"Aku sampai je rumah adik kau sikit lagi nak jatuh dari balkoni. Macam orang gila kau tahu tak masa aku jaga dia dengan umi dan abah. Ada kau fikir perasaan adik kau ? Ada tak ?!"

Fiqri terdiam menahan rasa. Hati lelakinya tiba-tiba rasa sakit.

"Ada adik pun macam bodoh. Dua-dua sama je sial ! Hidup nak menyusahkan aku ! Pergi mati sanalah daripada aku kena jaga hati korang ! Bodoh !"

Fiqri tergemap sendiri. Aini dan Faqira,dua-dua perempuan. Tapi dua-dua perempuan ni berbeza. Disebabkan Aini,Faqira kena tempias.

Faqira jadi mangsa.

Allah.

"Aku pujuk dia balik sana. Dia tak nak. Dah seminggu dia tak makan nasi dan cuma minum susu. "

Fiqri bangkit lalu punggung dilabuhkan di sisi Faqira. Tangan adiknya digenggam erat. Sejuk. Muka pun pucat. Badan adiknya pun dah susut sedikit.

Ya allah Fiq,apa kau dah buat.

"Please lah Fiq. Kau dah besar. Berfikir secara matang sikit dan belajar control diri sendiri. Jangan disebabkan kau,orang lain jadi mangsa. Cukup ni yang last."

Fiqri menarik nafas dalam-dalam. Tubuh Faqira dicempung sebelum dia menapak ke pintu bilik. Dia berhenti menoleh memandang Syahmi. Kawan tak kawan,kalau dah pengkhianat jangan ingat dia akan maafkan.

"Aku nak buat report polis pasal kau."

***

Aku terjaga daripada lena. Rasa sakit yang menyengat di kepala membuatkan kepala aku berpinar-pinar. Baru sahaja aku bangkit,serta-merta tubuh aku ditarik ke dalam pelukan seseorang. Kalau muka aku dah melekat ke dada seseorang.

Siapa lagi kalau bukan abang ?

"Iya abang mintak maaf. Abang tahu abang salah. Sumpah abang tak sengaja nak cakap macam tu kat Iya. Abang sayang Iya. Abang betul-betul mintak maaf sebab hina Iya. Abang tak sedar."

Aku pejam mata menahan rasa. Tak lama kemudian aku rasa ada sesuatu mengalir di pipi. Kejap. Aku menangis ? Kenapa aku menangis ? Aku dah lama tak menangis sejak hari tu tapi hari ni aku menangis lagi.

Aku menangis sebab abang ?

What ?!

"Iya tolong jangan diam macam ni. Say something Iya. Abang betul-betul mintak maaf. Abang menyesal. Kalau Iya nak pukul abang,Iya pukullah."

Too late abang.

Hati Iya dah hancur teruk sekarang ni. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata nista yang abang ludahkan dekat Iya. Bukan sikit.

Abang siap doakan Iya supaya mampus. Sebab Iya dah banyak menyusahkan abang. Kenapa sekarang abang nak cari Iya semula ?

Iya bukan siapa-siapa bagi abang. Iya cuma adik susuan dan tak lebih dari tu. Iya memang layak terima layanan macam ni.

Aku menangis lagi di pelukan abang. Hati aku dah tawar sangat-sangat sampaikan aku dah tak mampu nak bersuara macam dulu. Aku dah tak ada kekuatan. Keyakinan aku hilang. Semangat aku terkubur. Hati aku hancur.

Aku dah tak mampu nak bercakap dan hanya air mata yang menjadi peneman. Selama berhari-hari aku tinggal dengan keluarga abang Syahmi. Abang Syahmi yang banyak bagi sokongan untuk aku kuat semula.

The Rose [ C ]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum