal Marissa lalu mengambil tempat si sebelah Aini.

"Kau buat apa?" Aini bertanya namun mata masih kekal menghadap televisyen. Mulut pula menguyah buah yang dipotongnya tadi. Syok betul makan sambil tengok drama Rindu Awak Separuh Nyawa.

"Aku...aku dah terima lamaran Harraz," jawab Marissa kembali gelisah. Leher digaru serabut.

"Wow!" terjerit kecil Aini dan serentak itu dia meletakkan mangkuk di atas meja kaca. Tumpuannya kini beralih kepada Marissa pula. Ada cerita hangat lagikan sensasi ni!

"Macam mana kau boleh jumpa dia?" soal Aini tak menyabar. Bahu Marissa digoncang laju-laju.

"Eii lepaslah! Pening kepala otak aku la!" Tangan Aini ditolak cepat.

Aku tampar perempuan ni juga kang! Omel hatinya geram.

"Cepatlah cerita macam mana kau boleh jumpa dengan Harraz?"

Marissa berdecit sebelum membuka mulutnya.

"Dia datang ofis aku tadi. Mula-mula tu bincang hal kerja. Then, dia ajak aku keluar minum dekat kafe," jawabnya.

"Oh, korang dating eh tadi? Senyap-senyap eh kau!" tebak Aini lalu terkekeh-kekeh melepaskan tawanya.

"Kepala otak kau! Aku dengan dia cuma keluar minum. Itupun sebab dia nak bincang hal yang konon-kononnya penting. Rupa-rupanya nak ajak aku kahwin. Huh, kalau aku tahu tadi, memang aku cabut lari terus," bebel Marissa dan lekas saja dia mengambil mangkuk berisi buah-buahan tadi. Makan lagi bagus!

"Elele, kau terima juga lamaran dia kan? Malu tapi mahu. Kau punya ego ni tinggi melangit betul!" kutuk Aini selamba. Tidak dikesahkan langsung Marissa yang sudah menjegilkan matanya. Tak takut pun!

"Hish, tapi aku risaulah!"

"Kau nak risau apa? Takut malam pertama korang eh? Ala, chill okey. Lambat lagi!" sampuk Aini tanpa perasaan. Bukan main lancang lagi mulut dia.

"Hei, otak kau tu bagi suci sikit boleh tak? Aku sekeh nanti, sia-sia je kang!" bidas Marissa emosi. Laju tangannya memukul peha Aini. Ada ke patut sampai ke situ si Aini fikir? Boleh tahan gatal juga kawan dia ni! Huh!

"Manalah tahu..." Aini sengih panjang.

"Then, apa yang kau risau sangatkan tu? Cuba cerita sikit," sambung Aini dan kembali serius.

"Kau rasa apa yang aku buat ni betul ke, Aini? I mean, keputusan aku terima Harraz ni tepat ke? Aku tak akan menyesal di kemudian hari?" soal Marissa seraya memandang tepat muka rakannya. Suaranya juga kedengaran gelisah. Barangkali masih keliru dengan apa yang telah diputuskannya.

"Ris, sebelum aku jawab soalan-soalan kau tu, aku nak tanya, kau terima Harraz sebab dia paksa kau atau kau rela hati terima dia? Ya, aku tahu Harraz mesti ada pujuk kau untuk terima dia. Tapi semua tu terpulang dekat kau sama ada nak terima atau tak. Jadi sekarang ni kau dah terima Harraz. Adakah keputusan yang kau buat tu datang dari hati kau sendiri? Kau ikhlas terima dia atau tak?" tanya Aini panjang lebar.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now