Kenapa selama dua bulan ni dia langsung tak call aku ? At least bagitahu dia dah nak praktikal. Kenapa sekarang ni dia macam abaikan aku ? Dia macam cuba nak jauhkan diri daripada aku ?

Atau semua ni hanya mainan perasaan sebab aku terlalu rindukan abang aku ?

"Ouh ye ke..Baguslah."

Ayah tergelak perlahan seakan tak perasan dengan perubahan aku."Hujung bulan nanti ayah nak balik kampung. Iya okay kan ?"

Angguk."Insyaallah yah."

Kerusi yang diseret menandakan ayah mula bangun. Segala bekas yang ada di atas meja ayah ambil termasuk pisau di tangan aku. Aku mampu kupas dua ketul bawang je tau.

Sebab tu je yang tinggal.

"Ayah nak naik atas jap."

"Okay."

Hilang sahaja bunyi derap tapak kaki ayah. Hati aku mula merundum pilu. Aku rasa nak menangis sekarang juga. Menangis kalau boleh sampai air mata kering.

***

Bahu aku diusap perlahan membuatkan aku tersentak. Bau wangi yang datang daripada ibu membuatkan aku tersenyum kelat. Entah bila ibu masuk dalam bilik aku langsung tak sedar. Terlalu sibuk melayan perasaan.

"Makan jom ? Ayah dah tunggu kat bawah."

"Tak apa lah bu. Nanti Iya lapar Iya turun okay ?"

Rambut aku diusap lembut. Aku tahu ibu macam dapat tahu sesuatu apa yang tak kena dengan aku. Ibu tahu aku tengah sedih.

"Kenapa ni ? Marahkan ibu ke ?"

"Eh tak lah. Mana ada. Iya okay,bu." Aku memegang tangan ibu yang basah. Mungkin baru lepas basuh tangan. Tangan ni lah yang jaga aku dari kecil. Sedangkan masih ada lagi tangan yang menyambut aku ketika aku baru melihat dunia.

Dua wanita yang berbeza.

Tapi aku terlalu sayangkan dua-dua.

"Jom lah makan. Iya tak makan dari tengahari."

"Iya sakit perut lah ibu. Tak apa ibu pergilah makan dengan ayah. Nanti kalau Iya dah okay Iya turun makan."

Dahi aku dikucup perlahan."Betul ni ?"

"Betul bu.."

Aku tersenyum apabila ibu mula berjalan keluar. Tutup sahaja pintu bilik,serta-merta aku terbaring kat atas tilam. Hela nafas berat yang entah ke berapa kali terlepas daripada bibir. Sejak daripada ayah bagitahu tentang abang Fiqri tadi,terus mood aku hilang. Aku asyik tanya diri aku sendiri.

Entah apa silap aku sampai abang Fiqri sanggup buat aku sampai macam ni. Dia suruh aku janji jangan buat kerja gila. Bila mood aku tak betul aku akan cari dia. Tapi dia langsung tak call aku. Aku perlukan dia untuk aku luahkan apa yang aku rasa.

Masa hari yang Razif dan Raisya datang tu. Lepas diorang balik,aku menangis teruk macam baru lepas hilang orang yang aku sayang. Malam tu aku harapkan dia call aku sebab aku tak boleh call dia. Tapi sikit pun tak ada tanda-tanda dia nak call aku.

Dia tak tanya aku okay ke tak kat sini.
Dia tak tanya macam mana keadaan aku kat sini. Aku perlukan dia bukan Abang Syahmi. Ye abang Syahmi memang baik. Dia yang selalu tanya keadaan aku. Tanya aku sihat ke tak.

Nak kata abang Fiqri yang suruh tanyakan,sumpah tak logik. Takkan tiap-tiap hari nak suruh kawan dia tanya pasal aku ? Eh kawan dia pun ada life sendiri. Bukannya kerja nak ambil tanggungjawab abang semata-mata untuk aku.

Ya allah,emonya aku.

Kenapa aku rasa keadaan aku makin teruk sekarang ni ? Kenapa aku perlukan perhatian abang sekarang ni sedangkan dia lagi sibuk dengan hal pengajian dia ?

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now