Raisya dimuka pintu menjeling aku sekilas. Tanda tidak suka menerima kehadiran aku di sini tetapi disebabkan Encik Zainuddin ada disebelah dia terpaksa tahan perasaannya. Aku rasa kalau papa tak ada memang sekarang dah bukak gelanggang gusti.

"Waalaikumusalam..Masuk Rose." Tangan papa aku salam sebelum aku ditarik ke pelukannya. Aku kaku sekejap tapi tak lama bila terpandangkan cebikan Raisya di tepi.

Alamak apa masalah dia ni ?

"Rose dah sarapan ?"

"Dah pa kat rumah tadi. Papa ?"

Encik Zainuddin tersenyum lalu kepala aku diusap dengan penuh kasih sayang. Lagak seperti aku tak pernah jauh dari dia sebelum ni."Papa dah sarapan dah dengan Sya dan abang. Mama je belum. Mama kata nak tunggu Rose sampai."

Aku hadiahkan senyuman."Ouh okay tak apa. Mama mana ?"

"Dekat bilik."

"Okay Iya bawak makanan pergi naik atas eh."

Encik Zainuddin tersenyum lagi. Dari riak wajahnya,dia betul-betul senang dengan kehadiran aku pagi ini. Melainkan gadis di sebelah ini. Perrr gadis bhai.

"Pergilah. Raisya-" Encik Zainuddin pusing menghadap anak bongsunya merangkap adik aku."Nanti tolong tunjukkan bilik Rose tau."

"Hmm.." Acuh tak acuh. Dengan papa dia berani balas macam tu ? Aku kalau jawab macam tu depan ayah mahu aku terbang melayang tersangkut kat bumbung. Tu antara salah satu respon yang biadap.

Abang Fiqri ajar.

Encik Zainuddin yakni papa mula berlalu pergi dan aku meneruskan langkah ke dapur untuk sediakan makanan untuk mama. Bak kata papa,"Buat macam rumah sendiri ye" dan aku pun mulalah meneroka juadah yang tersedia di atas meja.

Menu utama,

Nasi lemak sambal kerang.

Wuuishhh kecur liur aku pepagi ni.

Aku ambil dulang letak pinggan yang sekelip mata dah terisi dengan nasi lemak sambal kerang. Gelas bersih aku ambil sambil mata meliar mencari sesuatu. Dari ekor mata aku dapat rasakan kehadiran Raisya yang sedang memerhatikan aku di satu sudut sambil berpeluk tubuh. Aku pusing seraya melemparkan senyuman manis.

"Ada susu tak?"

"Pergilah beli sendiri." Dia blah macam tu je ? Ekeleh minah ni kerek dengan aku pahal ? Aku tanya susu je pun bukannya tanya "ada pakwe tak?" hah tu kau nak bla extra pelempang pun aku tak kisah.

Ah lantak kau lah. Yang penting sekarang mama. Baik aku layan mama. Mesti mama tengah lapar sekarang ni sebab tunggu aku punya pasal.

Dulang aku angkat dengan penuh berhati-hati setelah selesai membancuh susu. Penuh berhati-hati aku memijak anak tangga. Seperti yang papa kata,bilik mama kat tingkat dua satu aras dengan bilik Raisya.

Melainkan di tingkat tiga ada dua bilik,satu bilik Razif. Dua bilik tetamu. Aku haraplah aku tak satu aras dengan bilik dia. Dapat bilik stor kat dapur tu pun dah cukup dah.

Aku buka pintu perlahan sebelum pandangan aku dijamah dengan susuk tubuh seorang wanita yang sedang berusaha berjalan dengan penompang ketiak. Pantas aku berlari anak masuk ke dalam bilik besar itu dan terus meletakkan dulang berisi makanan di atas meja sebelum mendapatkan mama yang hampir terjatuh.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now