"Aishh dia ni." Main-main pula. Kang aku jawab ko tak sembahyang karang mahu terus decline call nanti. Kempunan aku nak tahu kotak apa.

Tawa abang Syahmi terhambur. Gaya dia bercakap sekarang ni kedengaran sangat tenang. Seakan dia sedang berbaring setelah seharian penat dengan kelas. Baring dengan selesa sambil on the phone dengan makwe.

Dia on the phone bukan dengan makwe dia. Tapi dengan aku.

"Iya cari la dulu. Dah dapat bagitahu abang Mi."

"Jap." Aku bangkit lalu mula tapakkan kaki ke lantai. Masih samar-samar di ingatan aku tentang posisi meja belajar aku. Puas aku mencari akhirnya aku jumpa meja belajar aku. Nampak macam struggle sangat kan ?

Sebab sejak dah tak boleh nampak,aku banyak guna meja solek. Dekat dengan pintu dan katil.

"Abang Mi letak kat mana ?"

"Hmm..Tak silap,dekat tepi buku akaun."

Aku mencebik kecil."Memang Iya nampakkan buku akaun tu sekarang ni ?"

"Eh ya allah. Sorry-sorry." Dia ni pun sama dengan abang Fiqri. Lagakan kepala dua-dua manusia ni baru nak ingat yang aku ni insan istimewa.

"Ada dekat tepi sudut meja dekat bahagian dinding."

Aku mula meraba meja. Yang ada bekas pensel,buku,botol air. Mana ada kotak dah ? Dia ni biar betul ? Ke memang betul dia tak tahu ? Dia prank aku ?

"Mana ada. Abang Mi salah bilik kot."

"Nope. I'm pretty sure tu bilik Iya. Cepat lah cari."

"Masalahnya tak ada sekarang ni."

Dia mengeluh kecil dari dalam talian. Aku mula serba salah. Aku ada marah dia ke ?

"Cari dengan hati sayang,bukan dengan mulut."

"What ?!"

Apa dia kata ? Sayang ? Aku tak salah dengar kan ? Ke aku tengah angau sampai fikir dia panggil aku macam tu ?

Tak-tak.

Hari tu aku yakin dia panggil aku dear.

Sekarang sayang ?

Oh gosh.

"Eh tak-tak ada apa. Jumpa tak ?"

Aku teruskan mencari walaupun jantung aku rasa dah nak meletup. Wajah aku dah bahang sangat macam kena simbah dengan air panas. Malu nau aku dibuatnya.

"Okay-okay dapat." Kotak yang baru aku sentuh aku tarik. Try hard betul aku buka penutupnya yang macam kena gam dengan gam gajah. Padahal cuma tutup macam biasa je.

"Abang Mi bagi apa ni ?"

Aku menyentuh isi dalam kotak tersebut. Yang dapat aku agak beberapa bungkus coklat. Typical seorang lelaki dan cara ini sangat lame bagi aku.

Cubalah bagi aku kentang ke. Chicken Mcdeluxe ke Mcflurry ke. Kau nak tengok aku happy sampai esok pun boleh.

"Just coklat dan ada something tu,tolong jaga baik-baik tau."

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now