Izhan berfikir sejenak. Taklah susah sangat. Kurang-kurang, ada yang boleh belanja teh ais limau ke?

"Emm, okey. Boleh kot puan. Kalau setakat membantu, jawab dua tiga soalan, takde masalah kot,"

Puan Kartini menarik nafas lega. Dia tahu Izhan akan membantunya. Dalam hati dia berdoa agar semuanya berjalan lancar. Dia yang sudah sarat mengandung, hanya mahu berehat seketika. Keluar dari kesibukan kerja.




Izhan mengatur langkah menuju ke kafeteria fakulti. Tekaknya terasa sedikit dahaga. Dalam benaknya mahu membasahkan tekak seketika sebelum pulang ke rumahnya di Bandar Baru Bangi. Jarak UiTM Shah Alam dengan Bandar Baru Bangi lebih kurang 40km dengan melalui lebuhraya ELITE. Dia yang menunggang motosikal biasanya mengambil masa sekitar 45 minit untuk sampai ke rumah.

Izhan mengerling jam di pergelangan tangan, hampir sepuluh setengah pagi. Minum dalam sepuluh minit lepas tu chow! Pukul sebelas ke atas nanti cuaca dah makin panas. Boleh terbakar kulit kalau duduk atas highway tu. Hari jumaat macam ni kalau dapat lepak dekat rumah kan best? Izhan bermonolog sendiri.

Izhan menoleh ke kanan ke arah lif. Matanya bagai memanggil-manggil untuk melihat ke sana. Sepintas lalu sahaja dia ternampak susuk tubuh seorang gadis berambut panjang paras pinggang. Cantik rambut dia. Sekali lagi dia bermonolog sendiri. Izhan sudah tidak ambil peduli. Dia terus menuju ke kafeteria. Perkena teh ais cincau.

Selang sepuluh minit, tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan satu mesej WhatApp masuk. Air teh ais di depannya baru disedut hingga separuh.

'Assalamualaikum bro, boleh jumpa dekat kafe kejap? Saya student yang Puan Kartini mention tu'

Izhan menjeling kali kedua jam di pergelangan tangannya. Dia segera membalas.

'Waalaikummussalam bro, aku ada kat bawah. Cepat sikit, hari ni orang nak pergi solat jumaat. Aku tunggu kat depan kedai wak cincau'

Cepat betul budak ni. Puan Kartini bagitahu kot aku ada kat fakulti? Izhan sekadar meneka.

Dia mengelamun, melihat seorang demi seorang pelajar UiTM Shah Alam melintasinya. Ada yang tapau nasi bungkus, ada couple bercinta tengah pura-pura study, ada yang betul-betul study. Izhan tersengih, seronok tengok budak remaja. Zaman aku dah berlalu dah...

"Izhan?"

Seraya Izhan menoleh. Seorang gadis kecil molek berdiri di hadapannya. Rambut ikal mayang hingga paras pinggang dibiar lepas tanpa ikat. Izhan menoleh ke kiri dan ke kanan, tiada siapa di situ selain dia.

"Ye, saya Izhan. Kenapa?" keningnya diangkat.

"Saya student yang puan Kartini suruh jumpa tu," si gadis membetulkan anak rambutnya yang di tiup angin.

Serta merta Izhan berdiri. Tak disangka kerusi yang diduduknya terbalik kebelakang.

Pang!!!!

Bergema satu kafeteria apabila kerusi aluminium itu menghentam lantai jubin. Hilang terus perangai Izhan yang sentiasa tenang dan cool. Terus jadi kelam kabut tersipu-sipu malu. Gadis berambut ikal dihadapanya mengerutkan dahi.

"Awak ke yang mesej saya tadi? Bukan lelaki ke?" Izhan kembali tenang selepas cepat-cepat membetulkan kerusi duduknya. Cuba untuk nampak tenang padahal mata seluruh kafeteria sudah tertumpu kepadanya.

"Saya la yang mesej awak, mana ada orang lain." Terus sahaja gadis itu duduk bertentang dengan Izhan. Tingkah lakunya bagai merajuk. Izhan masih belum perasan.

"Okey... emm, saya Izhan, Muhammad Izhan. Panggil Izhan,"

"Nur Hana Raihan binti Nur Kamaruzzam," pantas Nur Hana menjawab. Dia menoleh ke arah lain.

"Err... nak saya panggil apa? Hana?"

"Nak panggil Nur Hana Raihan pun takpe, baru nampak macam abah-abah sikit,"

Izhan tersentak. Mood minah ni tak okey ni! Masalah aku hari ni!

"Kenapa? Kena marah dengan Puan Kartini ke?"

"Awak tahu tak, ni kali ke sebelas dia reject tesis saya. Asyik-asyik suruh saya betulkan bab basic tu. Saya penat tau tak? Tulis macam ni salah, tulis macam tu salah, konsep salah, takde yang betul pun pada mata dia. Saya bukan buat tajuk enjin, saya buat tajuk pencemaran alam sekitar. Kenapa dia tekan sangat bab yang tak sampai 20 muka surat tu??? Eee... saya tak fahamlah!"

"Mungkin..." Izhan cuba mencelah.

"Ni lagi satu, dia suruh saya betulkan balik dengan jumpa awak. Saya ni dahlah datang dari jauh, semata-mata dia nak cakap benda tu aje? Boleh je dia telefon saya bagitahu, atau WhatApp je email dengan nombor telefon awak. Bukan susah pun. Dahlah tadi saya nak langgar mat motor mana entah sebab nak bergegas ke sini,"

Izhan membiarkan gadis dihadapannya membebel sendirian. Comel pula pada pandangan matanya bila Nur Hana mula bercakap. Tiba-tiba Nur Hana mengambil gelas di hadapannya lalu disedut teh ais cincau yang sudah separuh gelas kepunyaan Izhan.

"Jap.." Izhan tak sempat melarang, habis segelas teh ais cincau yang baru di minum separuh.

"Okey! Sekarang kita nak mula dari mana?" Nur Hana memandang tepat ke dalam mata Izhan. Gelas di tangan diletakkan di atas meja.

"Err... kita mula lepas awak bertenang,"

LelakiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora