Bab 30

10.7K 295 23
                                    

"Dia betul-betul kawan cik?" Muka terkejut yang dipamerkan oleh gadis itu dipandang lama.

Kalida menggeleng tanda perempuan itu bukan kawannya. Dia berasa lega selepas melihat mayat tersebut. Mayat tersebut bukan Fasha. Tetapi dimanakah Fasha sebenarnya?

Loceng ditekan. Tangkal bagasi digenggam erat. Pintu pagar secara tiba-tiba terbuka perlahan-lahan. Langkah mula diatur sambil menarik bagasi miliknya.

"My daughter! I miss you!"

Anak perempuannya dipeluk erat. Terubat rasa rindu dihatinya. Sekian lama menunggu, akhirnya pulang juga anak kesayangannya.

Pelukan dilepaskan. "I miss you more!" Senyuman manis dipamerkan.

"Why are you late?" Tangan anak perempuannya ditarik agar mengikut langkahnya ke ruang tamu rumah agam itu.

Gadis itu merebahkan dirinya di atas sofa panjang. "I'm sorry, mummy. Traffic jam teruk tadi." Wajah mummynya dipandang sebelum kepalanya disandarkan ke kepala sofa. Mata dipejam erat. Ketenangan mula dicapai.

Kepala dianggukkan. "Urm... I have something to tell you."

"What?"

"About Iskandar."

Diana mencelik kembali matanya apabila mummynya menyebut nama seseorang yang dia rindui ketika ini. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. "Why? Kenapa dengan Iskandar?"

Kalida masih setia mencari kelibat Fasha. Dia buntu. Kemanakah Fasha menghilang? Sungguh dirinya terburu-buru mengatakan bahawa perempuan yang membunuh diri tadi ialah Fasha. Allahu, Fasha masih waras. Masih ada Iman di dada.

"Fasha!"

Kalida menjerit apabila kelibat yang dicarinya sudah ditemui. Lantas dia berlari, tubuh Fasha dipeluk, erat. Beberapa pasang mata sedang memerhati, langsung tidak dihiraukan.

Terasa seperti tubuhnya dipeluk seseorang, Fasha mengalihkan pandangan. "Kenapa ni?" Fasha bertanya kepada gerangan yang memeluknya tika ini.

Kalida meleraikan pelukan itu. "Fasha pergi mana?" Terkebil-kebil matanya merenung wajah Fasha. Tangan Fasha ditarik agar mengikut langkahnya duduk di atas kerusi yang ada di halaman hospital tersebut.

"Fasha tak pergi mana pun. Fasha duduk dekat sini aje. Nak tenangkan fikiran." Senyuman manis diukir, membalas senyuman gadis itu.

"Ida tahu Fasha kuat. Ida tahu Fasha boleh terima hakikat yang anak Fasha sudah tak ada." Tangan kanan Fasha diraih sebelum digengam erat. Cuba mencari ketenangan bersama.

Mendengar saja ayat itu, Fasha mengangguk kepala. "Ya! Fasha terima hakikat cuma... " Kata-katanya terhenti seketika. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus keluar. "...lelaki yang langgar Fasha tu, memang Iskandar ke?" Wajah Kalida yang ada di sebelahnya ditatap. Menantikan jawapan.

"Iya. Dia Iskandar." Kalida melepaskan genggaman itu seiring keluhan dihembus.

"Ta.. tapi kenapa dia macam tak kenal pun kita?"

"Sebab dia hilang ingatan."

Dahi Fasha sudah berlapis. Lambat anggukan diberi. Dia berasa tenang selepas mengetahui hal sebenar. Tapi kenapa lelaki itu hilang ingatan?

"Awak... "

Kalida dan Fasha tersentak mendengar suara serak lantas menoleh ke belakang. Riak wajah milik Fasha sudah bertukar menjadi lain selepas melihat pemilik suara tersebut, pemilik suara yang pernah dia rindui.

"Abang... " Kalida dengan sepontan terbangun dengan mata yang bercahaya. Dia tersenyum bahagia.

Wajah Iskandar yang ditatap tadi, membuatkan rindunya terubat sedikit tetapi hatinya kembali menjadi tidak tenang. Amarahnya seakan mahu meletus. Cepat-cepat pandangan dialihkan ke arah lain.

"Fasha... saya... "

Belum sempat Iskandar menghabiskan ayatnya, Fasha sudah pun bangun lalu melangkah pergi dari situ.

Iskandar buntu malah masih tidak mengerti apa yang dia telah lakukan sehinggakan perempuan itu sungguh benci terhadapnya, sedangkan dia sudah memohon maaf tentang kejadian yang telah berlaku.

"Fasha? Iskandar?"

Gina telah menyaksikan segalanya yang berlaku sebentar tadi sambil bersembunyi di belakang pokok-pokok yang ada di halaman hospital tersebut. Dia mengekori Iskandar tanpa pengetahuan lelaki itu.

"Aku tak boleh biarkan Fasha hidup bahagia bersama Iskandar. Aa... aku tak boleh. Aku kena buat sesuatu."

Hatinya seolah-olah dihiris oleh pisau apabila melihat Iskandar bersama perempuan lain. Jika dia tidak memiliki lelaki itu, dia jugak akan pastikan tiada siapa akan dapat memiliki lelaki itu.

Danish Hakimi menghirup air yang dipesannya tadi. Jam yang ada di pengelangan tangannya dijeling sekilas sebelum memandang sekeliling. Kelibat yang ditunggunya masih tidak muncul.

"Sorry. I lewat."

Danish lantas memandang pemilik suara tersebut. Perempuan yang melabuhkan diri di atas kerusi hadapannya ditatap. "Kenapa you lewat sangat? I tak ada masa nak tunggu-tunggu you," bebel lelaki itu.

"I'm sorry. I kena pergi hospital tadi." Suara perempuan itu menyapa lembut.

"Hospital? Sapa sakit? You ke?" Terbit rasa risau di hujung hati. Tapi, Danish Hakimi beriak biasa.

"Urm... Ada la!" ujar perempuan itu. Suaranya tetiba naik seokaf, cuba keluar dari topik sekarang. "Okay. Actually I datang jumpa you ni sebab I nak mintak tolong you, boleh?"

"Hey, kenapa you nak mintak tolong I ni? You mintaklah tolong dekat lelaki yang you love sangat tu!" kata Danish, selamba. Straw airnya dikacau sekilas.

Perempuan itu menelan air liurnya, kesat. "Please I perlu sangat pertolongan dari you. I tahu yang you ma... masih cintakan I, kan?"

Danish Hakimi hanya tersenyum sinis. Kepala digelengkan. Hatinya seakan-akan sedang bersorak dengan apa yang baru didengarinya tadi.

"Yes! I mengaku yang I memang masih cintakan you. But itu before you jatuh cinta dekat sepupu I!" Tiba-tiba ton suaranya naik dua oktaf membuatkan perempuan itu sedikit tersentak.

"Are you sure, Danish Hakimi?" Wajah ditenangkan seraya senyuman manis terukir. Tangan kirinya perlahan-lahan memegang tangan lelaki itu yang ada di atas meja makan.

Keluhan dilepaskan. "Okay. Okay. I mengaku yang I masih cintakan you. But you tahukan yang I dah nak tunang?" Tangannya ditarik dari genggaman perempuan itu. Badan disandarkan pada kepala kerusi milik kedai itu.

"Yes, I know." Dahi Gina berkerut sebelum satu idea datang menerjah ke kotak fikiran. Hampir meraih kemenangan.

"You pun tak mahukan yang I bagitahu dekat family and bakal tunang you about KITA yang dulu?" Perkataan 'kita' sengaja ditekan kuat. Senyuman kemenangan mula terukir dibibirnya.

"Okay fine! I akan tolong you, Gina!"

Dah 10K reads, srs macam mimpi.

Apapun thankyou!

DENDAM MR DEVILTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang