BAB 1

2.7K 141 20
                                    

SUASANA di dalam kelab malam mewah itu gamat dipenuhi himpunan manusia yang sedang sakan menari. Bunyi muzik clubhouse yang berkumandang makin mengasyikkan suasana. Ada yang terkinja-kinja dan meliuk tubuh mengikuti rentak muzik, ada juga yang sekadar menjadi pemerhati di barstool sambil menikmati minuman di gelas. Tempat yang membingitkan itu bukanlah untuk individu yang gemarkan ketenangan.

  Namun, berbeza dengan keadaan Syahzani. Muzik rancak yang menyakitkan telinga itu bagaikan irama yang menyenangkannya. Baginya, di sinilah dia banyak menghabiskan masa untuk lari dari masalah hidup, menjadi persinggahannya selepas penat seharian di pejabat dan semestinya tempat dia mencuci mata.

  Untuk kesekian kalinya dia meneguk minuman berupa cocktail dari bibir gelas. Syahzani leka memerhatikan sekumpulan lelaki yang saling bersulang gelas dan berpesta dari arah bertentangan. Di dalam keramaian itu, pandangannya tertancap pada seseorang yang asyik menggoyangkan tubuhnya selari dengan bunyi muzik yang berdentum. Kepalanya diangguk-angguk perlahan. Tika itu, pandangan mereka bertemu. Gelas dijulang, itulah bahasa isyarat yang digunakan tanda bertegur sapa. Seulas senyuman dihadiahkan khas buat lelaki tersebut. Cukup bermakna. Dalam cahaya samar-samar, mata liar Syahzani mula meratah tubuh itu. Dia memiliki paras ketinggian yang tidak terlalu tinggi atau rendah. Bentuk badan yang tidak kekar tetapi tegap. Imaginasinya sudah mula membayangkan figura tersebut sehingga tidak sedar lelaki itu sudah berada di hadapannya.

  "Kita selalu terserempak, tapi tak pernah bertegur. Am I right?" Soalnya.

  "Maybe." Syahzani membalas pendek. Dia menyandarkan tubuhnya dalam keadaan santai.

  Ada segaris senyuman nipis yang terukir di bibir lelaki itu. Lalu dia menjulurkan tangannya.

  "Nama aku Ilham, kau?"

  Beberapa detik Syahzani hanya memandang huluran itu. Dia bukanlah jenis yang tangkap muat dalam sesi perkenalan. Pantang nampak terus rembat. Tidak mahu disangka biadap, Syahzani menyambut salaman itu dengan genggaman yang mesra.

  "Syahzani tapi panggil aku Syah."

  Ilham segera tersenyum. Matanya masih memandang jejaka berkulit sawo matang itu. Sesekali, matanya jatuh pada dada kekar yang kelihatan di sebalik kemejanya. Warna hitam yang dikenakannya ternyata menyerlahkan lagi kejantanannya.

  "Datang dengan kawan?" Syahzani menyoal ingin tahu.

  "Yes. And you? Sendiri?" Giliran Ilham bertanya.

  "Nampaknya begitulah." Syahzani senyum nipis. Minumannya yang separuh diteguk hingga habis. Kemudian dia memesan segelas minuman yang sama.

  "Boleh aku join?" Bagaikan mata helang Ilham memandang wajah maskulin Syahzani.

  "Sure. Have a seat." Balas Syahzani tanpa teragak-agak.

  Mendengar jawapan positif, Ilham menghampiri dan duduk di sebelah. Dia juga memesan minuman yang sama seperti Syahzani. Kedudukannya dibetulkan agar lebih selesa. Dia melihat wajah Syahzani tampak lesu dan tidak bersemangat. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Ilham mengambil kesempatan untuk mendekatinya dengan lebih rapat. Dia berasa tertarik ingin mengenali jejaka itu.

  "Hard day, bro? You seem tired." Ilham memulakan perbualan.

  Syahzani menyisip minumannya sedikit. Dia diam sejenak seakan berkhayal, kemudian keluhan meniti di hujung bibirnya. Batuk kecil dilepaskan untuk melegakan air liur yang tersekat di tekak.

  "Biasalah. Penat dengan kerja dan hidup. Aku datang sini sebab nak release stress."

  "Kau datang ke tempat yang betul. Ramai hot chicks kau boleh dapat malam ni. Tak nak try?" Ilham cucuk jarum.

Pimpin Aku Ke SyurgaWhere stories live. Discover now