My Heart (Hatiku) 9 (edited)

981 51 0
                                    

" Nah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Nah.."

Tuala dicampak pada Gale, jatuh ke ribanya. Gale mengambilnya dan perlahan-lahan mengeringkan rambut dan kepalanya yang basah lencun, sambil diperhatikan oleh lelaki pertengahan umur 40an itu.

Di sisi lelaki itu, ada dua lagi  lelaki yang seperti pembantunya, sedang memerhatikan Gale. Mereka berdua serius dan hanya menumpukan perhatian pada setiap gerakan Gale. Bagaikan sedang bersedia untuk apa jua tindakan tidak munasabah yang Gale mungkin lakukan.

Di luar, hujan terus lebat .Tiada petanda yang ia akan reda.

"Apa yang aku lihat tadi, itu bukan diri kau. " lelaki itu menyalakan curutnya.

Gale membisukan diri.

"Dan tentang permintaan aku yang kau belum bertindak lagi, itu juga bukan diri kau. "

Asap dari curut dihembus perlahan.

Wajah Gale semakin gusar.

"Kenapa kau ingkar arahan aku, Gale? Ini, pertama kali, bukan?"

Kesunyian ini hanya menambahkan ketegangan di antara mereka. Lelaki berusia itu terus tenang menghisap curutnya. Dia tahu tiada apa-apa yang diperolehnya jika Gale membisu begini.

Gale adalah anak muda yang dibesarkannya sejak kecil. Seorang anak yatim piatu yang dikutipnya di jalanan. Anak yang sanggup buat apa sahaja untuk dirinya. Jika disuruh matipun, Gale akan lakukan.

Disebabkan kesetiaan itulah, Gale dipelihara untuk kepentingan 'bussiness' nya. Ya, dia bukan seorang bussinesman yang biasa. Dia seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Tetapi untuk mengekalkan itu, ada sisi gelap yang perlu dijaganya. Ada nyawa yang perlu diperjudikan.Dan Gale hidup dalam dunia itu. Semua kerja 'kotor' nya diserahkan pada Gale.

**Peraturan pertama: Setiap permintaan wajib diterima, tanpa soal.

**Peraturan kedua : Tidak percaya pada sesiapa, melainkan diri sendiri.

Begitulah didikannya pada Gale, diterap di sanubari Gale sejak kecil lagi. Agar Gale menjadi senjata terbaiknya.

Namun, sesuatu telah membuatkan Gale berubah. Ia membuatkan Gale ragu-ragu pada dirinya, kepercayaannya dan peraturannya. Dia perlu hapuskannya keraguan itu.

" Adakah pasal gadis tu?'

Wajah Gale berubah.
Lelaki itu sudah mengagak.

Dia melepaskan curutnya yang sudah pendek dan pembantunya segera memadamkan baki api dengan memijaknya.

" Permintaan tuan, saya tidak dapat tunaikan."

Lelaki itu mengeluh.

" Kau tahu apa yang ayah budak itu lakukan terhadap aku kan? Dia sedang menyiasat tentang aku, tahun ini sahaja dah berapa kali, aku ditahan dan disoal siasat. Aku sangat 'sukakan' layanannya. Jadi, aku hendak memberi satu hadiah terima kasih kepadanya. Dan aku pilih kau untuk sampaikannya."

" Maafkan saya, tuan. Saya rasa semua ini salah."

prap!! Gale terus disepak oleh pembantu lelaki itu. Dia terjatuh ke lantai, dan mereka berdua terus memijak dan memukulnya.

Lelaki yang dipanggil tuan itu hanya memerhati sambil mengusap-ngusap dagunya yang berjambang. Dia teringatkan perkara-perkara yang pernah Gale lakukan untuk menghalang mereka yang cuba menyekat ketamakannya dan kekuasaannya selama ini.

Sudah berpuluh orang yang Gale kunci mulut mereka , berbelas anak kecil yang kehilangan keluarganya. Tiada satupun Gale persoalkan. Sebab jika bulat dikatanya, bulatlah, tidak akan jadi persegi. Begitulah kesetiaan Gale padanya.

Tapi kali ini, Gale berani menolak arahannya. Malah mempertikaikannya.

Pembantunya berhenti memukul Gale.

"Siapa kau untuk mempersoalkan yang ini salah atau tidak? "  kata lelaki itu mendekati Gale. Dia mencengkam pipi Gale.

" Aku cuma mahu kau rosakkan anak perempuannya sahaja. Bukannya rogol, hanya buat suka sama suka.  Dia suka, kau suka, just tinggalkan beberapa bukti. Dah settle.Mudahkan?"

Lelaki itu senyum bila melihat renungan mata Gale yang seakan ingin membunuhnya bila dia bercakap tentang itu. Did he push the wrong button?

" Aku cuma mau nama baik inspektor itu tercemar. Permintaan ini mudah berbanding yang pernah kau buat bukan?"

Lelaki itu melepaskan Gale dan salah seorang pembantunya terus memegang Gale. Mengunci tubuh itu kerana dia tahu, Gale akan bertindak di luar kawalan selepas ini.

" First rule, second rule.. you broke it, Gale. I'm disappointed "

Lelaki itu memandang pembantunya lagi seorang.

" Tang, hantar beberapa orang kita ke rumah inspektor Zairuddin. Beri amaran pada isteri dan anak lelakinya. Anak perempuannya pula, just kill her."

Gale terkejut.

" Nanti!!"

Adora CafeWhere stories live. Discover now