BAB 61

2.7K 243 26
                                    


       "BETUL ke ni tak nak ikut abang pergi Johor?" soal Harraz tatkala mereka menuruni tangga. Sebelah tangan mengangkat bagasi, sebelah lagi memeluk pinggang si isteri.

"Ris nak ikut, tapi..." Marissa mengeluh lemah. Kalau tak difikirkan kerja yang berlambak di ofis, dah lama Marissa ikut suaminya sekali. Tapi kerana tanggungjawabnya, Marissa terpaksa melepaskan Harraz pergi seorang diri.

"It's okay, abang faham. Sayang janganlan sedih-sedih. Abang pergi tak lama. Tiga hari je. Kalau semuanya settle awal, maybe dua hari abang kat sana. Bergantung kepada keadaan juga," pujuk Harraz seraya mencium rambut Marissa. Bagasinya diletakkan di tepi tangga.

"Promise yang abang akan balik awal kalau semuanya dah settle?" Anak mata menentang lama wajah suaminya. Hatinya tidak enak. Sungguh dia berat nak melepaskan Harraz ke Johor.

Ya Allah, kau lindungilah suamiku ketika dia berada jauh dariku. Doanya perlahan.

Tangan Marissa digapai. Terbit satu senyuman di bibir Harraz. Dia kalau boleh tak nak tinggalkan Marissa lagi. Tapi atas tuntutan kerja, Harraz harus ke tepikan hal peribadi.

"Abang janji abang balik awal. Siap je semua kerja dekat sana, berdesup abang sampai KL," seloroh Harraz cuba menggembirakan hati isteri kesayangannya itu.

"Isy, main-mainlah dia ni! Janganlah sampai berdesup bawa kereta tu!" Marissa menggeleng lalu memuncungkan bibir. Tautan tangan mereka digoyang-goyangkan.

"Abang jaga diri tau dekat sana," pesan Marissa lembut.

Harraz ketawa halus seraya mengangguk.

"Abang tahu jaga diri abang dekat sana nanti. Sayang tu yang kena berhati-hati. Tinggal sorang-sorang dalam rumah ni. Sayang tak nak balik rumah mama dengan papa ke? Kalau sayang nak stay sana sepanjang abang outstation ni, pergilah. Abang izinkan."

Sambil berjalan ke luar rumah, Harraz titip pesanan ringkas. But kereta dibuka lantas bagasi tadi dimasukkan ke dalam.

"Tak apalah. Ris lagi selesa duduk dekat rumah sendiri. Ris akan tunggu abang balik okey?" Marissa senyum nipis. Dan dia rasa senyumannya tika ini tersangatlah hambar.

"Kenapa ni sayang? Macam tak suka je abang ke Johor?" Harraz mengerutkan dahi. Pelik dia melihat wajah muram isterinya itu.

"Entahlah, abang. Ris tak tahu kenapa hati Ris tak sedap nak lepaskan abang ke Johor. Ris rasa macam ada benda buruk nak jadilah. Kalau abang tak pergi, tak boleh ke? Ris risau sangat-sangat ni."

Jelas riak wajah kerisauan terpancar di muka Marissa. Dari semalam lagi hatinya dipagut gusar. Macam-macam perkara buruk difikirkannya.

"Perasaan sayang aje tu... Tak ada apalah, sayang. Maybe sayang penat sangat ni sebab tu fikir yang bukan-bukan. Tak pun, sayang risau sebab malam nanti tak ada orang nak peluk sayang tidur kan? Betul tak?" Harraz cuba bergurau, mengusir segala keresahan yang bertandang di hati isterinya. Wajah putih kemerahan itu dielus lembut.

"Abang ni kan..." Semakin panjang muncung bibir Marissa. Hatinya bukan main risau lagi, tapi suaminya pula masih boleh bergurau. Tak ada hati dan perasaan ke apa mamat ni?

"Dahlah, tak ada apalah sayang. Itu semua mainan perasaan sayang je. Daripada sayang fikir yang bukan-bukan, baik sayang doa yang baik-baik aje." Harraz senyum. Bahu wanita itu dipegang.

Marissa diam sebentar. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan. Ya, betul juga apa yang suaminya katakan tadi.

"Okeylah sayang. Abang dah nak kena gerak ni." Tangannya dihulurkan.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now