BAB 9

1.1K 79 0
                                    

USAI membersihkan diri dan mengerjakan solat Isyak, Ainnun bermalas-malasan di atas katil. Perut yang lapar sudah diisi dengan nasi goreng kampung yang dimasak oleh Puan Salmah. Pijar cili kampung masih melekat di bibirnya. Macam tak tahu ibunya cukup sinonim dengan masakan pedas. Lebih-lebih lagi sambal tumis ikan bilis. Akan tetapi tetap sedap. Bukan orang Melayu namanya kalau tak makan pedas.

Malam semakin larut. Ainnun terpusing ke kiri, terpusing ke kanan. Cuba mencari posisi yang sesuai untuk melelapkan mata. Namun kelopak matanya masih gagal dijinakkan. Lalu dia bersandar di bedpost sambil termenung sejenak. Otaknya masih rancak berfikir. Alang-alang ada kelapangan lebih baik dia sambung menaip cerpen di komputer riba.

Tangannya laju menggapai laptop di atas meja. Rambutnya yang panjang melepasi bahu sudah disanggul tinggi agar tidak menutup wajah ketika menaip. Dibiarkan saja juntaian anak rambut mengusap di dahi. Barulah macam perempuan Korea.

Tubuhnya direbahkan semula dalam posisi meniarap. Jemari runcing Ainnun mula menaip di papan kekunci. Laju dan tidak berhenti selari dengan ideanya yang mencurah-curah. Ada ketika tangannya menopang dagu semasa mencari ilham. Bagaikan mata helang Ainnun menyemak di setiap perenggan untuk memastikan tiada kesalahan tatabahasa ataupun ejaan. Dia perlu menyusun ayat supaya lebih teratur dan kemas. Tidaklah susunan plot cacamarba dan memeningkan.

Dalam sibuk mencari idea yang tetandus, hujung jarinya mengetuk papan kekunci sambil ralit memandang skrin putih di hadapannya. Keluhan ringan meniti di bibir ketika Ainnun kehabisan idea. Kedudukannya dibetulkan semula seraya mencapai telefon pintar jenama Honor 8x di sebelah. Tidak menunggu masa yang lama, data internet terus diaktifkan. Bertubi-tubi WhatsApp dan notifikasi dari Facebook diterima. Ketawa kecil terletus ketika dia membaca puluhan chat dari group yang bernama Perempuan di Bawah Lindungan Kaabah.

Sekali dengar rasa hendak termuntah. Ini semua kerja rakan baiknya si Hajar. Dialah dalang yang meletak nama group chat itu. Gara-gara obses dengan novel Perempuan Berkalung Sorban hasil karya Abidah El Khalieqy. Ainnun leka membalas WhatsApp di telefon. Ada sahaja topik yang dibualkan memandangkan group itu sentiasa aktif. Almaklumlah, perempuan dan gosip tak boleh dipisahkan.

Ainnun yang sedang khusyuk melayan gelagat rakannya di media sosial seakan-akan tidak menyedari bunyi ketukan pintu dari luar. Terkocoh-kocoh dia bangun dari katil dan terus ke pintu bilik. Daun pintu di buka sedikit. Terpempam Encik Mohamad berdiri di muka pintu siap berjubah dan kopiah putih di atas kepalanya. Barangkali ayah baru balik dari masjid.

"Dah tidur?"

"Belum lagi." Ainnun membalas lembut.

"Ayah nak masuk kejap boleh?"

"Boleh."

Pintu itu dikuak luas-luas. Ainnun memberi ruang kepada ayahnya untuk masuk ke dalam bilik. Lantas Encik Mohamad melabuhkan punggungnya di atas katil sambil melihat komputer riba yang terbuka. Ainnun memandang si ayah dengan wajah yang kebingungan. Jarang Encik Mohamad masuk ke biliknya. Pasti ada isu yang hendak dibualkan.

"Ayah ganggu Ain menulis ke?" Soal Encik Mohamad.

"Tak adalah. Ain saja-saja tulis sebab tak dapat tidur. Ayah baru balik dari masjid?" Giliran Ainnun pula bertanya.

"Ya, tadi ada mesyuarat di surau. Itu yang balik lambat."

Ainnun mengangguk.

"Ain, sini duduk dekat ayah." Dada tilam itu ditepuk sebagai isyarat.

Ainnun akur tanpa banyak soal dan duduk di sebelah ayahnya. "Ada apa ayah?"

Nafas ditarik perlahan sebelum Encik Mohamad bersuara. "Tak ada apa-apa. Ayah saja nak berbual dengan Ain. Sambil tu nak tanya macam mana dengan kerja baru Ain?"

Pimpin Aku Ke SyurgaWhere stories live. Discover now