62 | Another Way

1.8K 119 0
                                    

Kris mengesat darah di tepi bibirnya. Sya yang langsung tidak cedera  berdiri di hadapannya dengan sayap putih besar menaikkan lagi kemarahan Kris. 

Tidak lama kemudian Kris tergelak sinis. " Wow, aku kagum kau boleh tahan serangan aku. "

Arean yang baru tiba mula keliru. Selepas melihat kawasan istana yang berubah rupa baru dia sedar, Kris telah melancarkan serangan besar namun dapat ditangkis Sya. 

" Hebat. " Hanya sepatah saja yang dapat dikeluarkan Shuu setelah melihat serangan Sya. 

Sya mengangkat tangan kanannya sebelum beberapa tombak ais mula kelihatan di atas. 

Tombak ais itu mula menyerang sebaik saja menghalakan tangannya ke arah Kris. 

Bum!

Bum!

Bum!

Uhuks uhuks!

Habuk yang datang dari tanah menyukarkan mereka untuk bernafas dan menyukarkan lagi pemandangan mereka.

Sebaik saja keadaan kembali reda, mata mereka mencari kelibat kris untuk melihat keadaannya.

Ash berdecit kegeraman sebaik melihat Kris dilindungi oleh pelindung digitalnya. Sya yang langsung tidak memberikan sebarang reaksi mematikan senyuman sinis Kris.

Kai mengambil peluang itu untuk menyerang Kris dari belakang namun kehadirannya disedari. 

Kris mengelak serangan itu, tangannya menyeru kuasa kegelapannya lalu menyerang Kai.

Serangan pantas Kris tidak dapat ditangkisnya lalu tercampak. Bergegas Ash mendapatkan Kai yang terbaring tidak sedarkan dir.

" Eyh? Aku tak sangka pula kawan kau tu lemah sangat. Atau patut aku cakap abang aku? "

" Bodoh, kau langsung tak ada perasaan serba salah bila cederakan abang kau sendiri. " Shuri berlari mendekati Kris lalu melibaskan pedangnya selaju yang boleh dengan harapan libasannya mengenai Kris.

Tanpa sempat libasan pertamanya mengenai Kris, dia telah pun diserang dengan element kilat oleh Kris dan tidak sedarkan diri. 

" T-Tak mungkin. Element kilat tahap 10. Aku fikir Sya seorang je yang boleh kawal kuasa sekuat tu. " Airin memandang Kris dengan tidak percaya. 

" Shuri!! " Shuu menjerit nama kembarnya dengan tidak percaya. Dia yang berura ura ingin mendekati Shuri terbatal akibat tidak boleh bergerak. 

Terbuntang matanya apabila menyedari Kris telah pun berada di belakangnya. 

Kris tersenyum sinis lalu membuat serangan ke atas Shuu. 

" Tidur dengan aman. " Bisik Kris perlahan lalu membekukan Shuu. 

" Argh!! " Jerit Airin apabila terasa pedih di belakang badannya serta terasa sesuatu yang mengalir.

Wajah Airin mula berubah pucat setelah melihat Kris bersama pedang yang dibasahi darah berada di belakangnya. Airin rebah di atas tanah.

" Kau dah melampau. " Ujar Sya perlahan. Api yang berada disekelilingnya menakutkan mereka yang berada di situ. 

"Ahahahah tunjukkan diri kau yang sebanar Sya!! " Makin galak tawa Kris. Tanpa menghiraukan perasaan Sya, dia melakukan beberapa letupan berdekatan mereka semua.

" Defensive. " 

Terkedu Kris apabila letupannya tidak memberi apa apa kesan. 

Sya mengangkat tangannya ke awangan. Beberapa petagram muncul membentuk bulat dikeliling Kris. 

" Thunder. " 

Kilat mula memancar dari dalam pentagram itu. Jumlahnya yang agak banyak menyukarkan Kris untuk mengelak serangan itu. Tambahan pula, Sya menggunakan kilat pada tahap yang tinggi. Menyebabkan Kris semakin sukar untuk mengelak akibat kecederaan yang dihadapinya. 

Sya menuju ke arah Kris dengan pedang yang diserunya tanpa disedari mereka semua. 

" Full course, light. " Pedang Sya mula bersinar terang.

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now