Bab 66

6.5K 231 19
                                    

"Akak betul-betul ke nak cerai?" Kalida bertanya penuh risau. Kakak iparnya yang tersandar pada sofa dipandang kecewa.

"Akak tak tahu." Fasha melirik sekilas wajah Kalida yang dari tadi memerhatikan gerak gerinya. Satu senyuman kelat tergaris di bibirnya.

Kalida bangun dari sofa dan beredar dari bilik tidurnya. Selepas beberapa minit, dia kembali bersama satu kotak tisu. "Nah tisu."

Kotak tisu itu bertukar tangan. Fasha ambil lalu dibawa ke mukanya yang agak basah kerana menangis.

"Akak dengan abang Is baru nak masuk dua bulan kahwin, takkan dah nak bercerai?" Kotak tisu itu lantas diletakkan ke atas meja yang ada berhampiran mereka.

Buat kali kedua, Fasha menggeleng tak tahu. "Akak sedar, tadi akak dah buat keputusan yang terburu-buru. Akak tak pernah terfikir nak bercerai dengan abang Is... Akak tak ada niat nak kata macam tu... Akak..."

"Akak pergilah mintak maaf dekat abang Is..."  Kalida senyum lebar. Dia tahu pasangan itu sudah memiliki sekeping hati yang tersirat dengan rasa cinta. Namun ego lebih menguasai hati.

Lama Fasha berfikir sendiri. Berat hatinya untuk berujar maaf dengan Iskandar. "Akak akan mintak maaf dekat Iskandar."

Fasha berdiri kaku di hadapan pintu bilik yang diduduki Iskandar tika ini. Dengan perasaan gemuruh, tombol pintu dipulas lembut sebelum dia melangkah masuk perlahan-lahan.

"Awak..." Fasha memanggil dengan suara yang lembut. Iskandar yang terbaring menghadap ke kiri ditatap dengan rasa serba-salah. Fasha naik ke atas katil sebelum memulakan kata-kata.

"Awak, saa... saya nak mintak maaf dekat awak. Saa... saya tahu, saya tak sepatutnya tuduh awak macam tu. Mungkin anak dalam kandungan perempuan tu bukan anak awak. Mungkin anak orang lain. Saya mintak maaf sangat-sangat awak. Saya tak ada niat pun nak mintak cerai dekat awak. Hik... Hik... Awak dengar tak apa yang saya kata ni? Saya mintak maaf tau tau tau tau."

Kepala Fasha tertunduk memandang cadar putih. Air matanya pantas mengalir turun. Suaranya turut berlagu sayu. Satu tubuhnya terhinjut-hinjut sedikit.

"Awak?" Fasha sapu air matanya selepas tersedar yang Iskandar langsung tak memberi respon terhadap bicaranya tadi. Bahu Iskandar ditepuk-tepuk lembut, cuba menyedarkan lelaki itu.

"Awak? Awak? AWAK?!" Fasha gelabah. Dia bangun sedikit kemudian bahu Iskandar ditarik ke arahnya supaya dapat melihat wajah lelaki itu.

"Awak... Hik... Hik... " Fasha menangis lagi. Iskandar langsung tak memberikan kata balas mahupun tindakan balas. Kepalanya dijatuhkan ke dada Iskandar. Dia mahu mendengar degupan jantung lelaki itu.

Dup. Dap. Dup. Dap.

"Awak!" Fasha lantas mengangkat kepala. Dengan wajah cemberut, dada Iskandar ditumbuk kuat. "Awak jahat!" Air mata diseka kasar.

Iskandar main-main!

"Hahahahahaha!" Iskandar hembur tawa. Tubuhnya turut bangun menduduk. "Ha, tahu takut! Ingat tak takut."

"Eyy, awak ni! Kalau awak betul-betul mati tadi, macam mana? Saya tak nak jadi janda muda!" Fasha membebel tak ingat dunia. Dia duduk bersila dengan tangan tersilang ke dada. Merajuk!

"Bukan sayang memang nak jadi janda muda ke?"

"Sapa kata?" Fasha jeling Iskandar.

"Sayang la yang kata. Kalau tak, sayang tak mintak cerai la tadi, kan?"

Fasha hanya diam. Wajah Iskandar diamati dalam-dalam. Makin jahat!

"Apa tengok-tengok?" Iskandar menegur main-main. Tangannya naik mengibas-gibas di hadapan muka isterinya.

Fasha mencebik tak puas hati. "Awak dengar apa yang saya cakap tadi, kan?"

Iskandar mengangguk dengan bibir terangkat. "Dengar... tapi nak dengar sekali lagi, boleh?"

Fasha tampar bahu Iskandar. "Tak boleh!" Matanya terkecil-kecil mencerlung tajam. Mengada!

"Alo, kenapa tak boleh?" Iskandar kelipkan mata berkali-kali. Matanya bersinar berharap. Nak dengar lagi!

"Sebab tak boleh la. Hisy, awak ni."

"Yelah." Akhirnya Iskandar mengalah. 

"Awak..."

"Iya, sayang?"

"Awak... saya betul-betul nak mintak maaf dekat awak sebab tinggikan suara tadi. Saa... saya tak sengaja." Dengan bibir tercebik, Fasha bersuara sayu.

Iskandar senyum nipis. "Abang tak kesah pun tentang tu. Kita lupakan tentang benda tu, okey sayang?"

Fasha laju mengangguk. Tersengih-sengih Fasha sendiri. Fuh, selamat Iskandar tak marah.

"Sayang nak tahu tak, tadikan polis ada call abang, polis kata suspek utama dalam kes sayang dah kena tahan." Dengan cepat Iskandar mengubih topik, dia tak mahu panjangkan perbualan tadi.

"Dah kena tahan?" Tubuh Fasha sponton menegak, terkejut mendengar kata-kata Iskandar. "Bila, awak?"

"Tadi."

"Alhamdulillah, bagus latu dah kena tangkap. Lepastu sekarang macam mana?"

"Polis suruh pergi balai. Tapi abang cakap yang esok baru kita pergi balai. Sebab malam ni abang nak..." Ayat Iskandar tergantung dengan seulas senyuman nakal. Bahu Fasha dikuis sedikit.

"Abang nak apa?" Fasha kerut kening tak faham. Eyy, dia ni suka sangat buat kita tertanya-tanya tau.

"Abang nak makan sayang!"

"Aaaaaaa! Tak boleh! Tak boleh!"

"Diana... Huk... Huk... sihat je, mummy." Diana senyum kelat dengan wajah yang agak pucat. Mummynya dipelawa masuk ke dalam kondominium mewahnya. Sudah masuk seminggu dia menginap di sini.

Puan Muninah mengeluh berat sambil menghenyak punggungnya ke atas sofa. Tangan anaknya cepat-cepat dicapai dan digenggam erat. "Diana tak sihat, sayang. Mummy tahu."

Diana geleng kepala. Kulit tangan mummynya diusap lembut. "Diana sihat jelah. Mummy janganlah risau."

"Macam mana mummy tak risau, kalau tengok keadaan Diana macam ni? Mummy nak Diana ikut mummy balik rumah."

"Diana nak tinggal sini. Mummy tak payahlah risau. Nanti kalau Diana ada masa, Diana balik rumah mummy."

Lambat-lambat Puan Muninah angguk kepala. "Yelah. Tapi betul ke Diana tak sakit? Mummy tengok macam tak sihat aje ni." Dahi anaknya disentuh, cuba merasakan sesuatu.

"Betul, Diana tak sakit pun."

"Tak apalah kalau macam tu. Cuma mummy nak tanya sikit ni." Puan Muninah tarik nafas panjang.

"Mummy nak tanya apa?"

"Tentang Diana dengan Iskandar."

Kening Diana berkerut.

"Mummy nak tahu, kenapa Diana lari masa hari pernikahan hari tu? Kenapa, sayang? Bagitahu mummy. Dah banyak kali mummy tanya tapi Diana asyik diam aje. Mummy risau, tahu?"

Diana sudah menjangka. Dia senyum nipis sejurus memulakan bicara. "Diana buat semua tu sebenarnya ada sebab. Kalau boleh, Diana tak nak fikir lagi tentang tu."

"Diana dah tak sayangkan Iskandar?"

"Sayang tu memang sayang, mummy. Cuma tu dulu, sekarang tak lagi. Diana bersyukur sebab Iskandar dah bahagia sekarang."

"Diana tak cemburu?"

"Diana bahagia tengok Iskandar bahagia." Diana ambil nafas panjang dengan satu senyuman pudar. "Cuma Diana takut."

"Takut? Takut apa?"

"Diana takut, Diana akan jadi punca rumah tangga Iskandar runtuh."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now