Bab 4 : Dua Malam

Magsimula sa umpisa
                                    

*****************

Sementara di Al-Mukmim, pada waktu malam, suasana sungguh sepi. Malam tersebut merupakan giliran Cikgu Megat untuk melakukan rondaan. Cikgu Megat walaupun bukan seorang guru disiplin, semua pelajar berasa takut dengannya kerana mukanya yang sentiasa serius dan suaranya yang sangat garau dan dalam. Jadi, apabila giliran Cikgu Megat melakukan rondaan, suasana Al-Mukmim menjadi sangat sepi kerana untuk mengelakkan berlakunya masalah dengan Cikgu Megat.

Semasa Cikgu Megat sedang sibuk melakukan rondaan, Aqil berlari ke arah Cikgu Megat sambil menjerit "Cikgu Megat". Muka Aqil seperti sedang menimpa masalah.

" Kenapa kamu tergesa-gesa. Ada apa?" – tanya Cikgu Megat dengan suaranya yang dalam.

" Reduan lari dari pusat tahfiz lagi." – beritahu Aqil kepada Cikgu Megat.

" Lari lagi? Mana kamu tahu?" – tanya Cikgu Megat.

Aqil pun mengeluarkan surat yang disimpannya di dalam poket seluar. Surat itu terkandung kenyataan daripada Rezuan. Surat itu berbunyi begini.

Maafkan aku, semua.

Aku keluar dahulu sebab aku ada urusan.

Jangan bagitahu kepada sesiapa yang aku keluar.

Setelah Cikgu Megat membaca surat tersebut, dia bergegas ke pejabat dan menelefon mak cik Rezuan jika Rezuan pulang ke rumahnya. Malangnya, Rezuan tiada di situ dan membuatkan Cikgu Megat bertambah risau. Cikgu Megat terus pergi ke keretanya menghidupkan enjin kereta. Aqil meminta izin Cikgu Megat untuk mengikutinya sekali dan Cikgu Megat mengizinkannya.

Mereka pun memulakan pencarian mereka. Satu kawasan pekan Lestari Mentari telah dirondai oleh mereka, malang mereka tak menjumpai Rezuan. Cikgu Megat bertanya kepada Aqil sekiranya Aqil tahu dimana-mana tempat Rezuan suka bersendiri. Aqil berfikir sebentar. Lalu, Aqil memberitahu Cikgu Megat bahawa Rezuan suka duduk seorang diri belajar di sekitar tasik Merpati Jatuh. Bila dia bercuti, itu sudah menjadi tempatnya untuk lepak dan menenangkan fikiran. Setelah mendengar apa yang dikhabarkan oleh Aqil, Cikgu Megat pun bergegas memandu ke kawasan tersebut.

*****************

Hari sudah semakin lewat malam, Ustaz Kamarul duduk di ruang tamu untuk menyiapkan kerjanya dengan komputer riba miliknya. Ustaz Kamarul telah dipelawa oleh Pak Cik Hakimi untuk tidur sehari di rumahnya. Semasa Ustaz Kamarul sedang sibuk dengan komputer ribanya,Pak Cik Hakimi datang membawakan kopi.

" Eh tuan, susahkan tuan sahaja." – kata Ustaz Kamarul.

" Tidak menyusahkan pun. Lagi satu jangan panggil saya tuan. Panggil saja saya Pak Cik Kamal." – kata Pak Cik Kamal.

" Maafkan saya, Pak Cik Kamal." – kata Ustaz Kamarul.

" Tidak mengapa, banyak lagi ke kerja kamu?" – tanya – tanya Pak Cik Kamal.

" Ada lagi sedikit kerja nak disiapkan." – kata Ustaz Kamarul.

" Kalau begitu saya masuk tidur dahulu, ya" – kata Pak Cik Kamal.

" Baiklah, Pak Cik Kamal." – kata Ustaz Kamarul.

Pak Cik Kamal pun memasuki biliknya. Kini, Ustaz Kamarul tinggal seorang diri di ruang tamu. Suasana menjadi sepi. Ustaz Kamarul berasa semakin mengantuk kerana hari sudah semakin lewat tetapi dia tidak boleh tidur dahulu kerana dia harus menyiapkan kerjanya pada waktu itu juga. Sedang dia sibuk menaip, dia terdengar seperti geseran pada tingkap kayu di hadapannya. Ustaz Kamarul hanya memikirkan itu pelepah-pelepah kelapa yang bergeser pada tingkap kayu. Jadi, Ustaz Kamarul hanya mengabaikannya.

A'ma (Buta)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon